brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Nak Rangsang Skil Motor Anak? Jom, Ajak Mereka Main Skuter Elektrik!

Anda suka naik skuter elektrik dewasa? Seronok bukan! Ramai orang memilih untuk menggunakan skuter elektrik sebagai pengangkutan utama di bandar besar.

Nak Rangsang Skil Motor Anak? Jom, Ajak Mereka Main Skuter Elektrik!

Malah, bagi mereka yang tidak suka berjalan kaki, berbasikal atau berjogging, menaiki skuter boleh menjadi satu bentuk senaman yang menyeronokkan. Malah, otot-otot di kawasan perut, punggung, kaki dan paha juga dapat dikuatkan jika anda kerap menaiki skuter.

Ingin tahu manfaat menaiki skuter terhadap kesihatan? Mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

7 Manfaat main skuter elekrik

skuter elektrik

Siapa sangka, skuter elektrik dewasa mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan seseorang. Selain saiznya yang kecil, penggunaan skuter di kawasan bandar bukan sahaja baik untuk alam sekitar, anda juga tidak perlu pening kepala mengenai minyak, jalan jammed atau masalah parking.

Walaupun skuter yang digunakan menggunakan kuasa elektrik, ia masih lagi dikira sebagai satu senaman. Malah, sekadar berdiri di atas skuter juga boleh membakar kalori tau! Itu tidak termasuk lagi dengan kebaikannya kepada mental seseorang.

Mari ketahui kebaikan penggunaan skuter terhadap kesihatan mental dan fizikal anda.

1. Membantu anda menurunkan berat badan

Menurut kajian yang dijalankan oleh University of Brighton, menaiki skuter selama 45 minit dapat membakar 350 kalori. Pergerakan yang kita lakukan semasa menaiki skuter merupakan satu bentuk senaman aerobik yang dapat mengaktifkan otot di kawasan bawah badan.

2. Membina dan menguatkan otot

Menaiki skuter juga dapat menguatkan otot dan tulang belakang anda. Malah, mereka yang suka naik skuter juga didapati mempunyai imbangan badan yang lebih baik.

3. Skuter elektrik dapat meningkatkan koordinasi

Selain itu, aktiviti menunggang skuter juga dapat meningkatkan koordinasi mata kita. Sama seperti memandu atau menunggang motorsikal, kita perlukan skil motor yang tajam semasa menaiki skuter.

Malah, semakin lama anda menaiki skuter, semakin tajamlah koordinasi dan keseimbangan badan anda nanti!

4. Dapat memperbaiki imbangan badan

Anak mempunyai masalah mengimbang badan? Menaiki skuter merupakan satu aktiviti yang mungkin bermanfaat untuk anak-anak. Malah, ia juga dapat mengasah skil motor halus dan konsentrasi anak.

Untuk menaiki skuter, anak perlulah mengimbang badan masing-masing dan memastikan belakang badan kekal tegak sambil menggengam handlebar. Lama-kelamaan, anak dapat mengasah skil mengimbang dan dalam masa yang sama, berseronok dan mengeluarkan peluh setiap hari!

5. Menyokong perkembangan kardiovaskular

Inginkan jantung yang lebih sihat? Cubalah bersenam menggunakan skuter!

Mereka yang kerap menaiki skuter mempunyai risiko masalah tekanan darah, hipertensi dan serangan jantung yang lebih rendah. Manakan tidak, menaiki skuter juga dikira sebagai sejenis senaman!

Bukan itu sahaja, mereka yang ingin menurunkan berat badan dan menguatkan otot di kawasan bawah badan juga boleh cuba bersenam menggunakan skuter. Ia mudah, murah dan menyeronokkan!

6. Naik skuter elektrik baik untuk kesihatan mental

Orang dewasa dan kanak-kanak yang suka menunggang skuter didapati mempunyai kesihatan mental yang lebih baik. Aktiviti ini bukan sahaja boleh mengurangkan stres, ia juga sihat untuk tubuh badan!

Ada juga yang menaiki skuter sebagai hobi. Malah, aktiviti ini juga sesuai untuk dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga pada masa lapang.

Malah, wanita yang mengandung juga digalakkan untuk menaiki skuter. Aktiviti ini dapat menguatkan otot di kawasan perut dan lantai pelvis. Malah, senaman ringan juga terbukti selamat untuk ibu mengandung. Tetapi, hati-hati ya! Jangan sampai terjatuh pula!

7. Aktiviti yang selamat dan sesuai untuk semua peringkat umur

Setiap jenis skuter, sama ada skuter elektrik atau kick scooter sangat selamat untuk digunakan. Benar, ada orang yang tercedera semasa menaiki skuter. Namun, jika anda berhati-hati, kecederaan ini dapat dielakkan.

Jika anda suka menaiki skuter, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga ketika berada di jalan raya. Ada banyak skuter yang boleh diakses dengan mudah di pusat bandar. Sebelum menaikinya, pastikan laluan anda lapang dan selamat. Elakkan kawasan yang sibuk dan ramai orang.

Kesimpulan

Skuter merupakan sejenis pengangkutan yang mudah alih, selamat dan paling pelting, menyeronokkan. Ia juga dapat membakar kalori dan membuatkan anda kurang stres kerana terpaksa menghadap jalan jammed pada waktu pagi.

Tidak kiralah apa jua sebab anda menaiki skuter; sama ada untuk bersenam atau sebagai hobi semata-mata, aktiviti ini dapat membawa 1001 kebaikan kepada kesihatan fizikal dan mental anda.

Jadi, jika anda duduk di bandar besar, cubalah gunakan skuter sebagai salah-satu cara pengangkutan. Malah, anda juga boleh menjimatkan wang dan menyelamatkan alam sekitar pada masa yang sama!

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 2 jam lalu