backup og meta

Ini 7 Mitos Cara Dapatkan Anak Lelaki Yang Ramai Percaya! Paling Top Petua No. 4!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/01/2023

    Ini 7 Mitos Cara Dapatkan Anak Lelaki Yang Ramai Percaya! Paling Top Petua No. 4!

    Bagi pasangan yang sudah mempunyai anak perempuan, pastinya sedang mencari cara dapatkan anak lelaki untuk dicuba, bukan? Tidak dinafikan terdapat pelbagai petua boleh dijumpai jika membuat carian di internet, tetapi berkesankah?

    Dalam artikel ini, Hello Doktor akan kongsikan beberapa mitos yang dipercayai sebagai cara untuk mengandung anak lelaki.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Peluang mengandung anak lelaki

    Apabila bercakap mengenai jantina bayi, kita mesti terfikir peluang untuk sama ada mendapat bayi lelaki atau perempuan adakah 50-50, betul tak?

    Namun hakikatnya, ia bukanlah semudah itu. Bahkan nisbah jantina bagi setiap kelahiran adalah 105 lelaki untuk 100 kelahiran perempuan. Jadi secara statistiknya membawa kepada 51% bayi adalah lelaki.

    Cara hamil bayi lelaki 

    Amnya, penentuan jantina adalah kepada sperma yang mensenyawakan telur.

    Jika sperma itu membawa kromosom Y, maka bayi yang akan dilahirkan adalah lelaki. Sebaliknya jika kromosom X, akan lahirlah seorang bayi perempuan.

    Sperma yang membawa gen lelaki ini dikatakan bergerak lebih pantas tetapi cepat kehabisan tenaga. Sebab itulah disarankan untuk anda dan pasangan melakukan hubungan seks apabila hampir dengan tempoh ovulasi jika berimpikan bayi lelaki.

    cara dapatkan anak lelaki

    Manakala sperma pembawa gen perempuan pula boleh ‘bersembunyi’ selama beberapa hari sementara menunggu kemunculan telur. Ia dikatakan bergerak lebih perlahan tetapi mempunyai tenaga lebih lama.

    7 mitos cara dapatkan anak lelaki

    Mari kita lihat apakah mitos yang paling popular tentang cara mengandung bayi lelaki:

    Mitos 1. Mengurangkan pengambilan produk tenusu

    Ramai yang percaya bahawa tabiat pemakanan boleh mempengaruhi jantina bayi yang dikandungkan. 

    Mungkin akan ada yang menasihatkan anda untuk mengambil makanan alkali dan mengelakkan makanan berasid seperti produk tenusu sebagai cara dapatkan anak lelaki. 

    Menurut mitos ini, sperma menjadi lemah dalam persekitaran berasid rahim. Bermakna semakin kuat sperma, peluang hamil bayi lelaki lebih cerah.

    Pun begitu, ia tidak benar kerana setakat ini tiada bukti saintifik untuk mengesahkan bahawa ‘sperma gen lelaki’ akan menjadi lebih baik dalam persekitaran beralkali.

    Mitos 2. Minum kopi sebagai cara dapatkan anak lelaki

    Mungkin ada yang menasihatkan kalian berdua untuk lebih kerap minum kopi jika menginginkan bayi lelaki.

    Ini kerana ada yang mempercayai bahawa kafein dalam kopi akan menjadikan sperma lebih kuat dan meningkatkan peluang mendapat baby boy. Bahkan anda mungkin pernah mendengar saranan untuk minum air sejuk selepas hubungan seks.

    Ia adalah mitos semata-mata. Lebih menakutkan adalah mengambil terlalu banyak kafein boleh mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan zuriat.

    Baca juga: 

    Mitos 3. Makan makanan kaya kalium, tip mengandung anak lelaki

    Mengikut kepercayaan ini, makan makanan yang tinggi kandungan kalium seperti ikan, badam, epal dan pisang dianggap sebagai makanan untuk dapat anak lelaki. Benarkah?

    Ia adalah salah sama sekali. Ini kerana pengambilan makanan tidak akan mengubah jantina bayi. Bahkan individu yang mengambil makanan kaya kalsium secara keterlaluan boleh membahayakan kesihatan. 

    Mitos 4. Hubungan seks & kitaran haid

    Pastinya ini antara tip yang sering anda dengar, iaitu melakukan hubungan seks pada hari-hari tertentu dalam kitaran haid akan membantu kalian untuk mendapatkan bayi lelaki. 

    Ada juga kepercayaan menyatakan seks yang dilakukan berselang-seli selepas haid meningkatkan lagi peluang untuk hamil baby boy.

    Seperti kebanyakan mitos lain, ia tidak benar! Merancang masa untuk berlakunya persenyawaan tidak akan menjamin bayi yang dikandungkan itu adalah lelaki.

    cara dapatkan anak lelaki

    Mitos 5. Posisi seks, antara cara dapatkan anak lelaki

    Betul ke posisi seks tertentu boleh membantu menentukan jantina anak? Sebagai contoh seperti posisi doggy or women on top.

    Sebenarnya ia adalah tidak benar. Posisi seks tertentu tidak dapat membantu anda untuk hamil bayi lelaki. 

    Mitos 6. Wanita orgasme dahulu jika mahu mengandung anak lelaki

    Ada juga mitos yang menyatakan sekiranya ketika melakukan seks dan wanita mengalami orgasme terlebih dahulu berbanding pasangannya, maka mereka akan mengandung bayi lelaki. 

    Buat sekian kalinya, ia adalah salah. Hakikatnya tidak kira siapa di antara kalian yang mengalami orgasme terlebih dahulu, ia bukan penentu untuk jantina bayi. 

    cara dapatkan anak lelaki

    Cara dapatkan anak lelaki #Mitos 7. Pakaian dalam longgar

    Katanya kalau ingin hamil bayi lelaki, kena pastikan pasangan tidak memakai pakaian dalam seperti boxer yang ketat kerana akan menyebabkan sperma menjadi lemah. 

    Sebaliknya, kalau memakai pakaian longgar, sperma akan menjadi kuat, sekali gus membantu meningkatkan peluang untuk mendapatkan bayi lelaki, betul ke?

    Ini juga antara mitos yang salah.

    Pakaian dalam yang longgar membantu sperma untuk kekal sihat tetapi bukanlah jaminan untuk anda mengandungkan seorang anak lelaki. 

    Kesimpulan 

    Terdapat pelbagai mitos boleh ditemui yang kononnya sebagai cara dapatkan anak lelaki mahupun perempuan. Tetapi malangnya kebanyakan mitos tersebut belum terbukti secara klinikal.

    Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan bantuan dan nasihat mereka.

    Hakikatnya tidak kiralah sama ada bayi lelaki atau perempuan, paling penting anak yang bakal dilahirkan nanti membesar dengan sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan