backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Apa Ada Pada Suntikan Imunisasi 6 Serangkai?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

Apa Ada Pada Suntikan Imunisasi 6 Serangkai?

Jika dahulu bayi akan mendapat suntikan imunisasi DTaP-IPV/Hib tetapi kini mereka diberikan DTaP-IPV-HepB-Hib. Apakah kelebihan vaksin bayi ini?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Vaksin 6 dalam 1

Suntikan imunisasi 6 serangkai

Jika sebelum ini menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), bayi akan diberikan kombinasi vaksin 5 serangkai iaitu difteria, tetanus, pertussis, polio dan Haemophilus influenzae type b (pentavalent DTaP-IPV//Hib).

Ia diberi sebanyak 3 dos primer iaitu bagi suntikan bayi 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan serta 1 dos penggalak (booster) apabila mereka berusia 18 bulan (1 tahun 6 bulan).

Manakala vaksin Hepatitis B monovalent untuk mencegah penyakit Hepatitis B telah mula diberikan sejak 1989 sebanyak 3 dos iaitu ketika lahir, pada usia sebulan dan 6 bulan.

Namun kini bayi akan mendapat kombinasi vaksin 6 serangkai meliputi difteria – tetanus – pertussis – polio – Hepatitis B – Haemophilus influenzae type b (hexavalent DTaP-IPV-HepB-Hib).

Pemberian suntikan imunisasi 6 dalam 1 ini diberikan untuk mencegah penyakit difteria, tetanus (kancing gigi), pertussis (batuk kokol), poliomyelitis, Hepatitis B dan jangkitan Haemophilus influenzae jenis b.

Sebanyak 4 dos primer akan diterima bayi ketika berusia 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan dan 18 bulan (1 tahun 6 bulan).

Selain itu, pemberian vaksin Hepatitis B selepas lahir akan terus diberikan, manakala vaksin Hepatitis B yang sebelum ini diberikan pada umur sebulan dan 6 bulan akan dihentikan.

Ini kerana komponen vaksin Hepatitis B sudah terkandung dalam kombinasi vaksin 6 serangkai itu.

suntikan imunisasi

Penukaran kombinasi vaksin ini dipercayai akan dapat memberikan manfaat kepada si kecil kerana pada 2 tahun pertama kehidupan merupakan tempoh usia yang cenderung terdedah kepada jangkitan penyakit.

Manfaat suntikan

Fungsi suntikan imunisasi 6 serangkai 

Vaksin berfungsi dengan menyebabkan tubuh menghasilkan antibodi terhadap bakteria dan virus yang menjadi punca jangkitan berbeza ini:

Suntikan bayi 2 bulan bantu lawan #Difteria

Bermula dengan sakit tekak, demam ringan (101℃ atau kurang) dan menggigil. 

Seterusnya, ia boleh menyebabkan lapisan lendir tebal di bahagian belakang hidung atau tekak dan menyukarkan pernafasan atau menelan.

Ia juga boleh mempengaruhi saraf dan mengakibatkan lumpuh.

#Tetanus 

Merupakan penyakit serius disebabkan oleh toksin (racun) dihasilkan bakteria. Ia menyebabkan kekejangan otot yang menyakitkan dan boleh membawa maut.

Nama lain untuk tetanus adalah “lockjaw’ atau kancing gigi. Selalunya menyebabkan otot leher dan rahang individu ‘terkunci’, sehingga sukar untuk membuka mulut atau menelan.

Suntikan imunisasi #Pertussis 

Dikenali sebagai batuk kokol. Ia adalah masalah batuk teruk dan berpanjangan.

Masalah batuk ini boleh menyebabkan jangkitan telinga, jangkitan dada (bronkitis) berlanjutan, jangkitan paru-paru (pneumonia), sawan, kerosakan otak dan kematian.

Hepatitis B

Berpunca daripada virus hepatitis B yang menyebabkan hati menjadi bengkak (radang).

Bagi sesetengah individu, virus boleh tinggal di dalam tubuh untuk tempoh lama dan mengakibatkan masalah hati serius termasuklah kanser hati.

Poliomyelitis

Lebih dikenali sebagai polio, ia berlaku disebabkan virus yang menjejaskan saraf, sekali gus melumpuhkan otot yang berfungsi mengawal pernafasan dan menelan sehingga membawa maut.

suntikan imunisasi

Penting dalam suntikan bayi 2 bulan untuk lawan #Haemophilus influenzae jenis b

Sering disebut sebagai Hib, ini merupakan jangkitan bakteria serius dan boleh menyebabkan meningitis – keradangan pada penutup luar otak, yang mengakibatkan kerosakan otak, pekak, epilepsi atau separa buta.

Jangkitan juga boleh menyebabkan keradangan dan bengkak tekak, kesukaran menelan dan bernafas serta jangkitan yang boleh menjejaskan bahagian tubuh lain seperti darah, paru-paru, kulit, tulang dan sendi.

Kesan sampingan

Kesan sampingan suntikan bayi 2 bulan 

Seperti ubatan lain, suntikan vaksin 6 serangkai ini juga boleh menyebabkan kesan sampingan.

Reaksi alahan teruk daripada suntikan imunisasi 6 serangkai

Ia adalah kemungkinan yang sangat jarang berlaku – mungkin 1 dalam 10,000 individu, selepas menerima sebarang vaksin.

Biasanya tanda dan gejala tindak balas alahan serius berkembang dengan cepat selepas suntikan diberikan dan semasa bayi masih berada di klinik atau hospital. 

Jika wujud simptom berikut kepada si kecil, bawa mereka untuk pemeriksaan doktor segera!

  • Kesukaran bernafas
  • Kebiruan pada lidah atau bibir
  • Ruam 
  • Bengkak muka atau tekak
  • Rebah 

Kesan sampingan lain daripada suntikan bayi 2 bulan

Sangat biasa (mungkin menjejaskan lebih daripada 1 dalam 10 individu):
  • Sakit, kemerahan atau bengkak di tapak suntikan
  • Hilang selera makan
  • Menangis 
  • Mengantuk 
  • Muntah-muntah 
  • Kerap meragam
  • Demam – suhu 38°C atau lebih tinggi
Biasa (mungkin menjejaskan lebih daripada 1 dalam 10 individu):
  • Tangisan tidak normal – berpanjangan
  • Cirit-birit
  • Keras tempat suntikan imunisasi
Luar biasa (mungkin menjejaskan 1 dalam 100 individu):
Jarang (mungkin menjejaskan 1 dalam 1,000 individu):
  • Ruam 
  • Tindak balas pada bahagian suntikan – bersaiz lebih 5 cm, termasuk pembengkakan anggota tubuh, yang bermula dalam tempoh 24-72 jam selepas vaksinasi. Ia boleh dikaitkan dengan kemerahan, rasa panas, kesakitan dan bertambah baik dalam masa 3-5 hari tanpa memerlukan rawatan

suntikan imunisasi

Sangat jarang (mungkin menjejaskan 1 dalam 10,000 individu):
  • Mengalami keadaan seperti terkena renjatan atau pucat, lemah dan tidak responsif
  • Tindak balas anafilaksis
  • Sawan (kekejangan) dengan atau tanpa demam

Seandainya anak mengalami sebarang kesan sampingan sama ada yang disenaraikan di atas atau tidak selepas suntikan imunisasi, lakukan rundingan dan pemeriksaan doktor.

Vaksin Tetanus

Pemberian suntikan imunisasi Tetanus 

Walaupun vaksin tetanus terdapat dalam kombinasi vaksin serangkai, tetapi mengikut NIP, anak akan menerima suntikan vaksinasi tetanus tunggal ketika berusia 15 tahun. 

Ia kerana melalui suntikan vaksin ini, seseorang individu dapat membina imuniti bagi melawan clostridiums tetani sekiranya dijangkiti, sekali gus mengurangkan risiko komplikasi yang serius.

Pengambilan suntikan ini haruslah diperbaharui pada selepas setiap 10 tahun bagi memastikan diri terlindung daripada jangkitan bakteria yang boleh membawa maut.

Amnya tetanus atau penyakit kancing gigi ini merupakan jangkitan disebabkan oleh bakteria Clostridium tetani.

Bakteria tetanus ini  terdapat pada tanah, debu dan baja. Ia masuk ke tubuh melalui permukaan kulit yang terjejas seperti:

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/vaksin/suntikan-vaksin-untuk-bayi/

Vaksin Td

Vaksin Tetanus Difteria, antara suntikan imunisasi untuk anak

Selain daripada kombinasi vaksin 6 serangkai ini, terdapat 1 lagi vaksin yang perlu diberikan kepada anak berusia 7 tahun ke atas dan individu dewasa.

Ia dianggap sebagai dos penggalak (booster) untuk memberi perlindungan tambahan kepada diri daripada jangkitan tetanus dan difteria.

Vaksin Td ini biasanya diberikan setiap 10 tahun atau selepas 5 tahun jika seseorang itu terlibat dalam kes luka teruk atau kotor mahupun terbakar. 

Suntikan imunisasi ini boleh diberikan pada masa yang sama dengan vaksin lain.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai suntikan vaksinasi untuk anak, berundinglah dengan doktor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan