Tahukah anda demam panas, batuk berpanjangan dan hilang selera makan merupakan simptom pneumonia kanak-kanak yang boleh terjadi? Tetapi macam mana nak bezakan demam biasa dengan pneumonia?

Tahukah anda demam panas, batuk berpanjangan dan hilang selera makan merupakan simptom pneumonia kanak-kanak yang boleh terjadi? Tetapi macam mana nak bezakan demam biasa dengan pneumonia?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Pneumonia atau jangkitan paru-paru adalah satu bentuk jangkitan pernafasan akut yang menjejaskan paru-paru. Paru-paru mempunyai kantung kecil yang dipanggil alveoli, yang mengisi dengan udara apabila orang yang sihat bernafas.
Jika seseorang yang menghidap radang paru-paru, kantung udara akan dipenuhi dengan nanah dan cecair lain.

Mari kita kenali simptom pneumonia kanak kanak. Antara gejala yang boleh berlaku ialah:

Pneumonia boleh merebak dalam beberapa cara. Virus dan bakteria yang biasa ditemui dalam hidung atau tekak kanak-kanak boleh menjangkiti paru-paru jika ia disedut. Ia juga boleh merebak melalui titisan bawaan udara daripada batuk atau bersin.
Selain itu, radang paru-paru boleh merebak melalui darah, terutamanya semasa dan sejurus selepas kelahiran. Lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan ke atas patogen yang berbeza yang menyebabkan radang paru-paru dan cara penularannya, kerana ini amat penting untuk rawatan dan pencegahan.
Penawar kepada simptom pneumonia adalah dengan memberikan antibiotik. Antibiotik pilihan untuk rawatan pertama ialah tablet terdispersi amoxicillin.
Pun begitu rawatan antibiotik untuk pneumonia bergantung kepada jenis kuman. Ia hanya diberikan bagi kes jangkitan bakteria.
Majoriti punca kepada pneumonia dalam kalangan kanak-kanak adalah virus yang tidak memerlukan antibiotik
Jika kesihatan radang paru-paru semakin teruk, anda akan dimasukkan ke dalam hospital.
Sesetengah jenis radang paru-paru boleh dicegah dengan vaksin. Kanak-kanak biasanya mendapat vaksin rutin terhadap Haemophilus influenzae, pneumococcus dan batuk kokol bermula pada usia 2 bulan.

Kini, pengambilan vaksin selesema dan vaksin COVID-19 disyorkan untuk semua orang dewasa dan kanak-kanak berumur 6 bulan dan ke atas. Vaksin ini sangat penting untuk kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik, seperti gangguan jantung atau paru-paru atau asma.
Dengan rawatan yang diberikan , simptom pneumonia kanak kanak berkemungkinan untuk sembuh kebanyakkan untuk sembuh dalam 1-2 minggu bagi jenis pneumonia bakteria. Pneumonia atipikal dan pneumonia virus mungkin mengambil masa 4-6 minggu untuk hilang sepenuhnya.
Diharapkan ibu bapa diluar sana mengambil berat dan peka dengan sakit yang dialami oleh anak anda. Kadang-kala, sakit yang dialami mungkin lebih teruk daripada yang kita jangka. Jadi, jangan lupa untuk segera ke klinik jika si manja anda berada dalam keadaan tidak sihat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Pneumonia in Kids. https://kidshealth.org/en/parents/pneumonia.html. Accessed by 2 October 2025.
Pneumonia. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4471-pneumonia. Accessed by 2 October 2025.
Pneumonia in children. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/pneumonia. Accessed by 2 October 2025.
Ebeledike C, Ahmad T. Pediatric Pneumonia. [Updated 2023 Jan 16]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2025 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK536940/. Accessed by 2 October 2025.
Versi Terbaru
02/12/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa