backup og meta

Otot Juga Akan Menua Seiring Dengan Usia Yang Meningkat, Ubah Gaya Hidup! - Pakar

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/03/2024

    Otot Juga Akan Menua Seiring Dengan Usia Yang Meningkat, Ubah Gaya Hidup! - Pakar

    Pernahkah anda terfikir kenapa sistem otot manusia yang semakin berusia akan menjadi bermasalah? Adakah fungsi sistem otot juga akan merosot apabila ia menua akibat proses penuaan?

    Untuk tahu dengan lebih lanjut lagi tentang masalah ketika otot mengecut dan mengendur gara-gara proses penuaan, jom baca artikel ini!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

    Sistem otot manusia, adakah ia juga boleh menua?

    Bilangan penduduk lanjut usia di Malaysia kian meningkat dengan pantas. Diramalkan bahawa menjelang tahun 2040, kira-kira 15% daripada penduduk negara kita berumur 65 tahun ke atas.

    Apa yang lebih membimbangkan, penuaan adalah antara faktor utama individu kehilangan jisim otot. Ia menyebabkan masalah otot yang ‘lemah’ atau ‘tua’ lantas menjejaskan kekuatan dan kesihatan.

    Berikut merupakan beberapa faktor utama kenapa jisim otot anda mula berkurang seiring usia yang bertambah:

    • Jantina – lelaki mempunyai lebih banyak otot berbanding dengan wanita
    • Genetik keluarga
    • Berat badan
    • Gaya hidup
    • Kekurangan nutrisi
    • Masalah kesihatan
    sistem otot manusia
    Jelajah Abbot dan MHAS di seluruh negara.

    Abbott, sebuah syarikat penjagaan kesihatan global telah mengumumkan kerjasama dengan Persatuan Penuaan Sihat Malaysia (MHAS) bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sistem otot manusia terutama di usia emas.

    Persoalannya, apakah yang kita semua boleh buat untuk mengelak jenis-jenis otot dan fungsinya daripada merosot?

    Jisim otot dewasa lebih rendah setiap sedekad

    Bermula usia 40 tahun, orang dewasa boleh kehilangan sehingga 8% daripada jisim otot mereka setiap dekad. Apabila mencecah umur 70 tahun, kadar itu pula akan meningkat berlipat kali ganda.

    Dikenali dengan istilah sarkopenia, kehilangan jisim dalam sistem otot manusia akan memberikan kesan negatif kepada aspek mobiliti, fleksibiliti serta daya tahan kekuatan dan keimunan.

    sakit belakang
    Siapa patut anda jumpa jika sakit belakang?

    Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kondisi sarkopenia?

    • Ia berlaku apabila jisim otot mula berkurangan
    • Cenderung berlaku kepada individu dewasa yang berusia
    • Berisiko menyebabkan kemalangan dan kecederaan yang parah
    • Boleh dilambatkan atau diperlahankan, bergantung pada gaya hidup

    “Jika mereka tidak mengambil langkah pencegahan, kehilangan jisim otot akibat proses penuaan itu boleh menimbulkan masalah kesihatan secara keseluruhan dan menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti seharian masing-masing,” jelas Presiden MHAS, Profesor Dr Shahrul Bahyah Kamaruzzaman.

    Maka, kerjasama di antara MHAS dan Abbott ini akan menyokong dan membantu bukan sahaja golongan dewasa atau tua, malah juga remaja kerana kemerosotan otot sudah bermula sejak awal lagi.

    Perkara paling penting, adakah anda tahu setiap nama otot manusia itu ada kaitan dengan gaya hidup kita sendiri?

    Pencegahan bermula dengan gaya hidup kita sendiri

    Untuk pengetahuan anda semua, kehilangan jisim, fungsi dan sistem otot manusia itu boleh dilambatkan ataupun diperlahankan dengan cara mengubah gaya hidup yang sebelum ini mungkin kurang sihat!

    “Perubahan mudah termasuk memberi tumpuan kepada makanan yang kaya nutrien seperti protein adalah salah satu faktor terpenting untuk mencegah kehilangan jisim otot sekali gus menyokong proses penuaan secara semula jadi,” kata Pengarah Perubatan Pemakanan Abbott Malaysia, Dr Nina Mazera Mohd Said.

    sistem otot manusia
    Susu orang dewasa Ensure® Gold StrengthPro.

    Disebabkan itu juga, Abbott selama lebih seabad telah membangunkan penyelesaian pemakanan berasaskan sains dan teknologi bagi menyokong kesihatan serta kesejahteraan hidup rakyat di seluruh dunia.

    Terbaharu, inovasi serba maju Ensure Gold StrengthPro boleh membantu memperkasakan individu dewasa di negara kita dengan meningkatkan kekuatan dan imun mereka demi kualiti hidup yang lebih baik.

    Menariknya, produk ini mengandungi formulasi HMB (beta hidroksi beta metilbutrat) dan YBG (yis beta glukan) bersama nutrien penting lain termasuk fruktooligosakarida (FOS), kalsium, vitamin D dan omega-3 untuk kesihatan otot, tulang, perut, jantung dan keseluruhan tubuh badan.

    Konklusinya, sistem otot manusia memang akan menua seiring usia. Namun, proses penuaan secara semula jadi ini boleh dilambatkan dan diperlahankan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan