backup og meta

13 Suntikan Vaksin Ini Penting Untuk Diberikan Pada Si Kecil, Ibu WAJIB Baca!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/03/2022

    13 Suntikan Vaksin Ini Penting Untuk Diberikan Pada Si Kecil, Ibu WAJIB Baca!

    Kita sudah mengetahui kepentingan dan kebaikan suntikan vaksin untuk bayi. Tetapi adakah mommy daddy tahu jenis jenis vaksin yang akan diberikan kepada mereka?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Jenis jenis vaksin

    Terdapat beberapa jenis suntikan imunisasi. Setiap satunya berfungsi untuk mengajar sistem kekebalan tubuh anak melawan jenis kuman tertentu dan penyakit serius yang berisiko terjadi.

    Antara jenis vaksin adalah seperti: 

    #BCG antara vaksin untuk bayi

    Tuberkulosis (TB) – Boleh menular dan membawa maut. Penyakit ini boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru, meningitis TB dan penyakit tulang.

    #Hepatitis B 

    Hepatitis B – Jangkitan virus yang boleh menyebabkan penyakit kuning atau barah hati. Ia boleh menular melalui hubungan seksual atau transfusi darah.

    Jenis jenis vaksin #DTap 

    Difteria – Bermula dengan sakit tekak, demam ringan (101℃ atau kurang) dan menggigil. 

    Seterusnya, ia boleh menyebabkan lapisan lendir tebal di bahagian belakang hidung atau tekak dan menyukarkan pernafasan atau menelan.

    jenis-jenis vaksin

    Ia juga boleh mempengaruhi saraf dan mengakibatkan lumpuh.

    Jenis jenis vaksin: Pertussis (Batuk berterusan)Batuk yang teruk dan berpanjangan yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan otak.

    Tetanus (Lockjaw) – Merupakan penyakit serius disebabkan oleh toksin (racun) dihasilkan bakteria. Ia menyebabkan kekejangan otot yang menyakitkan dan boleh membawa maut.

    Nama lain untuk tetanus adalah “lockjaw” atau kancing gigi. Selalunya menyebabkan otot leher dan rahang individu ‘terkunci’, sehingga sukar untuk membuka mulut atau menelan.

    #Hib

    Haemophilus influenza jenis b (Hib) – Vaksin untuk bayi ini penting kerana ia boleh mengelakkan risiko keradangan membran di sekitar otak dan saraf tunjang (meningitis).

    Masalah lain termasuklah radang paru-paru, bronkitis, bakteria, jangkitan telinga dan epiglottitis.

    Jenis jenis vaksin #Polio IPV

    Poliomyelitis (Polio) – Kelemahan otot kekal yang boleh menyebabkan kelumpuhan sepanjang hayat, terutama pada kaki.

    Ia merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa.

    #Measles

    CampakGerman Measles adalah penyakit pernafasan yang serius di paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sangat berjangkit.

    Gejala yang boleh terjadi adalah ruam, hidung berair dan demam. Dalam kes jarang berlaku, ia boleh mengakibatkan maut.

    jenis-jenis vaksin

    #MMR salah satu daripada jenis jenis vaksin

    Campak – Seperti dinyatakan tadi adalah penting untuk memberikan vaksin kepada bayi kerana penyakit campak boleh berjangkit.

    Keadaan boleh bertambah teruk dengan masalah radang paru-paru, ensefalitis dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

    Beguk – Mudah berjangkit, menyebabkan pembengkakan kelenjar di belakang rahang. Boleh mengakibatkan keradangan testis sehingga kemandulan.

    Rubella (campak Jerman) – Vaksin untuk bayi ini disyorkan sebanyak 2 dos suntikan sebagai kaedah terbaik untuk melindungi daripada rubella.

    #MR 

    Campak – Mudah berjangkit, dicirikan oleh demam, batuk, hidung berair dan ruam. 

    Keadaan boleh bertambah teruk dengan masalah radang paru-paru, ensefalitis dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

    Rubella (campak Jerman) –  Boleh disebarkan oleh wanita hamil ke bayi dalam kandungan, yang mengakibatkan sindrom rubella kongenital.

    Jenis jenis vaksin #DT

    Difteria – Boleh menyebabkan penyumbatan saluran udara dan kerosakan jantung serta otak.

    Merebak apabila seseorang individu dijangkiti batuk atau bersin. Tanpa rawatan, penyakit ini boleh menular dalam tempoh 2 minggu selepas jangkitan.

    Tetanus – Kancing gigi sangat berbahaya kerana boleh mengakibatkan kekejangan otot teruk dan kematian.

    Kekejangan otot ini cukup kuat sehingga mampu mematahkan tulang belakang kanak-kanak atau tulang lain.

    Baca juga:

    #OPV 

    Antara jenis jenis vaksin yang diperlukan anak adalah vaksin polio oral (OPV). Diberikan secara titisan ke dalam mulut.

    Kebanyakan individu yang dijangkiti polio tidak menunjukkan sebarang gejala. 

    Dalam kes serius, jangkitan virus polio boleh mengakibatkan lemah atau kelumpuhan pada lengan, kaki atau kedua-duanya untuk seumur hidup.

    Bahkan kanak-kanak yang dirasakan dapat pulih sepenuhnya turut boleh mengalami lemah atau sakit otot, mahupun kelumpuhan baru ketika dewasa, selepas 15 hingga 40 tahun.

    Dianggarkan 2 hingga 10 daripada 100 kanak-kanak yang lumpuh akibat polio maut disebabkan virus ini yang menjejaskan otot mereka untuk bernafas.

    #HPV

    Human Papillomavirus (HPV) – Adalah jangkitan yang mempunyai lebih daripada 150 variasi dan boleh menjangkiti lelaki dan wanita.

    Sesetengah HPV boleh mengakibatkan barah tertentu seperti: 

    • Kanser serviks, faraj dan vulva
    • Kanser zakar
    • Kanser dubur
    • Kanser tekak oropharynx
    • Ketuat kemaluan

    jenis-jenis vaksin

    #Tetanus

    Bakteria tetanus –  terdapat pada tanah, debu dan baja. Ia masuk ke tubuh melalui permukaan kulit yang terjejas seperti:

    • Luka
    • Melecur
    • Gigitan haiwan

    Jenis jenis vaksin #JE (Sarawak sahaja) 

    Ensefalitis Jepun (JE) – Jangkitan serius disebabkan oleh virus ensefalitis. Boleh merebak melalui gigitan nyamuk.

    Sesetengah individu yang dijangkiti virus JE tidak mengalami sebarang gejala.

    Namun antara gejala ringan yang boleh terjadi adalah demam, sakit kepala atau keadaan serius seperti ensefalitis – jangkitan otak.

    Individu dengan ensefalitis boleh mengalami demam, kekejangan leher, sawan dan koma.

    Dianggarkan 1 daripada 4 individu dengan ensefalitis mati. Manakala separuh daripada mereka mengalami kecacatan kekal.

    Jangkitan ini boleh menular daripada ibu hamil kepada bayi yang belum lahir.

    Suntikan imunisasi 6 serangkai

    Jika sebelum ini menerusi Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) bagi bayi, mereka akan menerima kombinasi vaksin 5 serangkai iaitu difteria, tetanus, pertussis, polio dan Haemophilus influenzae type b (pentavalent DTaP-IPV//Hib).

    Ia diberi sebanyak 3 dos primer iaitu bagi suntikan bayi 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan serta 1 dos penggalak (booster) apabila mereka berusia 18 bulan (1 tahun 6 bulan).

    Manakala vaksin Hepatitis B monovalent untuk mencegah penyakit Hepatitis B telah mula diberikan sejak 1989 sebanyak 3 dos iaitu ketika lahir, pada usia sebulan dan 6 bulan.

    Namun kini bayi akan mendapat kombinasi vaksin 6 serangkai meliputi difteria – tetanus – pertussis – polio – Hepatitis B – Haemophilus influenzae type b (hexavalent DTaP-IPV-HepB-Hib).

    Pemberian suntikan imunisasi 6 dalam 1 ini diberikan untuk mencegah penyakit difteria, tetanus (kancing gigi), pertussis (batuk kokol), poliomyelitis, Hepatitis B dan jangkitan Haemophilus influenzae jenis b.

    Sebanyak 4 dos primer akan diterima bayi ketika berusia 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan dan 18 bulan (1 tahun 6 bulan).

    Selain itu, pemberian vaksin Hepatitis B selepas lahir akan terus diberikan, manakala vaksin Hepatitis B yang sebelum ini diberikan pada umur sebulan dan 6 bulan akan dihentikan.

    Ini kerana komponen vaksin Hepatitis B sudah terkandung dalam kombinasi vaksin 6 serangkai itu.

    Penukaran kombinasi vaksin ini dipercayai akan dapat memberikan manfaat kepada si kecil kerana pada usia 2 tahun pertama kehidupan merupakan tempoh usia yang cenderung terdedah kepada jangkitan penyakit.

    Jika tidak pasti mengenai jenis jenis vaksin yang diperlukan, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan