backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Si Kecil Kena Chickenpox? Ibu Boleh Cuba Tip Ini Agar Anak Lebih Selesa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/08/2021

    Si Kecil Kena Chickenpox? Ibu Boleh Cuba Tip Ini Agar Anak Lebih Selesa

    Apa yang perlu ibu ayah lakukan jika anak kena cacar air? Hello Doktor akan berkongsikan cara merawat cacar air supaya dapat mengurangkan ketidakselesaan yang dialami si kecil.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Anak kena cacar air

    Cacar air atau chickenpox – jangkitan virus yang menyebabkan demam dan ruam gatal bersama bintik-bintik di seluruh tubuh.

    Cacar air ini sangat berjangkit. Individu dengan jangkitan ini boleh menyebarkan virus melalui:

    • Titisan udara ketika batuk atau bersin
    • Pada lendir, air liur (ludah) atau cecair daripada lepuh (blister)

    Ia boleh berjangkit kepada individu yang belum pernah mengalami cacar air atau divaksin bermula 2 hari sebelum ruam berkembang sehingga semua lepuh berkeruping. 

    Disebabkan penyakit ini mudah berjangkit, anak kena cacar air perlu duduk di rumah sehingga cara merawat cacar air dapat membuatkan ruam hilang dan lepuh mengering yang memakan masa sekitar seminggu. 

    Namun, dapatkan kepastian daripada doktor sebelum membenarkan anak kembali ke sekolah atau pusat asuhan.

    Baca juga:

    Simptom & tanda anak kena cacar air 

    Sebelum Hello Doktor kongsi cara merawat cacar air, ini simptom yang boleh dikenal pasti.

    Jangkitan cacar air biasanya bermula dengan gejala demam, sakit kepala, ketidakselesaan tekak atau sakit perut sebelum ruam timbul.

    Ruam kulit yang gatal dan merah biasanya akan mula berkembang pada bahagian perut atau belakang badan serta muka. 

    Ia kemudiannya akan merebak ke seluruh tubuh termasuklah kulit kepala, mulut, lengan, kaki dan alat kelamin.

    Selalunya ruam yang muncul bermula sebagai bintik merah kecil dan gatal – seperti jerawat atau gigitan serangga. 

    Ia akan menjadi gelembung yang berubah kepada lepuh berisi cecair, kemudian pecah, kering dan menjadi keruping.

    Ruam boleh merebak menjadi banyak atau lebih teruk pada kanak-kanak yang mempunyai sistem imun lemah atau penyakit kulit seperti ekzema.

    anak kena cacar air

    Punca anak kena cacar air 

    Cacar air terjadi disebabkan oleh virus varicella-zoster (VZV).

    Setelah seseorang individu menghidap cacar air, virus itu tidak aktif (berehat) dalam sistem saraf sepanjang hayat. 

    Ia dapat diaktifkan semula (bangun) sebagai ruam kulit yang menyakitkan – kayap (shingles).

    Kanak-kanak yang menerima vaksin melawan cacar air kurang cenderung untuk mengalaminya ketika dewasa nanti. 

    Cara merawat cacar air 

    Anak kena cacar air disebabkan virus, jadi antibiotik tidak dapat mengubatinya.

    Pun begitu antibiotik tetap diperlukan jika bakteria menjangkiti luka – kerap terjadi jika anak menggaru atau mengutil lepuh. 

    Ubat antivirus mungkin akan dipreskripsi untuk individu yang terdedah dengan komplikasi. Ia bergantung kepada:

    Doktor dapat bantu menentukan sama ada ubatan yang digunakan bersesuaian untuk anak atau tidak.

    Tip bantu ketidakselesaan anak

    Untuk bantu melegakan kegatalan dan ketidakselesaan kesan anak kena cacar air, ibu boleh cuba:

    anak kena cacar air

  • Gunakan alat mampatan sejuk atau mandi dengan air suam setiap 3 hingga 4 jam untuk beberapa hari pertama
  • Lap secara menepuk (jangan menggosok) tubuh sehingga kering
  • Sapukan krim calamine pada bahagian gatal – elakkan daripada menyapu pada wajah, khususnya berhampiran mata
  • Tanya doktor atau ahli farmasi krim penahan sakit yang boleh digunakan jika terdapat luka pada bahagian kemaluan
  • Tanyakan doktor penggunaan ubat tanpa preskripsi secara oral untuk kegatalan
  • Untuk mengelakkan menggaru:

  • Pakaikan anak sarung tangan semasa tidur
  • Potong kuku dan pastikan kebersihannya
  • Jika anak mempunyai lepuh dalam mulut:

    • Beri makanan sejuk dan bertekstur lembut kerana cacar air dalam mulut boleh menyukarkan anak untuk makan dan minum
    • Elakkan sesuatu yang berasid atau masin seperti jus oren atau pretzel
    • Berikan paracetamol untuk melegakan kesakitan bagi anak berusia 2 tahun ke atas

    Jangan berikan aspirin kepada anak dengan cacar air kerana ia boleh menyebabkan penyakit serius dikenali sebagai sindrom Reye.

    Langkah pencegahan untuk anak kena cacar air

    anak kena cacar air

    Doktor akan mengesyorkan anak untuk mendapatkan vaksin cacar air sebagai:

    1. Suntikan pertama ketika berusia 12 hingga 15 bulan
    2. Suntikan tambahan ketika berusia 4 hingga 6 tahun

    Anak berusia 6 tahun ke atas serta individu lebih berusia yang tidak pernah mendapat jangkitan cacar air dan tidak diberikan suntikan vaksin boleh mendapatkan 2 dos vaksin.

    Anak yang telah menghidap cacar air tidak memerlukan suntikan vaksin. Ini kerana mereka biasanya sudah mempunyai perlindungan sepanjang hayat untuk penyakit tersebut.

    Pemeriksaan doktor

    Biasanya cacar air tidak memerlukan rawatan khas. Tetapi jika wujud simptom berikut semasa anak kena cacar air, lakukan pemeriksaan doktor.

    • Demam berterusan melebihi 4 hari
    • Batuk teruk atau sukar bernafas
    • Ruam mengeluarkan nanah – pekat, kekuningan atau menjadi merah, bengkak, hangat dan menyakitkan
    • Sakit kepala teruk
    • Sangat mengantuk dan sukar untuk bangun tidur
    • Tidak boleh melihat cahaya terang
    • Menghadapi masalah berjalan
    • Kekeliruan
    • Muntah
    • Kebas leher

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan