backup og meta

Ngilu Rasa Bila Makan Aiskrim? Ini Dia 10 Punca Gigi Anda Jadi Sensitif!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/10/2023

    Ngilu Rasa Bila Makan Aiskrim? Ini Dia 10 Punca Gigi Anda Jadi Sensitif!

    Terdapat beberapa faktor atau punca yang boleh menyebabkan gigi ngilu tiba-tiba. Mungkin anda tertanya-tanya, apakah sebab gigi ngilu sehingga menyebabkan anda berasa tidak selesa apabila ia berlaku.

    Ketahuinya dengan lebih lanjut melalui artikel di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

    10 perkara yang menjadi sebab gigi ngilu

    Terdapat 10 faktor yang boleh menyebabkan gigi ngilu tiba-tiba. Antara perkara-perkara yang boleh menjadi penyebab gigi ngilu ialah:

    #1. Pendedahan kepada suhu sejuk atau panas yang ekstrem

    Sensitiviti yang berlaku pada gigi disebabkan oleh enamel gigi yang telah usang atau saraf yang terdedah pada gigi anda.

    Apabila anda makan atau minum sesuatu dengan suhu yang sangat rendah atau tinggi, anda mungkin merasakan kesakitan yang berlaku dengan mendadak dan tajam.

    #2. Kemelesetan gusi

    Gusi adalah lapisan tisu berwarna merah jambu yang menutup tulang dan mengelilingi akar gigi untuk membantu melindungi hujung saraf gigi anda.

    Apabila anda semakin tua, tisu gusi akan mula menjadi usang, lalu menyebabkan kemerosotan gusi.

    Kemelesetan ini menjadikan akar gigi anda terdedah, sekali gus membuatkan anda lebih dekat kepada penyakit gusi dan jangkitan gigi.

    Sekiranya gigi rasa berdenyut dan tiba-tiba menjadi lebih sensitif daripada sebelumnya, kemerosotan gusi mungkin menjadi penyebabnya.

    sebab gigi ngilu

    #3. Hakisan enamel

    Sensitiviti gigi seperti ini boleh disebabkan oleh pengambilan makanan yang sangat berasid, menggosok gigi terlalu kasar, dan juga faktor lain.

    Akibatnya, enamel yang melapisi dan melindungi gigi anda akan mula menjadi haus dan tidak diganti.

    Ini boleh menyebabkan rasa sakit yang tajam dan menusuk yang memicu tulang belakang anda ketika anda menggigit makanan tertentu.

    #4. Kaviti atau pereputan gigi

    Pereputan gigi, juga disebut sebagai kaviti, mungkin menjadi sebab mengapa gigi anda tiba-tiba mula mengganggu kehidupan anda.

    Kerosakan gigi boleh berlanjutan di bahagian sisi atau bahagian atas enamel gigi anda tanpa anda sedari.

    Apabila pereputan mula menyebabkan jangkitan, anda mungkin mula mengalami kesakitan pada gigi anda.

    #5. Jangkitan gusi

    sebab gigi ngilu

    Penyakit gusi, juga disebut penyakit periodontal, telah menjejaskan lebih daripada 47% individu dewasa yang berumur 30 tahun ke atas.

    Penyakit gusi disebut sebagai gingivitis pada peringkat awal, dan biasanya kita tidak akan menyedarinya apabila ia berlaku.

    Gigi dan gusi sensitif boleh menjadi tanda bahawa penyakit gusi sedang berkembang

    #6. Sebab gigi ngilu disebabkan Gigi retak

    Gigi yang retak boleh menyebabkan sakit gigi dan juga sensitiviti.

    Tetapi ada juga kes di mana keretakan pada gigi tersebut berlaku dengan kadar yang amat kecil, sehingga ia agak sukar untuk dilihat walaupun masih lagi menyebabkan kesakitan. 

    #7. Sebab gigi ngilu akibat Jangkitan sinus

    Salah satu simptom jangkitan sinus ialah kesakitan pada gigi dan juga rahang gigi anda.

    Apabila sinus anda mengalami keradangan dan mempunyai tekanan disebabkan oleh jangkitan, ia boleh menekan hujung saraf pada gigi anda sehingga menyebabkan kesakitan yang dialami.

    #8. Mengetap gigi dan rahang

    Mengetap gigi dan rahang juga boleh menyebabkan sensitiviti gigi yang agak kronik, ini kerana anda akan menyingkirkan lapisan enamel pada gigi anda.

    Walaupun ramai individu hanya mengetap gigi sekali-sekala, namun keadaan stres atau kualiti tidur yang buruk dapat menyebabkan tabiat ini menjadi lebih kerap tanpa anda menyedarinya.

    Kesannya, gigi anda akan menjadi lebih sakit tanpa anda ketahui. 

    #9. Prosedur pergigian

    Sebarang prosedur pergigian seperti penggerudian gigi boleh menyebabkan hujung saraf gigi anda menjadi lebih sensitif buat sementara waktu.

    Sensitiviti yang wujud disebabkan prosedur seperti ini boleh bertahan selama hampir 2 minggu.

    #10. Produk pelunturan gigi

    sebab gigi ngilu

    Penggunaan jalur pemutihan gigi, gel peluntur atau sebarang produk pemutih gigi boleh mendedahkan anda kepada risiko gigi sensitif.

    Kesakitan pada gigi yang disebabkan oleh produk pelunturan gigi biasanya berlaku dalam tempoh sementara waktu dan akan menghilang setelah anda berhenti menggunakannya.

    Jumpa doktor segera, ia boleh dirawat

    Antara penjelasan di sebalik sebab gigi ngilu kebanyakannya berpunca daripada gigi yang retak atau terkena jangkitan.

    Namun, anda tidak perlu risau berkenaan hal ini memandangkan keadaan gigi ngilu tiba-tiba ini sememangnya boleh dirawat oleh doktor gigi.

    Apa yang penting, berjumpalah dengan doktor gigi segera bagi memastikan apakah punca sebenar atau sebab gigi ngilu yang dialami oleh anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 25/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan