backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Anak Demam & Cirit-birit Antara Gejala Penyakit Berjangkit, Parents Jangan Ambil Mudah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/05/2022

Anak Demam & Cirit-birit Antara Gejala Penyakit Berjangkit, Parents Jangan Ambil Mudah!

Perkara yang paling ditakuti ibu bapa adalah apabila anak jatuh sakit. Terdapat sesetengah gejala boleh menjadi petanda jenis penyakit berjangkit kanak-kanak.

Jom ketahui dengan lebih lanjut masalah kesihatan yang boleh terjadi kepada anak!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Penyakit Berjangkit

Penyakit berjangkit kanak-kanak

Penyakit berjangkit adalah gangguan yang disebabkan oleh organisma seperti bakteria, virus, kulat atau parasit.

Secara umumnya, banyak organisma hidup di dalam dan pada tubuh kita.

Ia biasanya tidak berbahaya atau mungkin mendatangkan manfaat. Pun begitu, dalam keadaan tertentu, wujud organisma yang boleh menyebabkan penyakit. 

Terdapat beberapa jenis penyakit berjangkit yang boleh merebak melalui seorang individu kepada individu lain.

Ada juga yang disebarkan oleh serangga atau haiwan. 

Wujud juga risiko untuk mendapat jangkitan melalui pengambilan makanan atau minuman tercemar mahupun terdedah kepada organisma di persekitaran.

Si kecil juga tidak boleh lari daripada menjadi ‘mangsa’ kepada beberapa jenis penyakit berjangkit ini. 

Bahkan, jangkitan adalah sebahagian keadaan normal pada zaman kanak-kanak.

Ini termasuklah selesema, jangkitan telinga, jangkitan sinus, bronkitis dan radang paru-paru.

Simptom

Simptom penyakit berjangkit kanak-kanak

Setiap jenis penyakit berjangkit mempunyai tanda dan gejala tersendiri.

Antara simptom umum yang biasa terjadi melibatkan penyakit berjangkit kanak-kanak termasuklah:

penyakit berjangkit kanak-kanak

Demam 

Merupakan antara gejala jangkitan paling biasa untuk terjadi.

Dalam kebanyakan kes, demam yang dialami tidak mendatangkan kebimbangan dan selalunya sembuh tanpa rawatan perubatan.

Pun begitu, sekiranya demam yang dialami anak, semakin teruk atau wujud simptom lain, mahupun mereka mempunyai sistem imun tubuh yang lemah, lakukan pemeriksaan doktor segera.

Cirit-birit kesan penyakit berjangkit kanak-kanak

Virus yang menjangkiti usus adalah punca wujudnya simptom cirit-birit. Keadaan ini turut dikenali sebagai gastroenteritis virus.

Kanak-kanak biasanya akan mengalami gejala sakit perut, diikuti cirit-birit yang berlangsung selama 3 hingga 5 hari.

Simptom lain yang mungkin akan terjadi seperti:

  • Demam 
  • Hilang selera makan
  • Loya
  • Muntah 
  • Kehilangan berat badan
  • Dehidrasi 

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/penyakit/cirit-birit-dalam-kalangan-kanak-kanak/

Keletihan

Simptom keletihan yang dialami kesan penyakit berjangkit kanak-kanak menyebabkan anak berasa sangat lebih dan memerlukan rehat tambahan.

Amnya, kebanyakan penyakit seperti selesema atau flu, boleh menyebabkan keletihan. Ia biasanya akan hilang apabila penyakit yang dihidapi sembuh.

Sakit otot

Kesakitan otot sering kali dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit melibatkan virus seperti influenza.

Rasa sakit yang dialami boleh menyebabkan sesetengah kanak-kanak tidak mahu berjalan.

Rasa sakit otot ini boleh berlangsung untuk tempoh beberapa hari hingga minggu.

Batuk 

Terdapat banyak penyebab batuk pada kanak-kanak, termasuk:

  • Jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus seperti selesema dan flu
  • Jangkitan saluran pernafasan disebabkan bakteria, tetap ia jarang berlaku
  • Keradangan seperti udara sejuk, asap, pencemaran atau benda asing yang disedut
  • Alahan dan asma
  • Punca psikologi, sebagai contoh, habit untuk batuk

Dalam kebanyakan kes, punca anak batuk adalah kerana jangkitan virus yang biasanya sebahagian daripada selesema. 

Punca

Punca jenis penyakit berjangkit

Jom ketahui antara penyebab penyakit yang boleh meningkatkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak.

#Bakteria

Organisma ini bertanggungjawab untuk penyakit seperti radang tekak dan jangkitan saluran kencing.

penyakit berjangkit kanak-kanak

#Virus punca penyakit berjangkit kanak-kanak 

Walaupun lebih kecil daripada bakteria, virus menyebabkan banyak penyakit bermula daripada selesema biasa hingga HIV.

#Kulat

Banyak penyakit kulit seperti kurap disebabkan oleh kulat. Jenis kulat lain boleh menjangkiti paru-paru atau sistem saraf.

#Parasit

Malaria disebabkan oleh parasit kecil yang disebarkan oleh gigitan nyamuk.

Terdapat juga parasit lain boleh merebak kepada manusia daripada najis haiwan.

#Hubungan secara langsung

Cara mudah yang menjadi penyebab penyakit berjangkit adalah dengan bersentuhan dengan individu atau haiwan yang mempunyai jangkitan.

#Hubungan tidak langsung

Banyak kuman boleh bertahan pada benda mati, seperti pemegang pintu.

Apabila anak menyentuh pemegang pintu yang telah disentuh oleh individu sakit selesema atau flu, mereka boleh secara tidak langsung ‘mengambil’ kuman yang ditinggalkan. 

#Gigitan serangga penyebab penyakit

Beberapa kuman bergantung pada pembawa serangga – seperti nyamuk atau kutu – untuk berpindah dari tuan rumah ke tuan rumah baharu. 

#Makanan tercemar punca penyakit berjangkit kanak-kanak

Kuman penyebab penyakit juga dapat menjangkiti anak melalui makanan dan air yang tercemar.

Diagnosis

Diagnosis & rawatan

Berikut beberapa jenis ujian yang akan dilakukan ketika pemeriksaan doktor:

penyakit berjangkit kanak-kanak

Ujian darah

Kakitangan perubatan akan mendapatkan sampel darah dengan memasukkan jarum dalam saluran darah. Biasanya pada bahagian lengan.

Ujian air kencing

Ujian yang tidak menyakitkan ini memerlukan anak untuk membuang air kecil ke dalam bekas yang disediakan.

Bagi mengelakkan kemungkinan pencemaran sampel, anak anda mungkin akan diarahkan untuk membersihkan bahagian kemaluan dengan antiseptik.

Antibiotik

Antibiotik biasanya disediakan untuk jangkitan bakteria, kerana jenis ubat ini tidak mendatangkan kesan kepada penyakit berjangkit kanak-kanak disebabkan virus. 

Pencegahan

Langkah pencegahan

Suntikan vaksin adalah cara terbaik untuk mencegah beberapa jenis penyakit berjangkit biasa.

Anda juga boleh mengurangkan risiko anak daripada dijangkiti penyakit berjangkit dengan:

  • Galakkan anak untuk membasuh tangan menggunakan sabun dan air secara kerap
  • Menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin
  • Membasmi kuman pada permukaan kerap disentuh di rumah
  • Galakkan anak untuk menghindari kontak dengan individu sakit atau berkongsi barangan peribadi dengan mereka
  • Elakkan anak daripada meminum atau berenang dengan air tercemar
  • Nasihatkan anak untuk tidak makan atau minum sebarang makanan mahupun minuman yang disediakan oleh indidivu tidak sihat

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/05/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan