backup og meta

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD) Boleh Berjangkit? Ini Cara Rawat Yang Berkesan!

Tahukah anda bahawa Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) semakin meningkat di dalam negara ini? Ibu bapa pasti berasa gelisah apabila penyakit ini menyerang anak-anak mereka dan tertanya cara merawat HFMD dengan cepat.

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD) Boleh Berjangkit? Ini Cara Rawat Yang Berkesan!

Khas buat anda, kami akan kongsikan beberapa tip untuk merawat masalah HFMD yang berkesan. Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa tanda awal hmfd?

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand, Foot, Mouth Diseases, HFMD) kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak yang berusia 10 tahun ke bawah. Namun begitu, penyakit ini juga boleh berlaku dalam golongan dewasa.

Penyakit ini juga sama seperti penyakit berjangkit COVID19 yang boleh merebak dengan mudah pesakit ke pesakit yang lain, jadi penting untuk anda menjalani kuarantin apabila diserang penyakit ini.

Penyebab paling biasa penyakit HFMD ini ialah jangkitan daripada coxsackievirus 16. Coxsackievirus ini tergolong dalam kumpulan virus yang dipanggil nonpolio enterovirus.

Jenis enterovirus lain juga boleh menyebabkan penyakit HFMD ini.

Virus seperti ini boleh ditemui di dalam saluran pernafasan dan najis serta di dalam lepuh air yang muncul pada tangan dan kaki.

Ia boleh merebak melalui sentuhan terus dengan air liur dan najis mereka yang berpenyakit.

Berikut merupakan beberapa tanda HFMD yang perlu anda awasi pada keadaan semasa anak anda:

  • Demam
  • Ruam pada tapak tangan, kaki dan juga punggung
  • Sakit tekak
  • Lepuh pada lidah, gusi, dan bahagian dalam pipi
  • Hilang selera makan

cara merawat hfmd dengan cepat

Bagaimana cara merawat HFMD bayi dengan cepat?

Kebanyakan kes HFMD bersifat ringan dan akan sembuh sendiri dalam waktu sekitar seminggu.

Bagi mencegah risiko jangkitan penyakit ini, ibu bapa disarankan untuk mengutamakan kebersihan tangan.

Elakkan juga daripada memeluk, mencium atau berkongsi objek sehingga anak-anak anda bebas dari simptom HFMD.

Ajar mereka menutup mulut dan hidung apabila mereka batuk atau bersin.

Berikut juga merupakan beberapa cara merawat HFMD dengan cepat yang boleh ibu bapa cuba:

Cara merawat HFMD dengan cepat #1. Utamakan amalan mencuci tangan

cuci tangan

Basuh tangan anda dengan kerap dan bersih, terutamanya selepas pergi ke tandas atau menukar lampin.

Sentiasa cuci tangan sebelum menyediakan makanan dan makan. Gunakan tisu tangan atau gel yang dirawat dengan alkohol pembunuh kuman jika sabun dan air tidak tersedia.

Cara merawat HFMD dengan cepat #2. Basmikan kuman barang yang dikongsi

Sentiasa lap permukaan barang mainan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Barang mainan harus selalu dibersihkan kerana virus akan aktif pada permukaan mainan tersebut selama beberapa hari.

Cara merawat HFMD dengan cepat #3. Jauhi kontak rapat

Kuarantinkan pesakit HFMD yang mengalami gejala aktif dari orang lain supaya penyakit tersebut tidak menjangkiti orang lain juga.

Jauhkan si kecil anda dari penjagaan kanak-kanak atau sekolah sehingga demam mereka hilang dan ruam mulut mereka telah sembuh. Jika anda yang menghidapi penyakit ini, duduk di rumah sahaja dan berehat sehingga pulih.

Ajar anak tingkatkan amalan kebersihan

Tunjukkan kepada anak-anak anda tentang cara menjaga kebersihan diri. Ajar mereka supaya tidak memasukkan jari, tangan atau objek lain ke dalam mulut mereka kerana ini akan menyebabkan kuman mudah merebak.

Apa pula pantang larang HFMD?

tanda penyakit hfmd

HFMD ialah jangkitan virus yang jarang menyebabkan komplikasi lanjut. HFMD kebiasaannya akan sembuh dengan sendirinya, tetapi terdapat beberapa cara merawat hfmd dengan cepat yang lain seperti berikut:

  • Berikan anak anda ubat penahan sakit, seperti paracetamol atau ibuprofen tetapi jangan berikan aspirin
  • Pastikan anak anda sentiasa terhidrat bagi menghalang mereka daripada dehidrasi
  • Jangan picit lepuh dan biarkan ia kering secara semula jadi
  • Sediakan makanan yang tidak pedas dan berasid untuk anak kerana makanan tersebut boleh merengsakan lagi ulser mulut anak anda.

Tiada rawatan khusus untuk merawat HFMD

Untuk makluman anda, tiada ubat antivirus atau rawatan khusus untuk merawat penyakit HFMD ini.

Dalam kebanyakan kes, simptom akan beransur pulih dan hilang dalam masa seminggu atau lebih.

Walau bagaimanapun, jika penghidap HFMD mengalami simptom yang teruk, mengalami kesukaran bernafas, mengalami dehidrasi, atau menunjukkan tanda-tanda komplikasi seperti meningitis virus, sila segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kesimpulannya, anda dinasihati untuk mendapatkan diagnosis dan panduan rawatan yang betul jika anda mengesyaki bahawa anda atau anak anda menghidap HFMD, terutamanya jika gejala teruk atau berterusan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). http://www.myhealth.gov.my/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd/. Diakses pada November 2, 2023.

Hand, Foot And Mouth Disease Common In Children. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/hand-foot-and-mouth-common-in-children. Diakses pada November 2, 2023.

Hand, Foot And Mouth Disease. https://www.rch.org.au/kidsinfo/fact_sheets/hand_foot_and_mouth_disease/#:~:text=Signs%20and%20symptoms%20of%20HFMD&text=Small%2C%20oval%2C%20white%20blisters%20on,a%20brown%20scale%20on%20it. Diakses pada November 2, 2023.

Hand, Foot And Mouth Disease. https://www.moh.gov.my/moh/resources/auto%20download%20images/589d71f714d23.pdf. Diakses pada November 2, 2023.

Hand, Foot And Mouth Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11129-hand-foot-and-mouth-disease. Diakses pada November 2, 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu Nak Tahu Cara Menghilangkan Kahak Bayi? Cuba 4 Tip Ini Di Rumah!

Batuk Anak Bunyi 'Pelik'? Mama, Ia Mungkin Sebab Penyakit Kroup!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan