Sesetengah pil kontraseptif oral boleh mendatangkan kesan kepada tubuh wanita yang mengambilnya. Ini 10 kesan jenis pil perancang oral perlu anda ketahui!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Sesetengah pil kontraseptif oral boleh mendatangkan kesan kepada tubuh wanita yang mengambilnya. Ini 10 kesan jenis pil perancang oral perlu anda ketahui!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Pil kontraseptif oral, atau lebih dikenali sebagai pil perancang, merupakan kaedah merancang keluarga yang efektif. Kaedah ini telah diamalkan oleh ramai wanita sejak dahulu lagi.
Di samping keberkesanannya dalam mengawal kehamilan, amalan pengambilan jenis pil perancang ini juga mengandungi kesan sampingan tertentu, yang ada kalanya mengganggu kehidupan seseorang wanita.
Kira-kira separuh wanita yang mengambil pil ini mengalami masalah pendarahan faraj – juga dipanggil pendarahan kecil intermenstrual – yang berlaku antara tempoh jangkaan haid.
Keadaan ini selalunya terjadi dalam tempoh 3 bulan terawal selepas anda mula mengambil pil kontraseptif. Bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan banyak lebih daripada 3 hari, segera berjumpa dengan doktor.
Pil perancang juga boleh menyebabkan loya jika anda mengambilnya buat pertama kali. Anda perlu mengambilnya dengan makanan atau sebelum tidur bagi mengurangkan ketidakselesaan akibat loya.
Kesan sampingan ini selalunya akan mengganggu anda dalam jangka masa pendek. Bagaimanapun, jika keadaan anda teruk dan berterusan, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan nasihat pakar.
Satu lagi kesan sampingan lazim akibat pengambilan pil perancang adalah sakit pada payudara. Selalunya, gejala ini akan reda selepas beberapa minggu.
Bagi mengurangkan ketidakselesaan pada payudara, anda perlu mengehadkan pengambilan kafein dan garam. Selain itu, anda juga disarankan untuk memakai coli sokongan.
Jika kesakitan anda bertambah teruk atau anda mendapati ketulan pada payudara anda, sebaik-baiknya berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
Hormon seks dalam pil kontraseptif adalah punca utama yang membuatkan anda sakit kepala dan migrain. Bergantung kepada jenis dan dos hormon, anda mungkin akan mengalami simptom sakit kepala yang berbeza.
Tiada bukti kukuh yang menunjukkan pil perancang boleh meningkatkan berat badan anda.
Namun ramai wanita yang mengadu tentang retensi bendalir dalam payudara dan pinggul mereka selepas pengambilan kontraseptif jenis ini.
Wanita yang mengambil pil kontraseptif berkemungkinan mengalami kemurungan atau perubahan emosi.
Jadi, jika anda pernah mengalami kemurungan, anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mula mengambil pil ini.
Baca juga:
Walaupun anda makan pil dengan betul, namun anda mungkin akan terlepas atau tidak datang haid.
Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti stres, sakit, melancong, dan ketidaknormalan hormon atau tiroid.
Jika anda tidak datang haid walaupun masih mengambil pil kontraseptif, doktor mungkin akan menyuruh anda melakukan ujian kehamilan sebelum anda meneruskan pengambilan pil.
Dalam sesetengah kes, hormon pada pil perancang boleh menurunkan kemahuan seks anda. Jika simptom ini berterusan, dapatkan nasihat daripada doktor.
Penggunaan pil kontraseptif boleh menyebabkan peningkatan atau penurunan lelehan faraj anda. Secara amnya, keadaan ini tidak menyakitkan.
Namun, jika anda bimbang akan berlaku jangkitan, dapatkan konsultasi daripada doktor.
Penahanan bendalir yang disebabkan oleh pil ini boleh membuatkan kornea mata anda mengembang atau berubah bentuk.
Akibatnya, anda tidak lagi sesuai dan selesa memakai kanta lekap biasa anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen