2. Tidak boleh membaca buku
Ada yang mengatakan proses bersalin akan menyebabkan hati menjadi lemah dan ia dikaitkan dengan mata. Oleh sebab itu, wanita selepas bersalin amat tidak digalakkan untuk memberi tekanan kepada mata seperti membaca atau menangis. Atau ia akan menyebabkan masalah rabun.
Fakta: TIADA KAITAN yang dapat menghubungkan antara membaca atau menangis dengan masalah mata.
3. Jangan mandi atau basahkan rambut
Mandi atau membasahkan rambut dikatakan akan menyebabkan angin masuk ke dalam badan. Ia dibimbangi akan menyebabkan urat saraf mengembang dan sakit kepala.
Ada juga kepercayaan yang mengatakan ibu selepas bersalin yang mandi terlalu lama boleh mengalami masalah bentan.
Fakta: Ia adalah satu amalan berpantang yang TIDAK SAHIH.
Hakikatnya mandi atau membasahkan rambut adalah satu tabiat penjagaan kebersihan diri yang tidak boleh disingkirkan. Malahan ia membantu mencegah sebarang jangkitan kulit atau luka.
Walau bagaimanapun, ibu selepas bersalin amat dinasihatkan untuk tidak mandi dengan terlalu lama kerana bermungkinan cepat sejuk.

4. Jangan guna kipas atau penghawa dingin
Mitos ini lebih kurang sama dengan mandi. Mendedahkan diri dengan angin sejuk daripada kipas dan penghawa dingin dipercayai menyebabkan angin memasuki badan. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan pada ibu di kemudian hari.
Ibu dalam berpantang juga perlu memakai pakaian berlapis atau tebal kerana risau angin masuk ke dalam badan.
Fakta: Berdasarkan sains, kulit manusia mempunyai beberapa lapisan. Angin tidak boleh memasuki kulit dan terus masuk ke saluran darah. Maka ia sudah tentu perkara yang TIDAK TEPAT.
Kunci utamanya adalah bersederhana. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ibu harus tahu perkara yang boleh memberikannya keselesaan.
Keadaan yang berpeluh dan panas, akan menyebabkan ketidakselesaan. Malah cenderung mengakibatkan strok haba.
Tidak salah untuk menggunakan penghawa dingin atau kipas, tetapi berpada-padalah. Usah menggunakan kipas yang berkelajuan tinggi atau menetapkan suhu penghawa dingin yang terlalu rendah.
5. Jangan makan makanan sejuk
Mitos berpantang paling popular adalah tidak boleh memakan laksa. Ia adalah kepercayaan paling popular bagi masyarakat sebelah utara.
Ada yang mengatakan makanan sejuk yang terdiri daripada sayuran dan buah-buahan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang. Pengambilan makanan sejuk dikatakan boleh mengakibatkan masalah angin dan bisa pada keseluruhan badan. Serius ke?
Fakta: Sebenarnya, perkara paling penting adalah untuk mengamalkan PEMAKANAN SEIMBANG bagi sepanjang tempoh berpantang itu. Memakan sayuran dan buah-buahan penting sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat.
Hak individu
Kebanyakan individu pada zaman moden ini kurang mengamalkan pantang larang kepercayaan nenek moyang terdahulu. Ia sama ada disebabkan ketiadaan masa atau kerana tidak mempercayai amalan berpantang itu sendiri.
Tidak kisah sama ada anda ingin berpantang atau tidak, perkara paling penting adalah untuk menjaga kesihatan diri. Elakkan daripada membiarkan diri berdepan tekanan sehingga boleh mengakibatkan mudarat.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel: