Pantang larang makanan awal kehamilan sering menjadi persoalan utama dalam kalangan wanita hamil, terutama bagi mereka yang pertama kali melalui fasa kehamilan.
Untuk pengetahuan anda, ketika berada dalam trimester pertama, tubuh wanita sedang mengalami perubahan hormon yang ketara dan proses pembentukan janin sedang berlaku.
Oleh itu, pemakanan ibu hamil perlu dijaga dengan lebih teliti kerana setiap apa yang dimakan akan memberi kesan langsung kepada kesihatan ibu dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Apakah jenis makanan yang tidak boleh dimakan dan disarankan untuk ibu hamil? Lihat jawapannya di bawah ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Mengapa ibu hamil perlu jaga makan?

Ketika awal kehamilan, sistem imun ibu hamil akan menjadi lebih sensitif.
Ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada risiko jangkitan makanan atau ketidakselesaan usus.
Pemilihan makanan yang betul dapat membantu mengurangkan rasa loya, keletihan, serta memberi tenaga dan nutrien penting kepada janin.
Dalam masa yang sama, memahami pantang larang awal kandungan juga dapat membantu ibu mengurangkan risiko komplikasi seperti keguguran, jangkitan makanan dan perkembangan janin yang terganggu.
Pantang larang makanan awal kehamilan: jenis-jenis makanan ibu hamil perlu elak
Berikut adalah antara beberapa pantang larang makanan awal kehamilan yang para ibu perlu elakkan:
#1. Makanan mentah atau separuh masak
Daging, telur dan ikan yang tidak dimasak sepenuhnya boleh mengandungi bakteria berbahaya seperti Salmonella, Listeria dan Toxoplasma.
Bakteria seperti ini boleh merisikokan kesihatan ibu dan bayi1.
#2. Ikan yang tinggi kandungan merkuri
Ikan bersaiz besar seperti tuna boleh menyebabkan gangguan kepada sistem saraf janin jika dimakan dalam jumlah berlebihan2.
Ini disebabkan oleh kemungkinan kandungan merkuri yang tinggi pada ikan tersebut.
#3. Susu yang tidak dipasteur, antara pantang larang makanan awal kehamilan
Produk tenusu yang tidak dipasteur boleh menjadi punca jangkitan bakteria seperti Listeria, yang berbahaya kepada kehamilan3.
#4. Buah dan sayur tidak dibasuh bersih
Buah dan sayur yang tidak dicuci bersih boleh tercemar dengan racun perosak atau parasit dan boleh meningkatkan risiko jangkitan toksoplasmosis4.
#5. Pantang larang makanan awal kehamilan: minuman berkafein
Pengambilan kafein melebihi 200 mg sehari boleh meningkatkan risiko keguguran dan menjejaskan penyerapan zat besi5.
Kepentingan probiotik semasa kehamilan untuk kesihatan penghadaman
Tidak ramai yang tahu bahawa sistem penghadaman yang sihat boleh mempengaruhi keseluruhan kesejahteraan ibu hamil.
Probiotik adalah mikroorganisma baik yang membantu meningkatkan kesihatan usus dan keseluruhan sistem penghadaman6.
Dalam tempoh awal kehamilan, ibu mungkin sering mengalami sembelit, perut kembung atau rasa tidak selesa akibat perubahan hormon.
Mengambil makanan yang kaya dengan probiotik seperti minuman susu kultur boleh membantu melancarkan sistem penghadaman, mengurangkan sembelit serta meningkatkan penyerapan nutrien penting seperti zat besi dan kalsium7,8,9.
Ini penting kerana kekurangan nutrien boleh menjejaskan pertumbuhan janin.
Tambahan pula, probiotik juga dipercayai mampu menyokong sistem imun ibu dan bayi10,11.
Dengan menyertakan probiotik dalam pemakanan ibu hamil, ia bukan sahaja membantu penghadaman agar lebih lancar, tetapi juga memberi perlindungan tambahan terhadap jangkitan usus.
Pantang larang makanan awal kehamilan: ini jenis-jenis makanan yang baik untuk ibu hamil
Pemilihan makanan yang seimbang amat penting dalam menyokong pertumbuhan janin dan kesihatan ibu.
Berikut adalah senarai makanan yang bagus untuk ibu hamil dan mengapa ia baik untuk kesihatan anda:
#1. Makanan kaya probiotik, antara pemakanan ibu hamil yang penting

Makanan yang kaya dengan kandungan probiotik seperti minuman susu kultur Yakult, yogurt, kefir, kimchi dan sauerkraut menyumbang kepada keseimbangan bakteria baik dalam perut.
Ia juga membantu melegakan sembelit dan menyokong sistem imun ibu12.
Anda juga boleh mengambil suplemen probiotik, tetapi perlulah mendapat saranan doktor terlebih dahulu.
Susu kultur Yakult secara khusus mengandungi strain probiotik Shirota yang terbukti bermanfaat untuk kesihatan usus ibu hamil.
Minum Yakult setiap hari merupakan cara yang praktikal dan berkesan untuk menambah probiotik dalam diet harian.
Ini kerana, kandungan probiotik dalam Yakult membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiota usus secara konsisten.
Apa yang lebih penting, ambil satu botol Yakult setiap hari secara konsisten berbanding mengambilnya dalam jumlah yang banyak pada satu-satu masa.
#2. Produk tenusu dipasteur
Salah satu pemakanan ibu hamil yang penting adalah produk tenusu yang dipasteur.
Ini kerana, sumber kalsium dan protein dalam susu juga penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi.
#3. Telur
Telur mengandungi kolin, protein berkualiti tinggi dan vitamin penting untuk pertumbuhan otak janin.
Pastikan telur dimasak sepenuhnya sebelum dimakan. Elakkan telur separuh masak atau telur yang telah lama.
#4. Oat dan bijirin penuh untuk pemakanan ibu hamil
Bijirin penuh atau oat boleh membantu sistem penghadaman, memberikan tenaga berpanjangan dan mengandungi zat besi serta serat13.
#5. Brokoli dan sayur berdaun hijau
Sayuran seperti ini kaya dengan folat, kalsium, vitamin C dan serat yang penting untuk pembentukan sel dan mengelakkan sembelit.
#6. Daging merah tanpa lemak
Ibu hamil juga boleh mempertimbangkan pengambilan daging tanpa lemak. Ini kerana daging tanpa lemak bukanlah pantang larang makanan awal kehamilan.
Daging merah tanpa lemak adalah antara sumber utama zat besi dan protein yang membantu mencegah anemia semasa hamil14.
#7. Ubi keledek
Ubi keledek mengandungi beta karoten yang membantu dalam perkembangan sel dan sistem imun bayi15.
Gabungan makanan di atas bukan sahaja memberi tenaga dan nutrien lengkap kepada ibu hamil, tetapi juga menyokong pantang larang awal kandungan dari sudut pengambilan makanan yang selamat dan terbukti berkhasiat.
Kesimpulan
Menjaga pemakanan semasa awal kehamilan bukan sahaja penting untuk kesihatan ibu, tetapi juga untuk perkembangan bayi.
Dengan memahami pantang larang makanan awal kehamilan, ibu boleh merancang pemakanan yang lebih seimbang dan selamat.
Dalam masa yang sama, menambahkan makanan kaya probiotik seperti susu kultur Yakult dalam diet harian boleh membantu memperbaiki sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit yang biasa berlaku dalam kalangan wanita hamil.

Gabungan makanan sihat, pemahaman nutrisi, dan kesedaran tentang makanan ibu awal kehamilan dapat membantu ibu melalui fasa kehamilan dengan lebih yakin dan selesa.
Nota: Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan sebelum membuat sebarang perubahan besar dalam diet harian ketika hamil.
Anda boleh layari laman web Yakult bagi mendapatkan pelbagai maklumat terkini mengenai kesihatan penghadaman.
[embed-health-tool-due-date]