home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Penjagaan Alat Sulit Bayi Lelaki

Penjagaan Alat Sulit Bayi Lelaki

Menjaga alat sulit bayi lelaki adalah tidaklah sesukar penjagaan untuk bayi perempuan. Namun, ada perkara yang perlu ibu bapa tahu tentang penjagaan kemaluan anak lelaki, khususnya bayi.

Bagaimana membersihkan kemaluan bayi lelaki

Semasa menukar lampin dan memandikan bayi, basuh atau lap sekitar zakar dan skrotum si manja untuk membersihkan najisnya. Anda boleh menggunakan:

  1. Kain ataupun pad kapas yang direndam dengan air atau cecair pembersih bayi. Pembersih bayi yang diformulasi khas untuk bayi adalah yang terbaik kerana ia tidak akan merosakkan pelindung kulit semula jadi bayi anda.
  2. Selain itu, anda juga boleh gunakan tisu basah bayi yang juga diformulasi khusus untuk kulit bayi, tanpa alkohol dan bebas pewangi.

Perlu diingat bahawa bagi bayi lelaki, anda tidak perlu membersihkan kepala zakarnya kerana ia akan membersih sendiri. Jadi jangan menarik kulupnya untuk dibersihkan kerana nanti anda tidak boleh menggelincirkannya kembali. Kulup bayi anda bersambung dengan kepala zakarnya. Kulupnya akan mula terpisah daripada zakar apabila usianya lebih kurang 2 tahun. Jadi, anda tidak perlu susah-susah membersihkannya kerana dikhuatiri anda hanya akan memudaratkannya lagi.

Cara membersihkan alat sulit bayi lelaki yang bersunat

Jika bayi anda telah disunatkan, tukar lampinnya dengan kerap dan pastikan zakarnya bersih. Anda boleh gunakan air yang dicampur dengan cecair pemnbersih bayi sebelum mengelap dengan lembut zakar bayi. Letakkan juga ubat pada luka sunat. Dalam tempoh penyembuhan, biarkan zakar anak anda mendapat peredaran udara. Lebih baik jika anda biarkannya bebas lampin.

Zakar bayi yang disunat mungkin mengambil masa kira-kira 7-10 hari untuk sembuh. Untuk beberapa hari terawal selepas bersunat, zakar bayi anda mungkin kelihatan merah dan bengkak, serta anda boleh lihat rembesan kekuning-kuningan pada zakarnya. Jangan risau kerana ini tanda-tanda normal penyembuhan.

Zakar bayi yang dijangkiti akan berwarna kemerahan, atau berdarah dan bengkak. Bayi anda akan rasa sakit semasa kencing. Jika ini berlaku, bawa segera bayi anda berjumpa doktor.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.babycentre.co.uk/x1053616/how-should-i-care-for-my-baby-boys-genitals

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 12/10/2018
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x