backup og meta

Sudah Bosan Bersenggama Ketika Berbaring? Apa Kata Cuba 'Projek' Secara Berdiri Pula!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2021

    Sudah Bosan Bersenggama Ketika Berbaring? Apa Kata Cuba 'Projek' Secara Berdiri Pula!

    Setiap pasangan suami isteri pastinya akan sangat mendambakan dan memerlukan hubungan asmara yang hangat lagi hebat.

    Pun begitu, inilah masalah yang kerap berlaku kerana kebanyakan pasangan sangat mudah berasa bosan dengan aktiviti di ranjang mereka.

    Antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan mempelbagaikan cara anda dan pasangan beraksi seperti cuba posisi seks berdiri.

    Persoalannya, bagaimanakah untuk menjayakan ia? Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini!

    Posisi seks berdiri, anda sudah cuba?

    Kebiasaannya, seks itu adalah satu perilaku seksual yang dilakukan di dalam kamar tidur dan selalunya dipraktikkan secara berbaring di atas katil.

    Dari situ, terciptalah pelbagai posisi seks yang kerap digunakan oleh pasangan seperti missionary, spooning, woman on top dan lain-lain.

    Meskipun ada pelbagai posisi yang boleh dilaksanakan, namun masih akan wujud perasaan bosan dek kerana hanya berbaring akan mengehadkan kreativiti.

    Jadi apa yang boleh dicuba? Tentu sahaja seks secara berdiri!

    pelincir seks

    Pelbagai variasi posisi seks berdiri!

    Ramai yang mungkin akan beranggapan bahawa posisi ini adalah sukar untuk dijayakan kerana memerlukan daya ketahanan dan kekuatan yang lebih.

    Sebenarnya, ia tidak begitu kerana dengan tip-tip mengenai posisi yang akan kami berikan ini nescaya mampu memberi anda idea untuk melakukannya.

    #1. Penetrasi secara berdiri

    Siapa kata posisi missionary hanya boleh dilakukan tatkala anda dan pasangan berbaring sahaja? Berdiri pun boleh menjayakannya ya!

    Caranya adalah lebih kurang sama sahaja ketika berbaring cuma kalian mungkin memerlukan bantuan dinding untuk menyandarkan pasangan wanita.

    Kemudian, pasangan lelaki mungkin boleh membengkokkan sedikit lutut untuk memudahkan kemasukan zakar ke faraj daripada bawah.

    Untuk lebih memudahkan proses, mungkin boleh minta isteri kalian mengangkang atau mengangkat sedikit kaki ke atas untuk melancarkan dayungan.

    kerap melakukan hubungan seks

    Posisi seks berdiri #2. Oral

    Seks oral atau dalam bahasa mudahnya mengulum kemaluan biasa dilakukan secara berbaring kerana ia mungkin lebih relaks.

    Namun kalian berdua juga mungkin boleh cuba melakukannya tatkala suami sedang berdiri dan isteri melutut untuk mengulum zakar.

    Ya, ia memang mudah dan apa yang lebih menarik adalah posisi ini boleh ditukar dengan isteri pula berdiri dan suami yang melutut.

    Ia juga tidak memerlukan masa atau tempat yang spesifik! Mungkin boleh cuba pada waktu pagi sebelum ke pejabat?

    Posisi seks berdiri #3. Anal

    Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kalian tahu bahawa seks melalui lubang dubur adalah haram untuk dilakukan oleh mereka yang beragama Islam.

    Buat mereka yang bukan, anda mungkin boleh cuba seks anal ketika kalian berdua sedang berdiri dengan proses yang sangat mudah.

    Caranya adalah pasangan lelaki perlu berdiri manakala pasangan wanita menonggeng sambil membelakangi dan biarkan sahaja ia berlaku.

    urutan seksi

    #4. Doggie-style secara berdiri

    Ia adalah lebih kurang sama sahaja seperti seks anal kerana kedua-duanya memerlukan kemasukan zakar daripada bahagian belakang wanita.

    Pun begitu, wujud perbezaan yang sangat besar yakni zakar akan dimasukkan ke dalam lubang faraj dan bukannya lubang dubur.

    Caranya juga sama iaitu pasangan lelaki perlu berdiri manakala pasangan wanita menonggeng sambil membelakangi dan biarkan sahaja ia berlaku.

    Selain 4 posisi yang kami berikan di atas ini, gunakanlah kreativiti anda untuk mempelbagaikan lagi posisi seks secara berdiri ini ya!

    tip hubungan seks

    Tip yang mungkin perlu diamalkan…

    Buat kalian yang mungkin masih belum banyak pengalaman, usah risau kerana kesukaran melakukannya akan dapat dikurangkan dengan tip yang bakal kami berikan ini.

  • Gunakan cecair pelincir – Jika sukar untuk memasukkan zakar ketika berada di posisi berdiri, cecair pelincir adalah sangat membantu.
  • Gunakan prop sekeliling – Anda boleh menggunakan apa yang ada di persekitaran seperti dinding, tiang atau perabot untuk membantu projek asmara.
  • Gunakan alat mainan seks – Ya, ini juga mungkin penting untuk menambahkan keghairahan lantas melancarkan lagi perlakuan seks kalian berdua.
  • Seimbangkan berat badan – Buat anda yang berbadan besar, seimbangkan ia dengan cara mencari titik graviti yang sesuai untuk memudahkan pasangan.
  • Jangan lupa perlindungan – Walau apa pun posisi yang dicuba, tolong jangan lupa menggunakan kontraseptif untuk mengelak kehamilan luar jangkaan.
  • Berkomunikasi – Apa yang paling penting adalah untuk berkomunikasi antara satu sama lain agar aktiviti kalian berdua dapat dinikmati bersama.
  • Apa lagi yang kalian berdua tunggu? Mungkin boleh cuba posisi seks berdiri pada malam ini juga!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan