Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tindak Balas Alahan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 12/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Tindak balas alahan berlaku apabila sistem imun semula jadi anda bertindak menghalang bahan-bahan berbahaya. Bahan-bahan ini dipanggil “alergen“.

Anda boleh menyedut, makan dan menyentuh alergen yang menyebabkan alahan. Sesetengah simptom tindak balas alahan adalah seperti bersin, hidung berair atau mata berair. 

Gejala-gejala ini boleh membawa anda kepada ketidakselesaan yang ringan ataupun yang teruk. Oleh itu, penting untuk menyediakan beberapa maklumat asas mengenai tindak balas alahan.

Kenapa anda mengalami tindak balas alahan?

Tindak balas alahan bermula apabila anda bersentuhan dengan bahan yang disedut, ditelan, atau ia berada pada kulit anda. Selepas itu, sistem imun anda bertindak balas dengan mengeluarkan antibodi yang dipanggil Immunoglobulin E (IgE). Antibodi ini bergerak ke sel-sel yang melepaskan histamin dan bahan kimia lain, akhirnya menyebabkan berlakunya alahan.

Punca mengapa sesetengah individu mengalami alahan manakala yang lain tidak mengalaminya, masih belum ditemui. Sejarah keluarga dengan alahan adalah faktor tunggal penting yang menyebabkan anda berisiko tinggi untuk turut mengalami alahan.

Faktor alam sekitar juga meningkatkan risiko kecenderungan untuk berlakunya alahan, seperti:

  • Pendedahan berulang kepada bahan asing (alergen)
  • Diet
  • Pencemaran persekitaran (asap tembakau dan asap ekzos)

Simptom 

Tanda dan simptom tindak balas alahan boleh berkisar dari alahan ringan kepada alahan yang teruk. Walau bagaimanapun, kebanyakannya adalah alahan ringan.

Sekiranya anda mendapat alahan hidung atau kulit, simptom umumnya termasuk: mata gatal dan berair, bersin, gatal dan hidung berair.

Alahan makanan juga boleh menyebabkan kekejangan perut, muntah-muntah dan cirit-birit. Jika sengatan serangga adalah pencetus tindak balas alahan, anda akan mengalami bengkak, kemerahan dan rasa sakit pada bahagian terkena sengatan.

Terdapat tindak balas alahan tertentu yang boleh mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil tindak balas anaphylactic. Tanpa rawatan, alahan jenis ini boleh mengakibatkan kematian dalam tempoh masa 15 minit.

Jenis-jenis alahan

Demam hay 

Keadaan ini biasanya berlaku pada musim bunga, musim panas atau musim gugur. Antara simptomnya termasuk bersin, hidung tersumbat atau hidung berair dan gatal-gatal pada bahagian hidung, mata atau lelangit mulut.

Sekiranya gejala yang dialami adalah sepanjang tahun, ia mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada alergen dalaman seperti hama habuk, acuan tertutup atau haiwan peliharaan.

Hives

Ditakrifkan dengan rasa gatal serta tompok lebam merah sama ada besar atau kecil. Pencetus Hives adalah makanan atau ubat tertentu.

Alahan konjungtivitis

Turut dikenali sebagai alergi mata. Ia berlaku apabila mata bertindak balas kepada alergen dengan munculnya gejala kemerahan, gatal-gatal dan bengkak.

Asma 

Penyakit paru-paru kronik yang dicirikan oleh batuk, sesak dada, sesak nafas dan berdehit. Apabila anda mengalami simptom asma, saluran pernafasan anda akan menjadi semakin sempit. Keadaan ini sekali gus mengakibatkan anda lebih sukar untuk bernafas.

Alergi makanan

Alahan ini akan menyebabkan sistem imun semula jadi anda bertindak balas terhadap protein tertentu yang terdapat dalam makanan.

Simptom boleh muncul apabila bersentuhan dengan hanya sedikit makanan. Berikut adalah beberapa pencetus umum: protein dalam susu lembu, telur, kacang tanah, gandum, soya, ikan dan kerang.

Rhinosinusitis

Turut dikenali sebagai sinusitis. Alahan ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan pada hidung, tekanan muka, batuk dan hingus yang banyak.

Individu dengan masalah alahan rinitis atau asma lebih cenderung menghidapi sinusitis kronik. Ini kerana saluran udara lebih cenderung mengalami keradangan apabila alahan rinitis atau asma berlaku.

Diagnosis dan rawatan tindak balas alahan

Doktor akan terlebih dahulu memeriksa sama ada tindak balas yang berlaku disebabkan tindak balas alahan atau tidak. Doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan anda dan melakukan beberapa ujian fizikal.

Doktor juga mungkin ingin melakukan beberapa jenis ujian alahan berikut untuk menentukan bahan yang menyebabkan alahan, antaranya:

  • Ujian kulit melibatkan penggunaan sedikit alergen yang disyaki ke kulit dan melihat kesan tindak balas
  • Ujian IgE serum khusus untuk alergen bagi mengukur tahap darah IgE. Antibodi IgE adalah unik untuk setiap alergen. Oleh itu, memeriksa varian tertentu dalam darah boleh membantu doktor menentukan sama ada terdapat alahan atau tidak

Ada kalanya ujian darah akan dilakukan untuk mengesan sejenis sel darah putih yang dipanggil eosinofil. Eosinophils terdapat pada semua individu tetapi dalam kes tindak balas alahan, ia biasanya dihasilkan dalam jumlah yang lebih banyak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

    Penyakit asma adalah antara gangguan pernafasan paling biasa dialami kebanyakan individu. Umumnya, penghidap asma juga akan berdepan simptom lain.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Asma, Kesihatan Pernafasan 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    Kulit Gatal-Gatal Jika Pakai Barang Kemas? Cuba Check Ini Tanda Alergi Emas Atau Ekzema

    Alahan juga boleh tercetus melalui barang kemas anda seperti alahan emas dan perak. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Adakah ia hanya berpunca daripada emas?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Alahan, Alahan Kulit 06/01/2021 . 3 minit bacaan

    Selalu Bersin & Hidung Tersumbat Waktu Bangun Tidur? Anda Mungkin Alami Alahan Pagi!

    Hidung tersumbat, berair, meleleh, bersin, batuk ialah antara reaksi alergi yang boleh terjadi. Tapi bagaimana pula jika ia hanya berlaku waktu pagi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Alahan, Alahan Hidung & Mata 05/01/2021 . 3 minit bacaan

    Hidung Tersumbat Buat Bayi Tidak Mahu Menyusu? Ini Cara Rawatan Di Rumah

    Ketidakselesaan yang disebabkan oleh masalah hidung bayi tersumbat adakalanya membuatkan anak tidak mahu menyusu. Ada ke kaedah rawatan untuk mengatasinya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Bayi, Keibubapaan, Penjagaan Bayi 29/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    suntikan vaksin

    Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
    sakit ketika seks

    Buat Suami, Ini 7 Punca Yang Sebabkan Zakar Rasa Sakit Semasa Seks

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
    kulit kering sekitar mulut

    Ada Masalah Kulit Kering Di Sekitar Mulut? Ini Punca & Tip Merawatnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    alahan kulit

    Pening Kepala Kalau Bau Perfume Kuat Sangat? Mungkin Anda Ada Alahan Minyak Wangi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan