backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Si Manja Asyik Meragam? Jika Ada 5 Tanda Ini, Sah Sebab Perut Kembung!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

    Si Manja Asyik Meragam? Jika Ada 5 Tanda Ini, Sah Sebab Perut Kembung!

    Kenapa si kecil asyik meragam? Lapar atau sebab masalah perut kembung? Jom kenal pasti tanda bayi kembung perut, baru senang nak rawat.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Mengenal pasti tanda bayi kembung perut

    Masalah kembung perut hanyalah melibatkan udara di dalam abdomen atau usus. Namun bagi sesetengah bayi, keadaan itu amat menyakitkan.

    Apabila si kecil berdepan keadaan ini, gelembung udara kecil berkembang pada perut atau usus mereka yang menyebabkan tekanan dan sakit perut.

    Ada si kecil yang tidak terganggu oleh keadaan ini. Tetapi ada juga yang menjadi gelisah dan sukar tidur hinggalah angin dapat dikeluarkan.

    5 tanda bayi kembung perut

    1. Anda menyedari si manja akan meragam lebih kurang sejam setiap hari dan ia adalah 1 keadaan normal.

    Walau bagaimanapun, jika anda melihat keadaan itu tidak semakin baik, tiba masanya untuk melakukan pemeriksaan doktor.

    2. Si manja juga akan tampak tidak selesa sepanjang masa. Ini adalah petunjuk utama bahawa angin di dalam perut si kecil melebihi paras normal untuk bayi baru lahir.

    tanda bayi kembung perut

    3. Antara gejala lain yang boleh dilihat adalah apabila si kecil tidak menyusu atau sukar tidur dengan lena. Ia mungkin disebabkan oleh keadaan lain, tetapi angin di dalam perut antara punca biasa.

    4. Apabila bayi menangis dan wajah mereka menjadi merah atau kelihatan seperti sedang kesakitan, juga dianggap sebagai tanda perut bayi berangin.

    5. Bayi kerap menggeliat juga petunjuk yang boleh dikenal pasti. Jika bayi tampak tidak selesa, memusingkan badan atau menarik kaki ke dada, itu disebabkan gejala perut masuk angin.

    Punca masalah kembung perut

    Hampir semua bayi akan mengalami perut berangin. Berikut antara sebab-sebab paling umum yang menyebabkan keadaan perut kembung ini:

    Tertelan udara

    Bayi boleh tertelan udara jika cara lekapan ke payudara semasa menyusu atau posisi botol tidak betul.

    Mereka juga boleh tertelan udara apabila terlalu banyak berceloteh (babbling).

    Kerap menangis, faktor pencetus tanda bayi kembung perut 

    Si kecil juga akan cenderung menelan udara semasa menangis.

    Pun begitu, agak sukar untuk menentukan sama ada perut berangin yang mengakibatkan mereka menangis atau tangisan yang menjadi punca angin masuk ke perut. 

    Walau apa pun sebabnya, amat penting untuk ibu bapa menenangkan bayi yang menangis dengan cara terbaik.

    Masalah pencernaan kecil

    Masalah kembung perut mungkin terjadi apabila si kecil mengalami sembelit. 

    Dalam kes yang jarang berlaku, kembung yang terjadi merupakan gejala gastrointestinal seperti refluks. Berunding dengan pakar pediatrik jika masuk angin kerap berlaku atau teruk.

    Saluran penghadaman tidak matang

    Tubuh bayi sedang dalam proses belajar cara untuk mencerna makanan. Ia sekali gus menyebabkan si kecil lebih cenderung mengalami perut berangin.

    Virus gastrousus

    Ada kalanya virus boleh menyebabkan masalah abdomen sehingga menimbulkan tanda bayi kembung perut, muntah dan cirit-birit.

    tanda bayi kembung perut

    Makanan baharu

    Untuk bayi yang sudah memulakan makanan pejal, pengenalan makanan baharu mungkin boleh mengakibatkan gas.

    Bagi sesetengah bayi, perut yang kerap berangin menunjukkan tanda kepekaan makanan.

    Mencegah tanda bayi kembung perut 

    Terdapat beberapa perkara boleh dilakukan semasa dan selepas penyusuan untuk mengurangkan ketidakselesaan si manja.

    1. Lekapan mulut

    Kaedah mudah mencegah masalah kembung perut adalah dengan meminimumkan jumlah udara yang ditelan.

    Untuk bayi yang menyusu badan, pastikan bibir mereka melekap (latching) dengan baik pada areola.

    Jika menggunakan botol susu, pastikan bibir bayi berada pada pangkal puting dan bukan hanya di hujung. 

    2. Condongkan botol

    Pastikan botol susu dicondongkan antara 30° atau 40°, sehingga udara naik ke hujung botol semasa menyusu.

    Bayi juga mungkin akan kurang meragam apabila ditukarkan jenis puting

    Cegah tanda bayi kembung perut #3. Sendawakan si manja

    Sendawakan bayi semasa dan selepas menyusu.

    Mengeluarkan angin semasa menyusu dapat mengurangkan kemungkinan ia akan masuk ke sistem penghadaman.

    Namun jika tindakan anda menyebabkan bayi lebih kuat menangis, ia mungkin mengakibatkan si kecil menelan udara lebih banyak.

    Baca juga:

    4. Perlahankan sesi penyusuan

    Cuba perlahankan tempoh penyusuan bagi bayi yang diberikan susu formula. Bayi yang menyusu botol dengan cepat, mengakibatkan mereka menelan udara.

    Anda boleh menggunakan puting aliran perlahan (slow-flow nipple).

    Cegah tanda bayi kembung perut #5. Ubah pemakanan

    Jika menyusu badan dan bayi akan meragam apabila anda makan sesuatu, mungkin itu tandanya untuk ibu mengurangkan pengambilan makanan tersebut.

    Ia biasanya merangkumi produk tenusu dan sayuran seperti brokoli.

    Tanda bayi kembung perut masalah normal

    Masalah kembung perut adalah antara perkara normal dalam kehidupan bayi dan biasanya akan hilang dengan sendiri.

    Cuma ibu dan ayah perlu bersabar apabila berdepan situasi bayi meragam, menangis dan sukar tidur.

    Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan si manja merisaukan anda, bawalah mereka untuk pemeriksaan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan