backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

6

Tanya Doktor
Simpan

Rahim Sudah Dibuang, Ke Mana Sperma Akan Pergi? 4 Soalan Lazim Berkenaan Histerektomi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 19/08/2022

    Rahim Sudah Dibuang, Ke Mana Sperma Akan Pergi? 4 Soalan Lazim Berkenaan Histerektomi

    Jika tiada rahim, apa yang akan berlaku pada sperma selepas pasangan melakukan hubungan seks?

    Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.

    Perihal pembedahan buang rahim wanita, kenapa ia dilakukan?

    Walaupun buang rahim merupakan satu prosedur sukarela (elektif), keputusan untuk menjalani prosedur tersebut tidak dibuat tanpa sebab.

    Di Amerika Syarikat (US), prosedur buang rahim merupakan prosedur pembedahan kedua tertinggi selepas pembedahan caesarean dalam kalangan wanita.

    Dianggarkan 600,000 wanita menjalani prosedur tersebut dan 20 juta wanita di US yang hidup tanpa rahim.

    Walaupun terdapat kebaikan jika anda ingin lakukan pembedahan buang rahim wanita, risiko yang akan dilalui oleh wanita tersebut hampir sama dengan risiko individu yang menjalani pembedahan lain.

    Pendarahan, kecederaan pada organ berhampiran dengan rahim dan kegagalan sistem pernafasan akibat ubat bius hanyalah sebahagian daripada kesan sampingan pembedahan tersebut.

    Oleh sebab itulah jika seseorang itu didiagnosis dengan masalah kesihatan yang melibatkan organ rahim, adalah lebih baik mereka mencari jalan bukan pembedahan terlebih dahulu.

    Apakah yang berlaku pada hubungan seks selepas histerektomi?

    pembedahan buang rahim wanita

    Adakah anda boleh menikmati hubungan seks seperti sedia kala jika anda buang rahim?

    Setiap wanita mempunyai pengalaman yang berlainan. 

    Kajian  yang dibuat pada tahun 2015 menunjukkan mereka yang menjalani prosedur tersebut mengalami peningkatan pada kualiti hubungan seksual atau tidak berubah.

    Tiada kesan negatif yang dilaporkan oleh subjek kajian.

    Walau bagaimanapun, mereka yang menjalani pembedahan buang rahim wanita akan mengalami perubahan fisiologi yang menyebabkan masalah kekeringan faraj dan penurunan pada nafsu seks.

    Maka kajian yang menyatakan tahap kepuasan mereka meningkat boleh dipengaruhi oleh perubahan tersebut.

    Kesan itu adalah lebih tinggi pada mereka yang turut membuang ovari mereka. 

    Ini berikutan organ tersebut merupakan kilang yang menghasilkan hormon seks.

    Walau bagaimanapun, mereka yang memilih untuk menjalani pembedahan buang rahim wanita masih boleh menikmati kehidupan seksual mereka secara optimum.

    Terapi hormon dan penggunaan pelincir larut air boleh membantu mengurangkan simptom yang dialami.

    Pun begitu, anda perlu faham prosedur tersebut boleh membuatkan dinding faraj anda lebih sempit.

    Perkara ini boleh menyebabkan penetrasi penuh semasa hubungan seks sukar dilakukan dan anda boleh berasa sakit.

    Ke mana telur saya akan pergi, bagaimana pula dengan sperma pasangan?

    pembedahan buang rahim wanita

    Oleh sebab rahim merupakan pusat laluan utama bagi sperma, ia tidak mempunyai hala tuju ke arah mana mereka seharusnya pergi.

    Secara ringkasnya sperma yang datang melalui ejakulasi akan keluar melalui cecair faraj yang keluar kelak.

    Bagaimana pula dengan telur (ovum)?

    Bagi mereka yang mengalami kanser rahim, prosedur pembuangan rahim dan ovari secara total akan dilakukan (TAHBSO).

    Ini bermakna, anda tidak akan merembeskan sebarang telur.

    Namun, jika salah satu ovari anda berfungsi selepas pembedahan buang rahim wanita dan anda belum mencapai usia menopaus, telur anda masih dikeluarkan oleh ovari.

    Anda mungkin berminat:

    Oleh sebab tiada rahim, ia akan memasuki ruang abdomen dan mengalami proses degradasi.

    Walau bagaimanapun, anda masih berisiko untuk mendapat kehamilan luar rahim.

    Ia cuma boleh berlaku jika terdapat saluran yang menghubungkan ruang abdomen dengan faraj atau serviks.

    Ini bermakna, sperma dan ovum masih boleh bersenyawa dan hasilnya, kehamilan ektopik berlaku.

    Perkara ini pernah berlaku dan dilaporkan di laman Jurnal Perubatan pada tahun 2019 melibatkan seorang wanita Afrika berusia 32 tahun yang disahkan hamil 13 minggu walaupun sudah buang rahim.

    Adakah wanita yang sudah lakukan pembedahan buang rahim wanita boleh alami orgasme?

    pembedahan buang rahim wanita

    Walaupun histerektomi boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks atau berlaku pendarahan, kebanyakan mereka mengalami orgasme yang lebih kuat atau lebih kerap.

    Namun, kajian pada tahun 2012, dapatan menunjukkan terdapat segelintir wanita yang mengalami penurunan orgasme kesan daripada prosedur histerektomi ini.

    Bukti klinikal masih lagi tidak mencukupi untuk dianalisis dan ia merupakan satu misteri yang masih belum terungkai dalam dunia perubatan.

    Pun begitu, ia bergantung kepada kaedah orgasme yang dialami oleh wanita tersebut.

    Sebagai contoh, mereka yang mengalami orgasme yang disebabkan oleh kemutan rahim akan melaporkan penurunan pada tahap orgasme.

    Manakala wanita yang mengalami orgasme disebabkan oleh rangsangan kelentit tidak akan sedar akan perubahan yang berlaku pada tahap orgasme.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 19/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan