Kedua-dua kategori karbo kompleks ini sangat disarankan untuk diambil kerana masing-masing mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Karbo mudah
Karbo mudah terdiri daripada gula semula jadi dan gula tambahan.
Gula semula jadi merujuk kepada yang boleh dijumpai secara alami dalam produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula tambahan pula merujuk kepada gula yang ditambah kepada sebarang makanan semasa prosedur memasak.
Gula tambahan kebiasaannya dilabelkan dengan nama seperti glukosa, fruktosa, maltosa, sukrosa dan lain-lain.
Memilih jenis karbohidrat terbaik
Menurut Dietary Guidelines 2015-2020 yang dikeluarkan oleh Office of Disease Prevention and Health Promotion menyarankan anda untuk lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu untuk meningkatkan pengambilan karbohidrat.
Dalam masa yang sama, mereka juga turut menyarankan untuk kurangkan pengambilan gula dalam diet.
Dalam usaha meningkatkan kualiti karbohidrat yang diambil dalam diet, pilih makanan atau minuman yang mengandungi karbo kompleks dan kurangkan mengambil karbo mudah.
Selain itu, mereka turut mencadangkan agar anda memasak sendiri di rumah berbanding mengambil makanan atau minuman segera yang boleh beri kesan kepada kesihatan anda.

Konklusi
Kesimpulannya, terdapat dua jenis karbohidrat utama yang kita perlu tahu. Karbo kompleks juga dikenali sebagai karbo yang baik. Karbo mudah pula dikenali sebagai karbo yang buruk. Jadi, pilih karbo yang terbaik untuk keseimbangan diet anda.
Jika anda seorang ibu yang ada anak bertanya soalan seperti Akif, gunakan artikel ini sebagai panduan, ya?
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.