Budak Paling Muda Lebih Berisiko Hidap ADHD?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Percaya atau tidak jika kami nyatakan bahawa, kanak-kanak yang paling muda dalam kelas lebih berisiko mengalami ADHD? Menurut kajian, mereka yang lebih muda daripada rakan sebaya di kelas didiagnosis mengalami ADHD sekitar 30% lebih kerap berbanding rakan sebayanya yang lain. Bukan setakat itu, kanak-kanak yang paling muda ini turut didiagnosis mempunyai ketidakupayaan intelektual dan kemurungan. Sebelum itu, apakah sebenarnya ADHD? 

ADHD adalah singkatan bagi attention deficit hyperactivity disorder. Ia merupakan satu keadaan perubatan yang sering terjadi dalam kalangan kanak-kanak, di mana mereka mempunyai perbezaan dalam perkembangan dan aktiviti otak berbanding kanak-kanak lain. Mereka sering mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan, duduk diam, dan kawalan diri.

Cenderung untuk jadi hiperaktif

Salah seorang penulis kajian tersebut, Jeremy Brown yang berkhidmat di London School of Hygiene and Tropical Medicine menyatakan, kanak-kanak yang paling muda ini cenderung untuk tidak begitu cemerlang dalam bidang akademik selain lebih mudah didiagnosis dengan gangguan hiperaktif

Beliau turut menyatakan bahawa kajian tersebut tidak direka untuk mengenal pasti sebab-sebab bagi isu tersebut, melainkan hanya untuk melihat perkaitan yang mungkin wujud. Walau bagaimanapun, beliau menyebutkan bahawa terdapat beberapa sebab yang berpotensi bagi perkaitan yang berlaku. 

“Kanak-kanak paling muda ini mungkin mengalami kesukaran untuk memberikan tumpuan di dalam kelas, yang menyebabkan mereka menjadi hiperaktif. Prestasi akademik yang rendah dan hubungan antara rakan-rakan yang lemah berkemungkinan mempunyai implikasi yang negatif terhadap kesihatan mental,” tambah Jeremy lagi. 

Peratusan kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan intelektual, kemurungan

Kajian tersebut telah melakukan semakan terhadap rekod penjagaan kesihatan daripada lebih 1 juta murid sekolah di United Kingdom. Berdasarkan penelitian tersebut, kanak-kanak yang dilahirkan pada suku terakhir tahun persekolahan cenderung untuk didiagnosis dengan ADHD lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang lahir pada suku pertama tahun persekolahan dengan kadar sebanyak 36%. Kanak-kanak yang lebih muda lebih cenderung mengalami ketidakupayaan intelektual sebanyak 30% dan kemurungan sebanyak 31% berbanding rakan sekelas yang lebih tua.

Selain itu, kanak-kanak yang lahir pada suku kedua pula dilihat mempunyai sedikit kekurangan berbanding mereka yang lebih tua daripada segi ketidakupayaan intelektual. Manakala kanak-kanak yang lahir pada suku ketiga mempunyai kecenderungan sebanyak 20% untuk mengalami ketidakupayaan intelektual tersebut. Berpandukan data yang diperoleh, sepanjang persekolahan kanak-kanak tersebut sehingga berumur 16 tahun, dianggarkan sekitar 500 kanak-kanak lagi akan didiagnosis mengalami kemurungan berbanding rakan-rakan mereka yang lain.

Kematangan anak perlu diambil berat

Dr. Andrew Adesman yang berkhidmat di Cohen Children’s Medical Centre, New York pula menyatakan, kajian terdahulu turut menyatakan terdapat perkaitan antara umur yang lebih muda dengan gangguan ADHD. Walau bagaimanapun, beliau agak terkejut berkenaan penemuan berkaitan ketidakupayaan intelektual tersebut. Beliau menambah, tarikh lahir kanak-kanak tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu-satunya faktor dalam menentukan waktu yang sesuai untuk mendaftarkan anak ke sekolah. Beliau menyatakan bahawa tahap kematangan kanak-kanak perlu dipertimbangkan selain daripada tarikh lahir kanak-kanak tersebut.

Sebagai ibu bapa, jangan berasa resah sekiranya anak anda akan menjadi kanak-kanak yang terkebelakang di dalam kelas disebabkan oleh tarikh lahirnya yang menjadikannya murid paling muda di dalam kelas. Asuhan yang teratur dan disiplin yang baik pasti dapat membuat perubahan dalam tabiat harian anak anda, dan ini pasti turut memberi kesan terhadap kelakuan dan prestasinya di sekolah. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tahu Tak, Bukan Semua Suplemen Anak Boleh Makan? Ada Yang Bahaya Buat Teruna & Dara

    Ramai ibu bapa yang memberikan vitamin untuk anak, tanpa memikirkan risiko yang bakal anak hadapi. Ini senarai suplemen berbahaya untuk anak remaja.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

    Ereksi zakar adalah perkara yang normal buat kaum Adam. Persoalannya, umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Basuh Tangan Lama, Petanda Awal OCD, Mak Ayah Jangan Biar Si Kecil Alami Masalah Mental Ini

    Masalah OCD dalam kalangan kanak kanak sememangnya lazim namun kurang mendapat perhatian ramai. Jika anak anda menunjukkan gejala OCD, dapatkan rawatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 27/07/2020 . 3 minit bacaan

    Anak Cenderung Mudah Belajar & Selesa Bercakap Jika Berimaginasi Dengan Teman Bermain – Pakar

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keibubapaan, Tips Keibubapaan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tulisan tangan

    Periksa Tulisan Anak Anda! Kalau Kurang Cantik, Ia Mungkin Tanda Awal Si Kecil Alami ADHD

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahasa isyarat orang kelainan upaya OKU

    Bahasa Isyarat Bukan Hanya Untuk OKU, Orang Biasa Juga Kena Belajar! Ini Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    susu rendah lemak

    Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
    mandi hujan

    Kenapa Anak Selalu Jatuh Sakit Jika Terkena Hujan? Ini Bukan Salah Hujan, Sebaliknya Ada Sebab Lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/08/2020 . 3 minit bacaan