Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group

Profil

Dr. Muhamad Firdaus merupakan seorang pegawai perubatan yang kini sedang berkhidmat di Klinik Kesihatan Peringgit, Negeri Melaka. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBCh) daripada Cairo University, Mesir pada tahun 2018. Sebelum berkhidmat bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Muhamad Firdaus pernah menjadi seorang penulis kandungan kesihatan dan perubatan di Kuala Lumpur selama satu tahun. Oleh itu, dunia penulisan bukanlah satu perkara yang asing bagi Dr. Muhamad Firdaus. 

Dr. Muhamad Firdaus mempunyai minat yang mendalam berkaitan pendidikan dan promosi kesihatan. Beliau percaya bahawa kesihatan yang baik merupakan kunci utama bagi setiap perkara dan setiap individu berhak mendapatkan akses kepada penjagaan kesihatan yang baik tanpa mengira bangsa dan status sosial. 

Kelulusan

UNIVERSITI DAN IJAZAH

  • Bachelor of Medicine and Surgery (MBBCh)

    Faculty of Medicine, Cairo University, Egypt

Artikel Pakar Terbaru