backup og meta

Spina Bifida @ Kecacatan Bayi Sejak Lahir, Apa Yang Ibu Bapa Mungkin Boleh Lakukan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 11/10/2023

    Spina Bifida @ Kecacatan Bayi Sejak Lahir, Apa Yang Ibu Bapa Mungkin Boleh Lakukan?

    Berdasarkan laporan kajian The Prevalence and Distribution of Spina Bifida in a Single Major Referral Center in Malaysia, pengkaji mengkaji sejarah perubatan pesakit dengan kecacatan sejak lahir, merangkumi jenis aperta dan occulta yang dilahirkan antara tahun 2003 hingga 2016, yang merangkumi tempoh 13 tahun.

    Hasilnya, sebanyak 86 rekod pesakit dengan masalah ini yang dianalisis. Kadar prevalens spina bifida dalam kajian ini adalah antara kecacatan 1.87 hingga 8.9 setiap 1,000 kelahiran hidup bergantung kepada pewajaran.

    Pengkaji menyedari bahawa etnik adalah faktor di mana bilangan spina bifida tertinggi adalah daripada orang Melayu (n = 36, 41.86%), diikuti dengan etnik Cina dan India yang sama (n = 24, 27.91%).

    Menurut portal web myHealth, keadaan ini berlaku lebih kurang 1 dalam 1,000 kelahiran hidup.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

    Masalah spina bifida pada manusia

    Perkembangan sistem saraf pusat termasuk otak dan saraf tunjang adalah proses yang kompleks.

    kecacatan sejak lahir

    Ia bermula dengan lembaran rata sel yang mengalami penebalan bertingkat, ketinggian, penumpuan mediolateral disertai dengan pemanjangan rostrocaudal.

    Ia akhirnya akan melekat membentuk tiub saraf (NT) yang mana merupakan prekursor (pendahulu) otak dan saraf tunjang.

    Perturbasi proses-proses yang saling berkaitan ini mengakibatkan kecacatan tiub saraf (NTD), yang merupakan kecacatan kongenital paling umum yang mempengaruhi sistem ini.

    Apa yang lebih membimbangkan, ia dikaitkan dengan tanda bayi cacat di dalam kandungan yang mungkin agak sukar untuk dikenalpasti.

    NTD boleh berlaku dalam dua bentuk utama: spina bifida (SB) aperta, yang merupakan lesi/luka terbuka NTD, dan lesi tertutup NTD, lebih dikenali sebagai SB occulta.

    Punca kecacatan sejak lahir

    Penyebab sebenar maslah ini kekal sebagai misteri. Tidak ada yang tahu apa yang mengganggu penutupan lengkap tiub saraf, menyebabkan kecacatan ini berkembang.

    kecacatan sejak lahir

    Para saintis mengesyaki faktor yang menyebabkan spina bifida berbilang yang mana faktor genetik, pemakanan, dan persekitaran memainkan peranan.

    Kajian penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid folik yang tidak mencukupi – vitamin B biasa – dalam diet ibu adalah faktor utama dalam menyebabkan masalah ini dan kecacatan tiub neural lain.

    Vitamin pranatal biasanya mengandungi asid folik serta vitamin lain.

    Simptom kecacatan sejak lahir

    • Keadaan ini boleh dikesan melalui ultrasonografi, MRI dan pengukuran alpha foeto protein (AFP).
    • Selepas lahir, kemungkinan kelihatan benjolan di bahagian belakang.
    • Saiz kepala atau ukuran lilitan kepala membesar, berlaku pada sebahagian kes meningomyelocele.
    • Bagi kes spina bifida occulta, perubahan warna kulit, lekok ,ketulan tisu lemak yang lembut atau tompokan rerambut akan dapat dilihat di bahagian belakang.

    Rawatan yang ibu bapa boleh cuba

    Rawatan untuk kecacatan sejak lahir bergantung pada keparahannya.

    Ini kerana spina bifida boleh melibatkan banyak sistem tubuh yang berbeza, seperti sistem saraf dan rangka, kanak-kanak mungkin memerlukan sokongan daripada pasukan profesional perubatan.

    Pasukan ini mungkin termasuk doktor (seperti pakar bedah saraf, pakar urologi, dan pakar bedah ortopedik), ahli terapi fizikal dan pekerjaan, dan pekerja sosial.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 11/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan