backup og meta

Risiko Terlalu Ikut Nafsu Untuk Melakukan Hubungan Seks

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 16/04/2021

    Risiko Terlalu Ikut Nafsu Untuk Melakukan Hubungan Seks

    Usaha untuk menangani nafsu seks sememangnya sukar dilakukan. Apatah lagi jika ada faktor yang boleh meningkatkan tahap keberahian anda.

    Seolah-olah anda tidak lagi berfikir menggunakan otak. 

    Segala bentuk idea yang keluar hanyalah berkaitan dengan seks walaupun dalam konteks tertentu, perbuatan tersebut boleh dikira berisiko tinggi (seperti pelacuran).

    Namun, selepas melakukan aksi berahi tersebut, anda mula menyesal.

    “Kenapa aku tak berfikiran waras?” atau “Sepatutnya aku boleh lawan nafsu dan fikir sebelum bertindak”.

    Jika anda nak tahu, terdapat kajian saintifik yang menunjukkan seseorang itu cenderung untuk menjadi ‘bodoh’ semasa sedang ghairah seks.

    Baca artikel ini jika anda ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut. 

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Seksual di sini.

    Individu ghairah seks cenderung untuk mengambil risiko tanpa mengira situasi semasa

    seks ghairah

    Kajian yang diterbitkan pada tahun 2015 oleh Shayna et al menunjukkan individu ghairah cenderung untuk melakukan aktiviti berisiko tinggi.

    Ia terbahagi kepada dua sub eksperimen bagi menguji rasional individu dalam membuat keputusan.

    Eksperimen satu melibatkan 144 orang subjek dibahagikan kepada dua kumpulan.

    Kumpulan pertama akan dipertontonkan dengan klip video lucah manakala kumpulan kedua akan diberikan klip video neutral (seperti kartun dan sebagainya).

    Selesai sahaja sesi tontonan, mereka ditanya berkenaan dengan kecenderungan untuk melakukan seks tanpa kondom.

    Lelaki dan wanita yang sedang ghairah seks cenderung untuk melakukan aktiviti seks berisiko berbanding dengan mereka yang menonton klip video neutral.

    Eksperimen tersebut kemudiannya diulang melibatkan 122 orang subjek.

    Sama seperti keadaan pada eksperimen pertama, satu kumpulan akan menonton video yang merangsang nafsu seks manakala satu lagi diberikan video neutral.

    Namun soalan yang diberikan selepas sesi tontonan berbeza dengan eksperimen pertama.

    Ia berkaitan dengan permainan daun terup Blackjack.

    Subjek akan diberi peluang untuk mengambil risiko atau menggunakan kaedah ‘safeplay’.

    Dapatan menunjukkan mereka yang ghairah seks cenderung untuk mengambil risiko tanpa mengira keadaan ketika menyertai permainan daun terup tersebut.

    Cenderung buat keputusan bodoh dek fikirkan ghairah

    seks ghairah

    Kajian tersebut jelas menunjukkan pengaruh nafsu seks tatkala seseorang itu disuruh untuk membuat keputusan.

    Mungkin sebab itulah mereka yang bermalam dengan orang asing (one night stand) sering mengalami penyesalan di kemudian hari.

    Ketika ghairah seks, semua benda nampak betul, kata-kata manis kedengaran logik dan tindakan berisiko dianggap berbaloi.

    Walau bagaimanapun, kita mudah lupa atau tidak tahu kebolehan untuk berfikir boleh dipengaruhi oleh keinginan seks.

    Lelaki dan wanita yang mengalami rangsangan seksual yang kuat mempunyai kesekatlakuan seks yang sangat rendah.

    Ini bermakna, fikiran kita mudah dimanipulasi dengan keadaan semasa dan kita boleh, secara tidak langsung, cuba untuk menjustifikasikan tindakan yang biasanya dianggap tidak relevan.

    Namun, konklusi ini bukanlah sesuatu yang asing. Seperti nafsu seks, emosi juga memainkan peranan dalam corak pemikiran dan kemahiran untuk membuat keputusan.

    Perkara ini diusulkan buat kali pertama oleh pemenang hadiah nobel Herbert Simon.

    Beliau sedar teori berkenaan dengan kebolehan membuat pilihan rasional tidak akan lengkap jika emosi tidak difaktorkan sekali.

    Emosi merupakan satu elemen penting ketika kita sedang membuat keputusan.

    Walaupun kita sering menganggap nafsu seks sebagai emosi, ia merupakan satu topik perdebatan di antara ahli akademik.

    Ada yang berpendapat keinginan seks adalah sesuatu yang boleh disamakan dengan rasa lapar. 

    Ia bukan emosi tetapi satu kemahuan bagi memuaskan keinginan biologi.

    Oleh sebab itulah seperti keinginan yang lain, nafsu seks boleh dipengaruhi oleh emosi.

    Namun apabila dibandingkan dengan keupayaan emosi untuk mempengaruhi kebolehan membuat keputusan, nafsu seks nampak seperti boleh memberikan implikasi yang dahsyat.

    Impak nafsu seks terhadap tindakan yang diambil oleh individu

    keputusan bodoh

    Walaupun sains menyokong kebolehan seseorang untuk membuat keputusan bodoh semasa ghairah seks, ia bukanlah satu dapatan yang mengujakan.

    Lebih kepada konteks memahami corak tindak tanduk individu, ia boleh memberikan impak negatif.

    Mungkin anda rasa budaya membiasakan tontonan adegan lucah atau aksi berahi di dalam filem sebagai satu tindakan relevan, ia boleh jadi sebahagian daripada keputusan bodoh tersebut.

    Apabila corak pemikiran tersebut diulang berkali-kali untuk menjustifikasikan tindakan menonton filem lucah, ia mengubah persepsi seseorang terhadap penerimaan sesuatu tingkah laku.

    Sebagai contoh, perbuatan one night stand dianggap biasa, namun apabila bangun pada keesokan hari, anda masih menyesal.

    Seks tanpa kondom dianggap sebagai satu pilihan rasional sehinggalah anda didiagnosis dengan masalah penyakit kelamin.

    Jenayah rogol nampak sebagai alternatif pelampias nafsu sehinggalah anda ditangkap dan sedar akan impak psikologi kepada mangsa rogol.

    Ia bagaikan satu dilema, kita takut akan implikasi tatkala ghairah seks namun apabila perkara tersebut menimpa, kita tidak berdaya untuk melawannya.

    Konklusi

    Setiap perkara yang kita lakukan ada kesan negatifnya.

    Namun, sukar untuk kita letakkan sesuatu pada perspektif yang rasional terutamanya jika kita sedang ghairah seks.

    Nafsu seks mempunyai kebaikan yang tersendiri memandangkan ia menyokong perkembangan seksual yang kuat.

    Pun begitu, jika proses pemikiran rasional dibuat bersandarkan kepada nafsu, kesannya boleh memberikan impak yang dahsyat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 16/04/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan