backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Tak Nak Vaksin Si Kecil? Parents, Tolong Fahami Kepentingannya Untuk Bayi

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2022

Tak Nak Vaksin Si Kecil? Parents, Tolong Fahami Kepentingannya Untuk Bayi

Suntikan vaksin atau imunisasi bagi si kecil boleh menjadi perkara yang membimbangkan untuk mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa. Ayuh, kita fahami kepentingan vaksinasi bayi demi kesejahteraan mereka.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kepentingan Vaksin

Kepentingan vaksinasi bayi

Suntikan vaksin untuk bayi adalah kaedah terbaik melindungi si kecil daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Antaranya seperti polio, tetanus dan difteria.

Bukan sekadar itu sahaja, vaksinasi bayi juga berperanan untuk menjaga keselamatan kanak-kanak lain dengan menyingkirkan atau mengurangkan risiko penularan penyakit berbahaya daripada merebak.

Kenapa perlu suntikan vaksin?

Dalam bahasa mudah, vaksin adalah versi mati atau lemah, mahupun sebahagian daripada kuman yang menyebabkan penyakit.

Apabila anak terdedah kepada penyakit tertentu dalam bentuk vaksin, sistem imunisasi tubuh mereka merupakan mesin melawan kuman yang dapat menghasilkan antibodi untuk melindungi diri mereka daripada dijangkiti jika terkena penyakit sebenar.

vaksinasi bayi

Tidak dinafikan dalam sesetengah kes, anak mungkin akan mempunyai reaksi atau tindak balas terhadap suntikan vaksin.

Tetapi anda tidak boleh mempertikaikan bahawa manfaat vaksin itu jauh lebih besar dan baik berbanding kemungkinan kesan sampingan yang akan terjadi.

Jenis Vaksin

Jenis vaksinasi bayi 

Di bawah menunjukkan imunisasi bayi wajib di Malaysia dan fungsinya, seperti:

#BCG

Tuberkulosis (TB) – Merupakan penyakit menular dan boleh membawa maut. 

Tanpa suntikan vaksin ini, si kecil berisiko untuk mengalami kerosakan paru-paru, meningitis TB dan penyakit tulang.

#DTap 

Difteria – Boleh menyebabkan penyumbatan saluran udara dan kerosakan jantung serta otak.

Pertussis (Batuk berterusan)Batuk yang teruk dan berpanjangan yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan otak.

Tetanus (Lockjaw) – Kekejangan otot yang teruk dan boleh menyebabkan kematian.

#Polio

Poliomyelitis (Polio) – Kelemahan otot kekal yang boleh menyebabkan kelumpuhan, terutama pada kaki.

Vaksinasi bayi #MMR 

Campak – Sangat berjangkit, dicirikan oleh demam, batuk, hidung berair dan ruam. 

Keadaan boleh bertambah teruk dengan masalah radang paru-paru, ensefalitis dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Beguk – Sangat berjangkit, menyebabkan pembengkakan kelenjar di belakang rahang. Boleh juga mengakibatkan keradangan testis sehingga kemandulan.

Rubella (campak Jerman) – Boleh disebarkan oleh wanita hamil ke bayi dalam kandungan, yang mengakibatkan sindrom rubella kongenital.

vaksinasi bayi

Tahap Keselamatan

Selamatkah suntikan vaksin?

Suntikan vaksin kepada bayi adalah selamat. Jarang sekali wujud alasan untuk menolak pemberian vaksin. 

Selama bertahun-tahun vaksin telah berjaya mencegah banyak kes jangkitan penyakit dan menyelamatkan berjuta-juta nyawa.

Sekiranya seorang kanak-kanak tidak divaksinasi dan terkena kuman penyakit, tubuh mereka mungkin tidak cukup kuat untuk melawan jangkitan tersebut. 

Betul, kuman masih ada di mana-mana, tetapi apabila imunisasi bayi diberikan, anak anda dilindungi.

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/vaksin/imunisasi-kanak-kanak-di-malaysia/

Risiko

Risiko tidak melakukan vaksinasi atau melambatkannya

Pemberian vaksin kepada si manja adalah untuk mencegah penularan penyakit serius dan boleh membawa maut.

Campak boleh merebak ke otak. Kesannya? Anak berisiko berdepan kerosakan otak dan kematian!

Beguk pula boleh mengakibatkan masalah pendengaran kekal.

Jangkitan polio boleh menyebabkan anak mengalami lumpuh. Paling menakutkan, penyakit ini masih ada dan boleh menjangkiti si manja anda!

Tiada rawatan atau penawar yang dapat memulih dan menyembuhkan penyakit seperti campak, polio dan tetanus.

Satu-satunya cara adalah dengan menyediakan perlindungan untuk anak melalui vaksinasi.

Tip

Tip kurangkan kesakitan ketika vaksin bayi

Jarum boleh menyebabkan timbulnya rasa sakit. Tetapi ibu boleh membantu mengurangkan kesakitan dengan:

vaksinasi bayi

  • Sapukan anestetik topikal sejam sebelum suntikan vaksin
  • Susukan bayi semasa vaksinasi dijalankan
  • Dakap atau pegang tangan si manja agar tumpuan mereka beralih kepada anda

Rekod Vaksin

Rekod vaksinasi bayi 

Anda perlu sentiasa mengemas kini rekod vaksinasi anak.

Tetapi bagaimana?

Pastikan doktor atau kakitangan perubatan membuat catatan bertulis (biasanya akan ditulis dalam buku rekod vaksin/kesihatan anak) dan bawa rekod tersebut setiap kali membawa anak mendapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital.

Sebagai ibu bapa, anda harus faham bahawa suntikan vaksin adalah ubat paling selamat dan berkesan yang kita ada untuk si manja.

Jadi pastikan anda tidak terlepas untuk mendapatkan suntikan vaksin bayi, okay?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan