backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/08/2022

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Proses ovulasi adalah perkara normal yang berlaku pada badan secara automatik. Tetapi apakah tanda yang boleh dikenal pasti jika wujudnya masalah kesuburan wanita?

    Memahami tentang proses ovulasi

    Hampir setiap wanita yang sedang mencuba dan merancang untuk hamil ingin mengetahui bilakah hari berlakunya proses ovulasi.

    Ovulasi adalah apabila telur yang sudah matang akan dilepaskan daripada ovari. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid seorang wanita.

    Apabila berlaku ovulasi, anda pastinya mahu sperma menunggu di saluran tiub fallopio yang bersedia untuk melakukan proses persenyawaan dengan telur itu.

    Dalam erti kata lain, secara idealnya untuk meninggikan peluang mengandung, hubungan seksual harus berlaku sebelum ovulasi. 

    Ini kerana anda dalam keadaan paling subur pada hari-hari menjelang ovulasi.

    Tanda mengalami ovulasi

    Berikut adalah 9 tanda utama ovulasi yang mesti anda perhatikan:

    #1. Suhu badan basal anda turun sedikit, kemudian naik semula. Suhu badan basal (BBT) adalah suhu anda ketika anda berehat sepenuhnya. Ovulasi boleh menyebabkan sedikit peningkatan suhu badan basal.

    #2. Lendir serviks menjadi lebih jelas dan nipis dengan konsistensi yang lebih licin sama seperti putih telur.

    #3. Serviks anda lembut dan terbuka.

    proses ovulasi

    #4. Anda mungkin merasakan sedikit kesakitan atau kekejangan ringan di bahagian bawah perut anda.

    #5. Keinginan seks anda mungkin meningkat dan merasa lebih ‘berminat’ untuk melakukan hubungan seks. Ini adalah reaksi semula jadi tubuh terhadap ovulasi.

    #6. Mungkin berlaku tompokan pendarahan ringan.

    #7. Payudara menjadi sensitif. Peningkatan tahap estrogen dalam badan yang memuncak pada ovulasi juga boleh menyebabkan payudara lembut dan bengkak.

    #8. Sakit ovulasi, dikenali sebagai mittelschmerz, (bahasa Jerman untuk “middle pain“) – merupakan rasa sakit tajam di perut semasa pertengahan kitaran.

    Ia adalah perkara normal menunjukkan ovulasi akan berlaku tidak lama lagi.

    #9. Vulva atau faraj anda mungkin kelihatan bengkak.

    Tapi bagaimana pula jika tiada proses ovulasi yang berlaku dan adakah ia melibatkan masalah kesuburan wanita?

    5 tanda tidak berlaku proses ovulasi

    Sekiranya tidak mengalami ovulasi, ia bermakna anda berkemungkinan besar tidak boleh hamil.

    Mengalami proses ovulasi secara tidak teratur juga mungkin menyukarkan peluang untuk berbadan dua.

    Dalam masalah kesuburan wanita ini, anovulation adalah istilah perubatan untuk tidak berovulasi. Manakala oligoovulation adalah istilah perubatan untuk ovulasi tidak teratur. 

    Berikut adalah beberapa kemungkinan mengapa masalah ovulasi mungkin berlaku, seperti:

    proses ovulasi

    • Kitaran haid tidak teratur

    Sekiranya haid anda tidak dapat dijangkakan, anda mungkin mengalami masalah ovulasi. 

    Adalah normal jika kitaran haid anda berbeza beberapa hari setiap bulan. Namun, ia menjadi sesuatu yang tidak normal jika tempoh perbezaan itu berlangsung dalam masa beberapa hari.

    • Kitaran haid yang sangat pendek atau panjang

    Tempoh normal kitaran haid boleh menjadi sesingkat 21 hari atau 35 hari.

    Walau bagaimanapun, jika kitaran anda biasanya lebih pendek atau lebih lama daripada ini, anda mungkin mengalami masalah ovulasi.

    • Tidak didatangi haid atau kitaran menstruasi

    Sekiranya anda tidak mengalami haid sama sekali, atau tidak terjadi kitaran menstruasi ini adalah petanda kuat bahawa anda tidak mengalami ovulasi.

    • Tiada peningkatan suhu badan basal

    Seperti yang dinyatakan di atas, suhu badan basal anda meningkat sedikit selepas ovulasi.

    Sekiranya anda membuat peta kitaran anda, dan anda tidak mendapat kenaikan suhu ini, kemungkinan anda tidak mengalami ovulasi.

    Pun begitu, terdapat sebilangan wanita tidak mengalami kenaikan BBT, walaupun mereka mengalami ovulasi.

    Punca yang mendasari keadaan ini masih lagi tidak diketahui. 

  • Tiada keputusan ujian ovulasi positif dan terlalu banyak keputusan positif 
  • proses ovulasi

    Kit ujian ovulasi mengesan hormon LH, yang melonjak sebelum ovulasi berlaku. Luteinizing hormone (LH) adalah bahagian penting dalam kitaran haid anda.

    Sekiranya anda tidak pernah mendapat keputusan positif, anda mungkin tidak mengalami ovulasi.

    Anehnya, mendapat banyak hasil keputusan positif juga dapat menunjukkan masalah ovulasi. 

    Ini menunjukkan bahawa tubuh anda berusaha mencetuskan ovulasi tetapi tidak mencapai kejayaan untuk hamil.

    Umumnya, keadaan itu biasa berlaku pada wanita yang mengalami masalah sindrom ovarium polisistik (PCOS).

    Pemeriksaan untuk masalah kesuburan wanita

    Sekiranya anda mempunyai kebimbangan dengan kitaran anda, dapatkan bantuan dan penilaian doktor.

    Isu ovulasi adalah penyebab biasa masalah kesuburan wanita, namun kebanyakannya dapat dipulihkan melalui pengambilan ubat.

    Dalam sesetengah kes, ada juga wanita yang melakukan perubahan dalam gaya hidup dan dapat mengatasi masalah ovulasi tanpa penggunaan ubat. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan