Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Anak Lebih Rendah Dari Rakan Sebaya? Nutrisi Lengkap Ini Kunci Pertumbuhan Optimum
Setiap ibu bapa mengimpikan anak membesar dengan sempurna. Namun, realitinya ada segelintir kanak-kanak yang tidak mencapai ketinggian normal mengikut umur. Keadaan yang dikenali sebagai tumbesaran terbantut ini berlaku apabila pertumbuhan mereka lebih rendah berbanding rakan sebaya.
Masalah ini bukan sekadar melibatkan penampilan fizikal semata-mata. Ia boleh memberi kesan kepada kesihatan jangka panjang, termasuk daya tahan tubuh, kebolehan belajar, malah emosi anak.
Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa memahami tanda-tanda awal, cara memantau pertumbuhan dan langkah menyokong perkembangan fizikal kanak-kanak dengan nutrisi yang betul.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, boleh klik di sini.
Masalah tumbesaran terbantut
Tumbesaran terbantut merujuk kepada keadaan di mana kanak-kanak membesar pada kadar yang lebih perlahan berbanding standard pertumbuhan normal1.
Faktor utama yang sering menyumbang termasuk kekurangan nutrisi, masalah kesihatan berulang dan persekitaran yang tidak kondusif1.
Jika dibiarkan berlarutan, tumbesaran terbantut boleh memberi kesan jangka panjang – termasuk kelemahan sistem imun, gangguan pembelajaran dan tahap keyakinan diri anak.
Walaupun begitu berita baiknya, ibu bapa masih boleh mengambil langkah awal untuk mencegah dan mengurangkan kesan masalah ini dengan cara memantau perkembangan fizikal kanak-kanak dan memastikan mereka mendapat nutrisi mencukupi.
Antara faktor boleh menjadi punca masalah tumbesaran terbantut.
Memantau ketinggian normal mengikut umur
Salah satu cara penting untuk memastikan anak membesar dengan baik adalah dengan rutin ukur ketinggian secara berkala. Pertumbuhan kanak-kanak biasanya dirujuk berdasarkan carta peratusan ketinggian yang dibangunkan oleh pakar pediatrik.
Anak anda mungkin dianggap mempunyai masalah pertumbuhan jika2,3:
Tinggi badannya jauh lebih rendah berbanding kanak-kanak seusia dan sejantina
Ketinggiannya berada di bawah persentil ke-3, iaitu lebih rendah daripada 97% kanak-kanak lain dalam kumpulan umur yang sama
Carta ketinggian kanak kanak mengikut umur ini membolehkan ibu bapa mengenal pasti sama ada anak sedang membesar dalam julat normal atau berisiko mengalami masalah tumbesaran terbantut.
Antara faktor yang boleh mempengaruhi ketinggian anak termasuk:
Kesihatan – penyakit kronik atau jangkitan berulang boleh menjejaskan tumbesaran6
Aktiviti fizikal – anak yang aktif cenderung mempunyai tulang dan otot yang lebih optimum7
Memahami faktor-faktor ini membantu ibu bapa membuat keputusan lebih bijak dalam menyokong pertumbuhan anak sejak awal.
Langkah bijak ibu bapa dalam menyokong tumbesaran anak
Selain memantau pertumbuhan secara berkala, ibu bapa memainkan peranan besar dalam memastikan anak mencapai potensi tumbesaran mereka. Antara langkah yang boleh diamalkan adalah5,6,7,8:
Buat catatan rutin – rekod bacaan ketinggian anak untuk dibandingkan dengan carta kesihatan.
Sediakan diet seimbang – masukkan sumber protein, sayur, buah, bijirin dan tenusu dalam hidangan harian.
Galakkan aktiviti fizikal – pergerakan aktif membantu menguatkan tulang dan otot.
Tidur yang cukup – hormon pertumbuhan dirembeskan semasa tidur, jadi anak memerlukan rehat yang mencukupi.
Pantau kesihatan – jika pertumbuhan perlahan, rujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Tambahkan susu formulasi khas sebagai pelengkap nutrisi harian – susu membekalkan nutrisi seimbang, mudah dihadam dan berperanan menyokong tumbesaran anak.
Aktiviti fizikal juga penting dalam menyokong tumbesaran anak.
Nutrisi lengkap penentu perkembangan fizikal kanak-kanak
Nutrisi adalah asas utama dalam menyokong ketinggian normal mengikut umur. Antara nutrien penting yang diperlukan termasuk9,10,11:
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran terbantut atau berat badan rendah, susu adalah antara sumber nutrisi yang mudah diambil, mengenyangkan dan cepat dihadam.
Dengan kandungan kalori serta nutrien yang seimbang, susu dapat menjadi pelengkap kepada diet harian anak untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam fasa pertumbuhan.
Dutch Lady® MaxGro – Pilihan nutrisi lengkap untuk anak 1–9 tahun
Dalam fasa penting ini, susu formulasi khas seperti Dutch Lady® MaxGro dapat menjadi pilihan ibu bapa untuk menyokong pertumbuhan si manja.
Diformulasikan khas untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 9 tahun, susu Dutch Lady® MaxGro menyediakan sehingga 80% daripada nutrien harian utama seperti yang disarankan dalam Malaysia RNI 2017.
Dutch Lady® MaxGro diperkaya dengan kalsium, protein, vitamin D dan vitamin A yang membantu pembentukan tulang kuat serta menyokong perkembangan fizikal kanak-kanak secara menyeluruh. Nutrisi lengkap ini turut berperanan dalam menggalakkan ketinggian normal mengikut umur11,12.
Susu ini turut mengandungi 9 Essential Amino Acids (EAA) yang berfungsi sebagai blok binaan protein penting untuk pertumbuhan otot dan tulang yang optimum.
Selain itu, kandungan Docosahexaenoic Acid (DHA) (80mg/100g) dalam MaxGro berperanan membantu meningkatkan daya berfikir, memori dan kebolehan belajar anak – menjadikannya nutrien penting dalam menyokong perkembangan otak pada peringkat awal13.
Susu penuh khasiat, nutrisi penting galakkan tumbesaran anak. Susu penuh khasiat, nutrisi penting galakkan tumbesaran anak.
Bagi menyokong keperluan nutrisi harian anak, berikut cadangan pengambilan susu Dutch Lady® MaxGro:
1–3 tahun: 2–3 gelas sehari
4–9 tahun: 3–4 gelas sehari
Dengan pengambilan susu Dutch Lady® MaxGro secara konsisten, anak bukan sahaja mendapat nutrien mencukupi, malah berpeluang mengelakkan masalah tumbesaran terbantut yang boleh menjejaskan perkembangan keseluruhan mereka.
Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Dutch Lady® MaxGro.
Capai ketinggian normal mengikut umur dengan nutrisi lengkap
Pertumbuhan anak adalah cerminan kesihatan keseluruhan mereka. Dengan memantau ketinggian normal mengikut umur, membuat rutin ukur ketinggian dan merujuk carta ketinggian kanak kanak mengikut umur, ibu bapa dapat mengesan awal sebarang tanda masalah tumbesaran terbantut.
Dalam masa yang sama, pemilihan nutrisi lengkap sangatlah penting. Dengan sokongan susu formulasi khas seperti Dutch Lady® MaxGro, anak anda berpeluang membesar dan mencapai potensi mereka sepenuhnya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Stunting: What it is and what it means. https://www.concern.net/news/what-is-stunting. Accessed on Aug 18, 2025.
Want to Know More About Short Stature. https://media.anzsped.org/2024/11/05173658/J-9896-Sandoz-ANZSPED-Short-Stature-A4-V1.pdf. Accessed on Aug 18, 2025.
Short Stature. https://www.childrensmercy.org/departments-and-clinics/endocrinology/understanding-short-stature. Accessed on Aug 18, 2025.
Is height determined by genetics? https://medlineplus.gov/genetics/understanding/traits/height/. Accessed on Aug 18, 2025.
Bueno AL, Czepielewski MA. The importance for growth of dietary intake of calcium and vitamin D. J Pediatr (Rio J). 2008 Sep-Oct;84(5):386-94. English, Portuguese. doi: 10.2223/JPED.1816. PMID: 18923788. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18923788/. Accessed on Aug 18, 2025.
Kyle UG, Shekerdemian LS, Coss-Bu JA. Growth failure and nutrition considerations in chronic childhood wasting diseases. Nutr Clin Pract. 2015 Apr;30(2):227-38. doi: 10.1177/0884533614555234. Epub 2014 Nov 6. PMID: 25378356. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25378356/. Accessed on Aug 18, 2025.
Rosengren BE, Rempe J, Jehpsson L, Dencker M, Karlsson MK. Physical Activity at Growth Induces Bone Mass Benefits Into Adulthood – A Fifteen-Year Prospective Controlled Study. JBMR Plus. 2021 Nov 26;6(1):e10566. doi: 10.1002/jbm4.10566. PMID: 35079677; PMCID: PMC8770997. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/35079677/. Accessed on Aug 18, 2025.
Van Cauter E, Plat L. Physiology of growth hormone secretion during sleep. J Pediatr. 1996 May;128(5 Pt 2):S32-7. doi: 10.1016/s0022-3476(96)70008-2. PMID: 8627466. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/8627466/. Accessed on Aug 18, 2025.
Nutritional Needs for Growing Children: A Parent’s Guide. https://kkcth.org/blog-detail/nutritional-needs-for-growing-children-a-parent-s-guide. Accessed on Aug 18, 2025.
Nachvak, S.M., Sadeghi, O., Moradi, S. et al. Food groups intake in relation to stunting among exceptional children. BMC Pediatr 20, 394 (2020). https://doi.org/10.1186/s12887-020-02291-7. Accessed on Aug 18, 2025.
Milk. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/milk. Accessed on Aug 18, 2025.
Hidayat K, Zhang LL, Rizzoli R, Guo YX, Zhou Y, Shi YJ, Su HW, Liu B, Qin LQ. The Effects of Dairy Product Supplementation on Bone Health Indices in Children Aged 3 to 18 Years: A Meta-Analysis of Randomized Controlled Trials. Adv Nutr. 2023 Sep;14(5):1187-1196. doi: 10.1016/j.advnut.2023.06.010. Epub 2023 Jul 4. PMID: 37414219; PMCID: PMC10509403. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/37414219/. Accessed on Aug 18, 2025.
DHA and cognitive performance in kids: It’s complicated. https://www.bcchr.ca/news/omega-3-childrens-cognitive-performance. Accessed on Aug 18, 2025.
Versi Terbaru
12/11/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor