backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Sumber Kalsium Selain Susu Untuk Anak Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/05/2022

    5 Sumber Kalsium Selain Susu Untuk Anak Anda

    Keperluan kalsium meningkat apabila kanak-kanak semakin membesar. Keperluan diet kalsium yang dicadangkan untuk kanak-kanak adalah 500- 700mg sehari. Memandangkan oleh kanak-kanak makan kebanyakan makanan, cara terbaik untuk mendapatkannya adalah dengan mempunyai diet yang pelbagai dan seimbang termasuk semua kumpulan makanan. Diet berdasarkan pilihan makanan yang sihat dan semula jadi akan memastikan bahawa anak mendapat manfaat nutrisi penuh daripada apa yang dimakannya.

    Soya

    Kacang soya adalah cara yang baik bagi bayi vegetarian atau vegan, bukan hanya pengambilan kalsium yang diperlukan, tetapi jumlah protein atau besi yang baik juga. Susu soya boleh dibuat dengan memasak biji kacang soya di dalam air dan asingkan susu dari serat. Satu cawan susu kedelai mengandungi lebih daripada 60mg kalsium.

    Salmon atau ikan bertulang

    Selain menjadi sumber kalsium yang baik iaitu 232mg dalam hidangan dewasa, salmon adalah sumber vitamin B12, vitamin D, dan selenium yang sangat baik. Ia juga mengandungi sejumlah baik niacin, asid lemak omega-3, protein, fosforus, dan vitamin B6.

    Biji bijan

    Satu sudu makan biji bijan mengandungi 88mg kalsium, menjadikannya cara yang baik dan mudah untuk mendapatkan kalsium RDA dalam diet seseorang. Ia juga menurunkan tekanan darah dan melawan keradangan.

    Brokoli

    Terdapat kanak-kanak menyukai dan sebaliknya. Tetapi dengan 47mg kalsium dalam 100g brokoli tidak boleh diabaikan. Para ibu boleh mempelbagaikan hidangan sayur-sayuran ini untuk memastikan anak mendapat yang terbaik daripada khasiatnya.

    Tauhu

    Setengah cawan tauhu bersamaan 861mg kalsium. Tauhu adalah sejenis protein yang kaya protein rendah lemak susu atau keju untuk keperluan kalsium bayi anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan