backup og meta

Rubella Boleh BERJANGKIT, Ibu Kena Pantau Simptom Ini Pada Si Kecil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    Rubella Boleh BERJANGKIT, Ibu Kena Pantau Simptom Ini Pada Si Kecil

    Penyakit rubella adalah penyakit virus yang boleh terjadi kepada anak terutamanya jika tidak mendapat suntikan vaksin rubella. Jom fahami lebih lanjut mengenai keadaan ini dan cara rawatannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Fahami penyakit rubella & puncanya

    Rubella merupakan penyakit virus yang menyebabkan demam ringan dan ruam kulit. 

    Ia turut dikenali sebagai campak Jerman (German measles), tetapi tidak berlaku disebabkan virus sama yang menjadi punca campak – rubeola, sebaliknya berpunca daripada virus rubivirus.

    Rubella boleh menular melalui titisan air dalam udara keluar daripada mulut, hidung dan tekak daripada seorang individu kepada yang lain dengan cara bersin, batuk mahupun bercakap. 

    Ia juga menular melalui sentuhan. Contohnya, anak menyentuh permukaan yang tercemar dengan titisan dijangkiti seperti meja, kemudian menyentuh mata, mulut atau wajah mereka.

    Bagi bayi dan kanak-kanak yang terkena virus ini biasanya hanya akan mengalami ruam ringan dan beberapa gejala pernafasan.

    Namun ia boleh menjadi jangkitan berbahaya apabila ia disebarkan daripada ibu hamil kepada bayi dalam kandungan sehingga mengakibatkan keguguran atau kecacatan kelahiran

    Manakala, seorang bayi yang dilahirkan dengan rubella dianggap berjangkit sehingga berusia setahun.

    Seorang kanak-kanak lebih berisiko tinggi mendapat rubella jika berada di sekitar individu yang menghidapnya dan tidak mendapat suntikan vaksin rubella. 

    Simptom penyakit rubella 

    Tempoh masa 14 hingga 21 hari diperlukan untuk kanak-kanak dijangkiti rubella menunjukkan simptomnya, seperti:

    Penyakit rubella

    Kemudian ruam akan muncul, bermula di wajah sebagai ruam merah jambu dan merebak ke bahagian tubuh lain. 

    Simptom lain penyakit rubella adalah:

    • Bengkak dan sakit kelenjar
    • Sakit kepala
    • Hilang selera makan
    • Mata merah

    Merawat penyakit rubella 

    Rawatan yang akan diberikan bergantung kepada tahap keterukan keadaan anak, gejala, usia serta kesihatan keseluruhan.

    Antibiotik tidak dapat mengubati rubella kerana ia hanya berfungsi melawan bakteria dan bukannya virus. Jika tidak didasari oleh masalah kesihatan lain, rubella akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh masa 5 hingga 10 hari. 

    Umumnya, matlamat untuk melakukan rawatan adalah bagi membantu mengurangkan gejala dan mengatasi ketidakselesaan yang dirasai. 

    Rawatan boleh merangkumi:

    Untuk meredakan ketidakselesaan, ibu boleh memberikan anak acetaminophen atau ibuprofen. Tetapi hanya kepada anak yang berusia 6 bulan ke atas, melainkan atas nasihat doktor. 

    Jangan pernah sesekali memberikan aspirin kepada anak yang dijangkiti penyakit virus, kerana boleh mengakibatkan masalah kesihatan serius yang dikenali sebagai sindrom Reye. 

    Baca juga:

    Komplikasi penyakit rubella

    Seperti yang dinyatakan pada awal perkongsian artikel ini, bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti rubella biasanya hanya akan mengalami ruam dan kesan sampingan ringan.

    Sebaliknya ia amat berbahaya bagi wanita hamil yang bersentuhan dengan individu dijangkiti rubella kerana boleh mengakibatkan keguguran.

    Malahan, seorang anak yang dijangkiti rubella ketika di dalam kandungan boleh mengalami kecacatan kelahiran yang serius dikenali sebagai sindrom rubella kongenital.

    Antara tanda-tanda sindrom rubella kongenital yang boleh dikenal pasti adalah:

    Seorang wanita hamil yang merasakan diri terdedah kepada jangkitan penyakit rubella perlu mendapatkan rawatan perubatan segera!

    Penyakit rubella

    Langkah pencegahan dengan vaksin rubella

    Rubella dapat dicegah dengan pemberian vaksin rubella. Vaksin ini sering diberikan sebagai sebahagian daripada kombinasi vaksin. Vaksin tersebut akan merangkumi perlindungan terhadap campak, beguk dan rubella (MMR).

    Berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan, suntikan pertama dos vaksin MMR akan diberikan ketika anak berusia 9 bulan dan dos kedua semasa berusia setahun

    Manakala pada usia 7 tahun, anak akan menerima suntikan MR yang merupakan dos booster yang memberi perlindungan terhadap measles (campak) dan rubella.

    Sekiranya anak dijangkiti penyakit rubella, anda boleh membantu mencegah penularannya dengan memastikan mereka tidak hadir ke sekolah atau dihantar ke pusat asuhan untuk tempoh seminggu setelah munculnya ruam. 

    Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih banyak panduan dan cara penjagaan yang sewajarnya. 

    Penyakit rubella

    Pemeriksaan doktor

    Sekiranya berasakan anak mungkin dijangkiti penyakit rubella atau terdedah kepadanya, mahupun anda sendiri mempunyai tanda-tanda jangkitan seperti yang dinyatakan di atas, hubungi doktor segera. 

    Jika anda sedang merancang untuk hamil, pastikan bahawa diri sudah menerima suntikan vaksin MMR.

    Sekiranya sedang hamil dan dijangkiti rubella, terutamanya ketika trimester pertama, berbincang dengan doktor tentang rawatan terbaik untuk anda. Ini kerana virus tersebut boleh mengakibatkan kematian atau kecacatan kelahiran yang serius pada janin.

    Dijangkiti rubella semasa mengandung adalah penyebab anak mengalami pekak kongenital yang paling biasa berlaku.

    Sekiranya anda tidak pasti sama ada sudah menerima suntikan vaksin rubella atau tidak dan mungkin terdedah kepada virus tersebut, hubungi doktor segera. Pemeriksaan ujian darah dapat membantu. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan