backup og meta

Wanita Nak Lambatkan Usia Menopaus? BOLEH! Rahsianya Jaga Pemakanan Saja

Wanita Nak Lambatkan Usia Menopaus? BOLEH! Rahsianya Jaga Pemakanan Saja

Masalah yang paling digeruni oleh kaum Hawa adalah usia menopause wanita. Ada yang beranggapan itulah titik noktah kepada zaman kewanitaan mereka.

Wahai kaum Hawa, usah risau lagi. Artikel ini akan mengajar anda cara pemakanan yang betul untuk melambatkan kedatangan cik menopaus dalam kehidupan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apakah usia menopause yang normal?

usia menopause wanita

Menopause atau menopaus ialah suatu keadaan kesihatan yang normal dalam kalangan wanita apabila kitaran haid mereka berakhir.

Selalunya, ia didiagnosis selepas individu tidak didatangi haid selama 12 bulan berturut-turut.

Kebiasaaannya, purata menopaus dalam kalangan wanita berlaku dalam lingkungan 45 hingga 55 tahun.

Walaupun begitu, menopaus boleh berlaku lebih awal dalam usia 40 hingga 45 tahun, atau menopaus pramatang yang berlaku kepada wanita 40 tahun ke bawah.

Banyak kajian menunjukkan hubungkait menopaus awal dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kepadatan tulang yang rendah, osteoporosis, kemurungan dan kematian pramatang.

Selain itu, kajian lain menunjukkan peningkatan risiko penyakit jantung dan saluran darahnya.

Akan tetapi, kedatangan menopaus yang terlalu lambat dikaitkan dengan risiko tinggi untuk menghidap kanser payudara, ovari dan endometrium.

Faktor mempengaruhi usia menopause wanita

wanita menopause

Terdapat beberapa faktor yang penting berkait rapat dengan usia menopause wanita. Antaranya ialah:

  1. Umur ketika haid pertama.
  2. Penggunaan pil kontrasepsi yang berpanjangan.
  3. Bilangan kandungan.
  4. Body mass index (BMI).
  5. Merokok dan mengambil minuman beralkohol.
  6. Jenis aktiviti fizikal yang dijalankan.
  7. Genetik: Jika ibu anda menopaus pada usia awal, keadaan yang sama mungkin berlaku kepada anda juga.
  8. Jenis pemakanan dan diet.
  9. Pembedahan sistem reproduktif wanita seperti histerektomi.
  10. Terapi kanser: terapi radio atau kemoterapi.

Baca juga:

Kaitan diet dengan usia menopause

Suatu kajian yang dijalankan di United Kingdom telah mendedahkan hubungkait di antara diet dengan usia menopause wanita yang terlibat dalam penyelidikan tersebut.

1. Karbohidrat, musuh ketat anda!

Kajian tersebut membuktikan pengambilan karbohidrat (makanan indeks glisemik tinggi) dikaitkan dengan kedatangan menopaus yang lebih awal.

Hal ini kerana karbohidrat meningkatkan risiko kerintangan insulin dalam badan.

Kerintangan insulin boleh menyebabkan modifikasi aktiviti hormon seks dalam badan serta peningkatan kadar estrogen.

Tahap estrogen yang tinggi memaksa tubuh untuk melalui proses ovulasi dengan lebih cepat dan kerap daripada biasa, mengakibatkan menopaus tiba lebih awal.

Tambahan pula, setiap hidangan tambahan pasta dan nasi yang dimakan oleh seorang wanita setiap hari, menopaus rata-rata berlaku 1.5 tahun lebih awal.

2. Vegetarian, berhati-hati ya

wanita menopause

Penyelidikan yang sama juga menunjukkan wanita yang mengamalkan diet vegetarian mempunyai risiko mencapai usia menopause lebih awal berbanding wanita yang makan daging dalam diet mereka.

Diet vegetarian dikatakan penuh dengan serat tinggi dan tidak mengandungi lemak haiwan mempengaruhi tahap hormon yang bertanggungjawab untuk kitaran haid anda.

Idea ini disokong oleh kajian lain sebelum ini di mana pengambilan makanan berserat tinggi dan rendah lemak haiwan dikaitkan dengan tahap estrogen yang lebih rendah.

Pemakanan sebegini boleh menyumbang kepada usia menopause wanita yang lebih awal dalam kalangan pengamal vegetarian.

Jadi, makanan apa yang bagus ya?

Selain menghuraikan makanan yang mempercepatkan menopaus, kajian yang sama juga mendedahkan jenis diet yang melambatkan menopaus.

1. Kekacang

Kekacang segar telah terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang baik untuk tubuh anda.

Penyelidikan yang sama menghuraikan para wanita yang mengambil kekacang sebagai hidangan tambahan harian mampu menunda usia menopause wanita selama 0.9 tahun.

Sistem reproduktif terutama sekali ovulasi sangat dipengaruhi oleh proses pengoksidaan.

Sesetengah komposisi kimia dalam kekacang dan sayuran melambatkan proses pengoksidaan ini dan seterusnya melambatkan menopaus.

Di samping itu, vitamin B6 dan zink yang boleh dijumpai dalam kekacang juga bersifat antioksidan dan membantu melambatkan proses menopaus.

2. Ikan kaya dengan omega-3

Kumpulan ikan yang kaya dengan omega-3 seperti salmon mampu melambatkan usia menopause selama tiga tahun.

Hal ini kerana kumpulan minyak ikan seperti ini berupaya meningkatkan kapasiti antioksidan dalam badan.

3. Makanan kaya dengan kalsium

wanita menopause

Makanan yang kaya dengan kalsium seperti keju, telur kuning, ikan salmon, ikan sardin, brokoli dan sebagainya telah terbukti menghindari keadaan menopaus awal.

Kalsium bertindak dengan meningkatkan jumlah hormon yang melambatkan proses penuaan ovum dan kehilangan sel-sel telur wanita.

Konklusi

Kedatangan menopaus memang tidak dapat dielakkan oleh semua wanita. Cepat atau tidak, pemakanan cuma salah satu daripada faktor yang mempengaruhi usia menopause wanita.

Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk rundingan yang lebih lanjut mengenai perkara ini.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dietary intake and age at natural menopause: results from the UK Women’s Cohort Study. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6204950/. Accessed on May 5, 2022.
  2. Diet might delay — or hasten — the onset of menopause.https://www.health.harvard.edu/womens-health/diet-might-delay-or-hasten-the-onset-of-menopause. Accessed on May 5, 2022.
  3. Menopause. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menopause/symptoms-causes/syc-20353397. Accessed on May 5, 2022.
  4. Factors affecting age of onset of menopause and determination of quality of life in menopause. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5558404/. Accessed on May 5, 2022.
  5. Menopause. https://www.nhs.uk/conditions/menopause/. Accessed on May 5, 2022.

Versi Terbaru

15/09/2022

Ditulis oleh Nana Muhammad

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Manfaat Makan Kekacang, Menstabilkan Gula Dalam Darah & Menjaga Kekuatan Jantung

5 Manfaat Omega-3 yang Patut Anda Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 15/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan