Udara juga boleh memasuki salur darah ketika pembedahan, lebih-lebih lagi jika pesakit melakukan pembedahan otak.
Menurut artikel di dalam Journal of Minimal Access Surgery, hampir 80% kecederaan otak menyebabkan embolisme udara.
Walau bagaimanapun, pakar akan mengesan dan merawat embolisme tersebut ketika pembedahan sebelum ia menjadi masalah yang serius.
Jangan pula rasa takut untuk menerima suntikan selepas ini!
Untuk pengetahuan anda, doktor dan jururawat merupakan individu yang terlatih dan tahu cara yang terbaik untuk memberikan suntikan dengan betul.
Mereka juga tahu cara untuk mengenal pasti dan merawat embolisme udara jika ia berlaku.
2. Embolisme udara disebabkan trauma pada kawasan paru-paru

Kadangkala, embolisme udara akan berlaku jika terdapatnya trauma pada kawasan paru-paru anda.
Sebagai contoh, jika anda baru terlibat dengan kemalangan jalan raya, embolisme udara mungkin akan berlaku disebabkan impak tersebut.
Oleh sebab itu, jika berlakunya sebarang luka akibat kemalangan, pesakit amat digalakkan untuk menekan kawasan luka tersebut untuk mengelakkan sebarang buih udara daripada masuk ke kawasan salur darah.
Selain itu, jika paru-paru terjejas, pesakit mungkin akan diletakkan di bawah bantuan ventilator pernafasan.
Ventilator ini mungkin akan membuatkan buih udara memasuki bahagian vena ataupun arteri secara tidak sengaja.
3. Letupan atau kemalangan disebabkan letupan
Kemalangan yang berlaku disebabkan letupan boleh menyebabkan vena atau arteri terbuka.
Selalunya, kondisi ini berlaku kepada mereka yang terlibat dengan peperangan. Letupan ini boleh menyebabkan udara ditolak masuk ke dalam vena atau arteri yang terluka.
Menurut CDC, mereka yang terkorban disebabkan letupan mengalami satu kondisi yang dikenali dengan nama ‘blast lung’.
Kondisi ini berlaku apabila letupan bertindak melukakan paru-paru dan memaksa udara untuk memasuki salur darah pada kawasan tersebut.
4. Embolisme udara disebabkan perbuatan meniup vagina
Rasa macam kelakar, tapi itulah hakikatnya! Embolisme udara juga boleh berlaku jika pasangan bertindak meniup vagina ketika melakukan seks oral!
Embolisme udara boleh berlaku jika terdapatnya luka atau koyakan pada bahagian vagina atau uterus wanita.
Risiko untuk perkara ini berlaku lebih tinggi dalam kalangan wanita mengandung kerana mereka mempunyai koyakan pada kawasan plasenta mereka.
Walau bagaimanapun, jangan risau! Perkara ini amat jarang berlaku.
Apakah tanda embolisme udara?
Embolisme udara yang tidak serius selalunya mempunyai simptom yang sederhana atau tiada simptom langsung. Walau bagaimanapun, kondisi ini boleh dikenal pasti dengan tanda-tanda berikut:
- Sukar bernafas atau masalah pernafasan.
- Sakit dada atau kegagalan jantung.
- Sakit sendi atau otot.
- Strok.
- Keliru atau hilang kesedaran.
- Tekanan darah rendah.
- Kulit yang mempunyai warna kebiru-biruan.
Jika anda baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya atau menyelam skuba, doktor mungkin akan mengesyaki anda mengalami embolisme udara berdasarkan simptom yang ada.
Kesimpulan

Kadangkala, buih yang menyebabkan embolisme udara bersaiz kecil dan tidak akan menghalang saluran darah pesakit.
Malah, buih kecil juga lebih mudah hilang kerana ia akan terlarut di dalam darah dan tidak menyebabkan masalah yang serius.
Walau bagaimanapun, embolisme udara yang bersaiz besar boleh menyebabkan strok atau serangan jantung dan boleh mengancam nyawa.
Embolisme udara merupakan satu kecemasan. Oleh sebab itu, jika anda mengesyaki diri anda ataupun sahabat anda mengalami embolisme udara, pastikan anda menelefon 999 secepat mungkin.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen