home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Masih Ragu-ragu Untuk Vaksinkan Si Manja? Moga 7 Sebab Ini Dapat MEYAKINKAN Anda

Masih Ragu-ragu Untuk Vaksinkan Si Manja? Moga 7 Sebab Ini Dapat MEYAKINKAN Anda

Rasa berbelah bahagi sama ada nak berikan suntikan vaksin untuk bayi atau tidak? Apa kata ibu ayah baca dahulu sebab mengapa penting vaksin ini. Mana tahu dapat mengubah pendirian anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

7 sebab perlunya suntikan vaksin untuk bayi

Bergelar ibu bapa, pastinya anda mahukan yang terbaik untuk anak-anak, bukan?

Anda menyediakan kerusi keselamatan bayi, pagar halangan di rumah dan pelbagai cara lain bagi memastikan keselamatan anak-anak.

Tetapi, tahukah anda bahawa salah satu kaedah yang terbaik untuk melindungi anak-anak adalah dengan memastikan mereka diberikan suntikan imunisasi tubuh?

Jika itu belum cukup untuk menyakinkan anda bagi mendapatkan suntikan vaksin untuk bayi, berikut dikongsikan 7 kepentingan suntikan vaksin untuk si manja.

1. Imunisasi dapat menyelamatkan nyawa anak

Dengan kemajuan sains perubatan, anak anda dapat dilindungi daripada lebih banyak penyakit berbanding keadaan sebelum ini.

Terdapat beberapa penyakit yang pernah mencederakan atau membunuh ribuan kanak-kanak berjaya dihapuskan sepenuhnya dan hampir pupus.

Ia disebabkan pemberian vaksin yang selamat dan berkesan.

suntikan vaksin untuk bayi

Sebagai contoh, polio yang merupakan penyakit yang boleh menyebabkan kematian dan kelumpuhan.

Malaysia pernah diisytiharkan sebagai negara bebas polio pada tahun 2000 berikutan penguatkuasaan pemberian suntikan vaksin untuk bayi baru lahir secara meluas.

Kita boleh mengekalkan status ini jika anda tidak mengabaikan keperluan bayi dan anak untuk mendapatkan vaksinasi ini.

2. Suntikan vaksin untuk bayi selamat dan efektif

Vaksin diberikan kepada kanak-kanak setelah penyelidikan teliti oleh saintis, doktor dan profesional perubatan.

Ini melibatkan beberapa ketidakselesaan dan rasa sakit atau kemerahan pada tempat suntikan.

Tetapi ia adalah minimum sahaja dan tidak berlarutan.

Umumnya, kesan sampingan serius selepas vaksinasi seperti reaksi alahan teruk, sangat jarang berlaku.

Sebaliknya, manfaat pencegahan penyakit setelah diberikan vaksin adalah jauh lebih besar buat semua kanak-kanak.

Baca juga:

3. Suntikan vaksin untuk bayi menjanjikan kesihatan yang baik

Mendapatkan suntikan vaksinasi mengikut keperluan adalah amat disyorkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bagi melindungi pelbagai jenis penyakit.

Menangguhkan pemberian vaksin atau tidak mahu langsung diberikan vaksin mendedahkan anak kepada penyakit seperti pneumokokus, flu serta HPV dan hepatitis B yang merupakan penyebab utama kanser.

4. Imunisasi melindungi insan yang disayangi

Ada sesetengah bayi terlalu muda untuk diberikan vaksin.

Terdapat juga yang mungkin tidak boleh menerima vaksinasi disebabkan alahan teruk, sistem imun badan yang lemah disebabkan keadaan kesihatan seperti leukemia dan sebagainya.

Bagi memastikan mereka selamat, maka penting untuk anak dan anda sendiri yang boleh mendapat vaksin diberikan imunisasi penuh.

Ia bukan sahaja melindungi keluarga anda, tetapi juga membantu mencegah penyebaran penyakit ini kepada individu sekeliling.

suntikan vaksin untuk bayi

5. Suntikan vaksin untuk mencegah

Vaksin mengandungi virus mati atau lemah dan tidak mungkin untuk anak mendapat penyakit daripada vaksinasi.

Suntikan vaksin untuk bayi yang diberikan ini mendedahkan mereka kepada penyakit dalam bentuk vaksin.

Kesannya, sistem kekebalan tubuh anak – bertindak sebagai mesin pencegah kuman – dapat membangunkan antibodi untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan penyakit sebenar.

6. Imunisasi menjimatkan masa dan wang

Jika anak dijangkiti penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin, mereka boleh dihalang daripada bersekolah atau dimasukkan ke pusat jagaan/taska.

Beberapa penyakit yang boleh dicegah dengan suntikan vaksin ini boleh mengakibatkan kecacatan berpanjangan dan kerugian daripada aspek kewangan.

Ia terjadi apabila anda perlu meluangkan masa menjaga anak, berdepan bil perubatan yang mahal atau menjaga anak dengan masalah kecacatan kekal kesan jangkitan penyakit.

Sebaliknya, dengan mendapatkan vaksinasi, anak akan dilindungi.

7. Suntikan vaksin untuk bayi melindungi generasi hadapan

Pemberian vaksin telah mengurangkan, bahkan dalam beberapa kes, menghapuskan penyakit yang telah membunuh atau menyebabkan kecacatan beberapa generasi dahulu.

Sebagai contoh, vaksin smallpox telah membasmikan penyakit itu seluruh dunia. Kini anak-anak sudah tidak perlu mengambil vaksin ini kerana penyakit smallpox tidak lagi wujud.

Smallpox adalah penyakit berjangkit yang serius disebabkan oleh virus variola. Ia boleh menular daripada seorang individu kepada individu lain.

suntikan vaksin untuk bayi

Dengan memberi vaksin untuk mencegah campak atau German measles, risiko untuk ibu hamil menyebarkan virus ini kepada janin atau bayi yang baru dilahirkan telah menurun.

Kesimpulannya

Sebagai ibu bapa, pastinya anda ingin memastikan anak sentiasa sihat dan dilindungi daripada penyakit yang boleh dicegah.

Vaksin telah terbukti menjadi antara alat kesihatan awam paling berjaya dan menjimatkan kos untuk mencegah penyakit serta kematian.

Sekiranya kita terus memberikan vaksinasi kepada anak sepenuhnya, generasi mendatang mungkin tidak lagi perlu melihat sesetengah penyakit yang ada kini.

Ini sekali gus menjanjikan masa depan yang lebih sejahtera.

Kita semua mempunyai komitmen kesihatan awam kepada masyarakat untuk saling melindungi diri, anak-anak dan keluarga dengan mendapatkan suntikan vaksinasi.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 2 minggu lalu
Fakta Disemak oleh Nurul Halifah
x