backup og meta

Parents Wajib Buat 5 Perkara Penting Ini Kalau Tak Nak Si Manja Jatuh Sakit!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/05/2022

    Parents Wajib Buat 5 Perkara Penting Ini Kalau Tak Nak Si Manja Jatuh Sakit!

    Mana ada ibu bapa yang mahu anak mereka jatuh sakit bukan? Sudah pasti tiada! Ketahui cara mencegah penyakit yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan anak agar sentiasa sihat.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Cara mencegah penyakit ibu bapa kena tahu!

    Pencegahan penyakit adalah bahagian penting dalam menjaga kesihatan anak secara keseluruhan

    Banyak strategi pencegahan mudah, selamat dan berkesan yang memungkinkan anda melindungi diri dan keluarga daripada pelbagai penyakit berpotensi serius.

    Sama ada penyakit bawaan makanan hingga jangkitan yang disebabkan oleh kutu atau serangga.

    Jom ketahui cara mencegah penyakit yang boleh anda lakukan di rumah demi melindungi anak tersayang.

    Pencuci, sanitasi dan pembasmi kuman 

    Mencuci rumah mungkin bukan 1 aktiviti yang menyeronokkan. 

    Tetapi meluangkan masa beberapa minit dapat membunuh kuman dan membantu menjaga kebersihan dan kesihatan keluarga anda.

    Lakukan: 

  • Pembersihan rutin dengan sabun atau bahan pencuci bersama air dapat menghilangkan kotoran daripada permukaan seperti lantai, dinding, permaidani dan tingkap
  • Sanitasi membantu menghilangkan kotoran dan sejumlah kecil kuman. Beberapa bahagian rumah perlu dicucikan terlebih dahulu sebelum disanitasi seperti bilik air, alat permainan anak dan barang untuk memasak
  • Sesetengah bahagian di rumah anda perlu ditambah proses sanitasi untuk membunuh kuman pada permukaan. Ini meliputi bahagian seperti meja makan, singki dan lain-lain
  • Penyediaan dan penyimpanan makanan

    cara mencegah penyakit

    Bagi ibu bapa yang mementingkan penjagaan kesihatan anak, anda perlu mengetahui cara mencegah penyakit bawaan makanan.

    Adalah sangat digalakkan untuk anda menjadi contoh teladan untuk anak dengan mengamalkan tabiat mencuci tangan serta penyediaan dan penyimpanan makanan yang baik.

    Berikut 3 fakta asas yang perlu diingat semasa menyediakan makanan:

    1. Bakteria membiak dengan cepat dalam makanan bersuhu suam atau disimpan dalam suhu bilik.

    Oleh itu, pastikan makanan panas tetap panas dan makanan sejuk kekal sejuk.

    2. Bakteria sering terdapat dalam makanan mentah. Masak masakan berasaskan haiwan dengan teliti.

    Jangan lupa basuh sayur-sayuran dan buah-buahan sama ada untuk dimakan mentah atau dimasak.

    3. Bakteria dan virus mudah dipindahkan daripada badan ke makanan dan daripada satu makanan ke makanan lain.

    Pastikan anda basuh tangan dengan kerap dan galakkan anak untuk melakukan perkara yang sama.

    Letakkan makanan mentah dan makanan yang siap dimasak ditempat berasingan.

    Jangan lupa untuk mencuci pisau, papan untuk memotong dan perkakasan lain yang digunakan untuk menyediakan satu makanan sebelum menggunakannya semula.

    Cara penyimpanan makanan paling tepat

    • Pastikan makanan disimpan pada suhu yang betul. Penyimpanan makanan pada suhu yang salah adalah punca biasa penyakit bawaan makanan
    • Simpan makanan sejuk dalam peti sejuk beku. Manakala buah-buahan dan sayuran disimpan dalam suhu bilik biasa.
    • Simpan dan gunakan makanan dalam tin dan bungkusan mengikut urutan tarikh luput
    • Simpan bijirin dan gandum dalam almari menggunakan bekas legap – di mana cahaya tidak boleh menembusinya. Ini kerana kandungan vitamin di dalamnya boleh merosot jika terdedah kepada cahaya. Minyak masak juga perlu disimpan jauh daripada cahaya untuk mengelakkan daripada menjadi tengik

    Strategi kebersihan untuk kesihatan

    cara mencegah penyakit

    Berapa kali anda dan anak membasuh tangan dalam sehari?

    Anda mungkin menganggap ia perkara remeh. 

    Tetapi amalan ini merupakan kaedah penting yang boleh dilakukan sebagai cara mencegah penyakit.

    Mencuci tangan dengan cara yang betul

    Berdasarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), cara membasuh tangan yang disyorkan adalah:

    1. Basahkan tangan anak anda.
    2. Tuangkan sabun ke tangan.
    3. Gosokkan tangan dengan kuat. Gosokkan setiap permukaan sepenuhnya.
    4. Terus menggosok tangan selama 20 saat untuk membuang kuman secara berkesan.
    5. Bilas tangan sepenuhnya, kemudian keringkan.

    Elak, cuci dan rawat luka gigitan

    Kebimbangan utama ibu bapa mengenai gigitan adalah risiko anak dijangkiti rabies.

    Rabies adalah jangkitan virus yang mempengaruhi sistem saraf pusat dan otak.

    Kesannya boleh mengakibatkan demam panas, kesukaran menelan, kekejangan dan akhirnya, kematian.

    Ikuti langkah berikut untuk pencegahan:

    • Ajar anak untuk elak menyentuh haiwan liar
    • Jangan sekali-kali meninggalkan anak kecil bersendirian dengan haiwan
    • Jangan biarkan anak mengganggu haiwan peliharaan atau bermain secara kasar
    • Didik anak untuk tidak cium atau meletakkan wajahnya dekat dengan binatang

    Mengurangkan penyebaran penyakit pada anak

    cara mencegah penyakit

    Setiap anak mempunyai risiko untuk menyebarkan penyakit.

    Perkara ini berlaku terutamanya pada bayi dan kanak-kanak yang cenderung menggunakan tangan untuk lap hidung atau menggosok mata dan kemudian memegang mainan atau menyentuh kanak-kanak lain.

    Berikut beberapa perkara yang boleh anda guna sebagai cara mencegah penyakit dan menjaga kesihatan anak:

    • Mendapatkan anak suntikan vaksin
    • Mengamalkan penjagaan kebersihan diri
    • Menghindari individu sakit terutamanya jika mempunyai bayi baru lahir
    • Menjaga kesihatan diri sendiri

    Tidak sukr untuk lawan penyakit!

    Pada satu tempoh tumbesaran, anak pasti akan jatuh sakit.

    Namun sebagai ibu bapa, anda tetap perlu mencari cara mencegah penyakit untuk anak. 

    Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

    Jika mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai kesihatan anak, lakukan pemeriksaan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan