backup og meta

Anak Kerap Mengadu Sakit Perut? Ini 7 Cara Rawat Kalau Perut Anak Meragam

Anak Kerap Mengadu Sakit Perut? Ini 7 Cara Rawat Kalau Perut Anak Meragam

Apabila anak mengadu sakit perut, pastinya anda akan cuba mencari petua hilangkan sakit perut kanak kanak. Walaupun terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan sakit perut kanak-kanak, namun tidak semuanya terbukti berkesan. Berikut adalah antara kaedah atau ubat sakit perut kanak-kanak yang boleh anda cuba. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Punca sakit perut pada kanak-kanak

Sebelum anda mengetahui apakah petua hilangkan sakit perut kanak kanak, adalah lebih baik untuk kita memahami terlebih dahulu punca atau faktor yang menyebabkan kanak-kanak mudah sakit perut. 

Dalam setiap perut manusia, terdapat saluran gastrousus yang berperanan penting dalam proses penghadaman. 

Saluran gastrousus adalah sistem saraf dan otot yang rumit, berfungsi menolak makanan melalui proses pencernaan. 

Sesetengah saraf kanak-kanak sangat sensitif dan kesakitan perut yang dialami adalah kesan tindak balas kepada aktiviti usus yang normal. 

Selain itu, antara penyebab biasa sakit perut dalam kalangan kanak-kanak adalah seperti tidak cukup makan, jarang ke bilik air atau kedua-duanya sekali.

Dalam sesetengah kes, gangguan tertentu seperti masalah sembelit, pedih ulu hati atau alahan makanan boleh menyebabkan sakit perut berlaku. 

Stres, jangkitan atau kurang tidur juga boleh menyebabkan saraf usus lebih sensitif terhadap kesakitan1

Ia juga mungkin disebabkan faktor genetik yang menyebabkan kanak-kanak turut cenderung untuk mengalami sakit perut1

Petua hilangkan sakit perut kanak kanak secara semula jadi

Selain daripada faktor-faktor di atas, pengambilan makanan bergoreng secara berlebihan, alahan makanan atau intoleransi laktosa juga boleh menjadi punca anak mengadu sakit perut.

Namun usah bimbang, terdapat beberapa tip dan ubat semula jadi untuk mengatasi sakit perut yang dialami si kecil ini. 

#1. Kompres hangat

Salah satu petua hilangkan sakit perut kanak kanak yang paling selamat dan berkesan adalah dengan menggunakan kompres hangat atau warm compress2

Jangan bimbang, ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan memberikan kelegaan pantas!

Apabila menggunakan pad atau kompres hangat ini, pastikan anda memilih tahap haba paling rendah dan letakkan pada perut anak

Pastikan anda tidak meletakkannya secara terus ke kulit mereka, sebaliknya lapik dengan tuala kecil.

Jika tiada kompres ini, anda juga boleh menggunakan botol air yang berisi air suam dan dibalut dengan kain.

Penting untuk memastikan kompres atau botol air yang digunakan berada dalam keadaan suam dan tidak panas! 

Kehangatan yang dirasai dapat membantu mengendurkan otot kanak-kanak dan memberikan kelegaan kepada mereka.

#2. Petua hilangkan sakit perut kanak kanak: Pastikan anak kekal terhidrat3

Berikan minuman seperti teh tanpa gula, teh pudina atau teh halia kepada anak untuk memastikan mereka terhidrasi. 

Ini dapat melegakan sakit saraf perutnya dan membantu meredakan kesakitan yang dirasai.

petua hilangkan sakit perut kanak kanak

Elakkan daripada memberikan makanan bergoreng mahupun berminyak sehingga anak berasa lebih baik. 

Jika mereka lapar, anda boleh memberikan makanan seperti roti bakar.

Sekiranya sakit perut yang dialami disertai dengan muntah, elakkan daripada memberikan anak makanan pejal. 

Sebaiknya tawarkan kepada si kecil diet cecair sehingga sakitnya berkurangan.

#3. Makan makanan probiotik 

Makanan probiotik seperti yogurt dapat membantu melegakan sakit perut, cirit-birit dan kekejangan4.

Yogurt yang kaya dengan bakteria baik berperanan mengimbangi kehilangan mikrob dalam usus dan dianggap ubat sakit perut kanak-kanak yang berkesan.

#4. Petua hilangkan sakit perut kanak kanak: Urutan lembut

Rasa sakit pada saraf dan otot perut boleh dilegakan dengan meningkatkan peredaran darah di sekelilingnya. 

Ini boleh dicapai dengan cara melakukan urutan lembut kepada si kecil5. 

Gunakan tapak tangan dan jari, serta urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat mengikut arah jam di sekitar pusat anak

#5. Petua hilangkan sakit perut kanak kanak: Refleksologi kaki

Terdapat banyak saraf pada anggota tangan dan kaki

Apabila diberikan tekanan ringan pada anggota badan ini, ia boleh memberikan kesan terapeutik pada bahagian tertentu badan.

Pegang kaki kiri anak dengan tapak tangan kanan anda. Dengan menggunakan ibu jari tangan kiri, berikan tekanan lembut dan stabil pada tapak kaki si kecil.

Ulangi langkah di atas sebanyak 4 – 5 kali dalam tempoh seminit. Lakukan urutan ini sebelum waktu makan untuk kesan segera.

#6. Petua hilangkan sakit perut kanak kanak: Berikan madu

petua hilangkan sakit perut kanak kanak

Madu merupakan sumber antioksidan yang baik. Ia boleh membantu melegakan sakit perut akibat cirit-birit6

Madu boleh diberikan kepada anak dengan menambahnya ke dalam teh, air suam, atau dimakan begitu sahaja.

Namun elak daripada memberikan madu kepada anak di bawah usia 2 tahun. 

Ini kerana ia boleh menyebabkan keracunan makanan serius yang dikenali sebagai botulisme.

#7. Galakkan anak bergerak

Walaupun ia bukanlah ubat hilangkan sakit perut anak secara semula jadi, namun petua ini tetap berkesan untuk membantu melegakan sakit perut si kecil. 

Sebarang gerakan yang membantu dalam merangsang saluran gastrousus amat disyorkan jika si kecil mengadu sakit perut. 

Aktiviti fizikal sederhana seperti berjalan dan berlari boleh memberikan kelegaan kepada perut anak.

Cara cegah sakit perut kanak-kanak

petua hilangkan sakit perut kanak kanak

Keadaan sakit perut yang dialami oleh kanak-kanak sebenarnya dapat dicegah jika anda tahu cara yang betul. 

Antara petua hilangkan sakit perut kanak kanak daripada berulang ialah7:

Selain itu, pastikan juga anak anda disokong dengan nutrisi yang boleh membantu penyerapan nutrien utama, melancarkan sistem penghadaman selain menguatkan sistem pertahanan tubuh mereka. 

Kajian ada menunjukkan, makanan dan minuman yang mengandungi galacto-oligosaccharide (GOS) seperti dalam susu Friso Gold, boleh membantu memindahkan makanan melalui usus kecil dengan lebih cepat, menggerakkan usus dengan lebih pantas, dan menyebabkan pengeluaran tinja yang lebih berat dan kerap8

Selain itu, makanan dan minuman yang mengandungi nukleotida pula membantu menyokong kesihatan gastrousus dan perkembangan imunologi yang sihat pada kanak-kanak9 10

Bifido lactis pula sangat bermanfaat bagi mencegah cirit-birit dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus11.

Anda boleh mendapatkan susu diperkaya seperti susu Friso Gold yang mengandungi ketiga-tiga nutrien penting ini, bagi mencegah gangguan sakit perut pada anak anda.  

Susu Friso Gold diperbuat daripada NOVAS Signature Milk yang mempunyai saiz molekul kecil serta lembut menjadikan ia mudah dihadam dan diserap oleh sistem penghadaman anak anda. Tambahan pula, ia diproses dengan menggunakan teknologi LocNutri dan ini mengekalkan 90% nutrien dalam setiap gelas susu Friso Gold.

Dapatkan pek percubaan sehari susu Friso Gold secara percuma atau diskaun 50% bagi pek percubaan 6 hari di sini.

Lakukan pemeriksaan bersama doktor

Petua hilangkan sakit perut kanak kanak ini boleh menjadi ubat sakit perut kanak-kanak yang berkesan. 

Akan tetapi, anda juga perlu mengetahui bilakah masanya perlu membawa si kecil bagi pemeriksaan doktor.

Kebanyakan kes sakit perut yang dialami si kecil tidak memerlukan rawatan perubatan hospital. 

Namun, anda harus membawa anak berjumpa doktor dengan segera jika keadaan berikut terjadi:

  • Anak rasa sakit pada bahagian bawah sebelah kanan yang teruk dan berterusan – ia mungkin petanda apendisitis
  • Kesakitan yang teruk dan berlanjutan lebih daripada 1 jam
  • Kesakitan berterusan lebih daripada 2 jam
  • Anak demam dan/atau muntah
  • Anak mengalami berak berdarah

Jika berasa ada yang tidak kena, anda perlu membawa si kecil berjumpa doktor untuk mendapatkan lebih kepastian mengenai keadaan mereka.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Abdominal Pain in Children. https://www.childrenshospital.org/conditions/abdominal-pain-children. Diakses pada Ogos 29, 2023. 
  2. Stomach Pain in Kids and Teens. https://www.scripps.org/news_items/6821-stomach-pain-in-kids-and-teens#:~:text=Home%20treatment%20for%20tummy%20aches&text=Place%20a%20warm%20compress%20or,over%2Dthe%2Dcounter%20medication. Diakses pada Ogos 29, 2023.
  3. Stomachache in children: How to know if it’s serious. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/stomachache-in-children-how-to-know-if-its-serious. Diakses pada Ogos 29, 2023.
  4. Probiotics for the management of functional abdominal pain disorders in children. https://www.cochrane.org/CD012849/GUT_probiotics-management-functional-abdominal-pain-disorders-children. Diakses pada Ogos 29, 2023.
  5. Abdominal Massage. https://www.childrensmn.org/educationmaterials/childrensmn/article/16346/abdominal-massage-/. Diakses pada Ogos 29, 2023.
  6. Honey. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-honey/art-20363819. Diakses pada Ogos 29, 2023.
  7. Stomachaches. https://kidshealth.org/en/kids/abdominal-pain.html. Diakses pada Ogos 29, 2023.
  8. Wang, J., Tsai, P., Chen, P., Ye, M., Cao, H., Guo, J., & Su, Z. (2020). Study on the Effect of Galacto-oligosaccharide (GOS) in Relieving Constipation and Defecating Feces Excretion. IOP Conference Series: Materials Science and Engineering, 730. https://doi.org/10.1088/1757-899X/730/1/012011. Diakses pada Ogos 29, 2023.
  9. Bueno, J., Torres, M., Almendros, A., Carmona, R., Núñez, M., Ríos, A., & Gil, Á. (1994). Effect of dietary nucleotides on small intestinal repair after diarrhoea. Histological and ultrastructural changes.. Gut, 35, 926 – 933. https://doi.org/10.1136/gut.35.7.926. Diakses pada Ogos 29, 2023.
  10. Jyonouchi, H. (1994). Nucleotide actions on humoral immune responses. The Journal of nutrition, 124 1 Suppl, 138S-143S. https://doi.org/10.1093/jn/124.suppl_1.138S. Diakses pada Ogos 29, 2023.
  11. Baglatzi, L., Gavrili, S., Stamouli, K., Zachaki, S., Favre, L., Pecquet, S., Benyacoub, J., & Costalos, C. (2016). Effect of Infant Formula Containing a Low Dose of the Probiotic Bifidobacterium lactis CNCM I-3446 on Immune and Gut Functions in C-Section Delivered Babies: A Pilot Study. Clinical medicine insights. Pediatrics, 10, 11–19. https://doi.org/10.4137/CMPed.S33096. Diakses pada Ogos 29, 2023.

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

Elak Anak Mudah Sakit, Buat 5 Cara Ini Untuk Tingkatkan Imun Mereka!

Parents, Jangan Anggap Anak Sembelit Itu Perkara Biasa, Buat 5 Petua Penting Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan