Pada usia lebih kurang sembilan minggu di dalam kandungan, janin akan mula melakukan pergerakan yang menyerupai bernafas.
Janin akan mendapat lebih latihan apabila kadangkala mereka akan menyedut dan melepaskan air ketuban sewaktu di penghujung kehamilan.
Artikel berkaitan:
Latihan ini akan membantu janin bersedia untuk bernafas dengan cepat dan berkesan sejurus selepas dilahirkan. Badan ibu menghasilkan surfaktan di dalam air ketuban yang kuantitinya meningkat seiring dengan usia kandungan.
Bayi yang belum lahir ini memerlukan lapisan surfaktan di bahagian dalam paru-paru untuk memastikan kantung udara terbuka dan mengelakkan paru-paru dari mengecut. Inilah mekanisme sebenar bagaimana bayi bernafas dalam kandungan.
Pernafasan yang pertama

Seorang bayi mengambil nafasnya yang pertama apabila dia menangis buat pertama kalinya sejurus selepas dilahirkan.
Ada sesetengah bayi menangis dengan sendiri, manakala sesetengah yang lainnya memerlukan sedikit bantuan daripada doktor dan jururawat bidan.
Bayi yang baru lahir akan tercungap-cungap kerana mereka mengalami perubahan persekitaran yang drastik sejurus dilahirkan ke dunia.
Tali pusat akan dipotong dan bayi akan mula menggunakan paru-paru mereka.
Apabila bayi bernafas sendiri, akan lebih banyak darah yang mengalir ke paru-paru dan salur darah mereka supaya oksigen dapat mengalir ke seluruh badan dan karbon dioksida pula dinyahkan.