Sebagai ibu bapa, anda tidak boleh memberikan ubat batuk kanak kanak kepada anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah dengan sewenang-wenangnya. Apakah alasannya?
Sebagai ibu bapa, anda tidak boleh memberikan ubat batuk kanak kanak kepada anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah dengan sewenang-wenangnya. Apakah alasannya?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, klik di sini.
Sebenarnya, normal untuk kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah mengalami demam sebanyak 6-8 kali setiap tahun. Namun, ibu bapa yang prihatin pasti akan berasa risau akan kesihatan anak mereka.
Tambahan pula, demam dalam kalangan kanak-kanak selalunya akan menyebabkan batuk dan selesema yang agak teruk. Kasihan mereka jika dibiarkan tanpa rawatan!
Sebagai ibu bapa, sudah pasti anda inginkan yang terbaik untuk anak anda. Walau bagaimanapun, sebelum anda membeli ubat batuk kanak kanak yang dijual di farmasi, fikir dengan teliti terlebih dahulu.
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan ubat batuk anak atau ubat batuk budak di bawah umur 2 tahun.
Semua kajian yang dijalankan sejak tahun 1985 telah membuktikan bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan ubatan untuk melegakan batuk.
Selain itu, kajian-kajian tersebut juga mendapati bahawa pemberian ubatan ini sama sahaja seperti memberikan anak anda makan sebiji gula-gula.
Sebenarnya, kanak-kanak akan sembuh seiring dengan masa.
Ubatan hanya bertindak sebagai plasebo dan kanak-kanak yang mengalami demam sederhana dengan suhu di bawah 38°C (100.4 °F) tidak perlu dirawat dengan ubat batuk kanak kanak.
Demam merupakan hasil daripada tindak balas badan anak anda melawan jangkitan!
Oleh itu, pastikan anda memeriksa dahulu label pada ubat yang ingin anda beli. Elakkan daripada membeli sebarang ubat yang mungkin tidak sesuai diambil oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan ke bawah.
Apabila anda memberikan ubat batuk kanak kanak kepada si manja, anda perlu tahu bahawa ubat tersebut mungkin boleh membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Sebagai contoh, ubat batuk si kecil yang mengandungi dextromethorphan boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti pening kepala, mengantuk, mual dan muntah.

Ubat yang dibeli di farmasi tanpa sebarang preskripsi juga boleh memudaratkan si kecil jika:
Selain itu, jangan berikan anak anda ubat batuk dewasa yang dirumus khas untuk orang dewasa! Ubat untuk orang dewasa mempunyai dos yang lebih tinggi dan bahaya jika diambil oleh kanak-kanak.
Kebanyakan ubat batuk kanak kanak yang terdapat dalam pasaran tidak diuji keberkesanannya terhadap kanak-kanak. Oleh itu, keberkesanan ubat-ubat ini terhadap kanak-kanak tidak dapat dipastikan oleh doktor.
Oleh yang demikian, ibu bapa yang mempunyai anak di bawah umur 2 tahun digalakkan untuk segera membawa anak mereka yang demam berjumpa dengan doktor.
Kadangkala, mereka masih perlu mengambil ubat jika gejala sudah bertambah teruk. Namun, ibu bapa perlu lebih berwaspada sebelum memberikan anak mereka ubat batuk kanak kanak!
Pastikan anda memeriksa tarikh luput ubat tersebut sebelum membeli ya!
Demam merupakan perkara yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak.
Jika simptom-simptom tersebut tidak mengganggu mereka, maka rawatan atau petua hilangkan batuk kanak kanak itu mungkin tidak diperlukan.
Tambahan pula, ramai kanak-kanak yang masih boleh bermain seperti biasa walaupun mereka mengalami demam.
Bawa anak anda berjumpa dengan doktor jika si manja sukar tidur ataupun mengalami batuk yang teruk akibat demam.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
13/04/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Dr Zai Muhammad
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz