Namun ada sahaja yang percaya, kan?
#2 Kandungan tinggi atau rendah
Ramai individu yang suka komen berkenaan dengan saiz dan kedudukan kandungan anda.
Kata mereka, jika kandungan anak kelihatan tinggi, itu tanda mengandung anak perempuan.
Jika kandungan tersebut rendah, anda sedang hamil anak lelaki.
Persoalannya, bagaimana nak tentukan tinggi rendahnya kandungan tersebut? Kalau di tengah-tengah bagaimana?
#3 Degupan jantung janin laju tanda mengandung anak perempuan?
Menurut sumber yang tidak menunjukkan bukti saintifik, degupan jantung bayi boleh menjadi klu berkenaan dengan jantina bayi.
Sekiranya jantung berdegup melebihi 140 degupan, anda sedang hamil anak perempuan manakala jika lebih rendah daripada 140, anda sedang hamil anak lelaki.
Boleh difahami jika kepercayaan ini dipegang oleh orang dahulu, namun sekarang ini pun ada juga yang masih percaya padanya.
#4 Rambut pada badan tentukan jantina bayi

Seronok tak jika anda boleh ramal jantina bayi melalui rambut anda ketika hamil?
Kata orang dahulu, jika rambut anda kelihatan bersinar dan tebal, anda sedang mengandung anak lelaki.
Jika rambut anda kelihatan rapuh dengan warna pudar, anda sedang mengandung anak perempuan.
Keadaan ini boleh dilihat juga pada tubuh badan yang lain (ketiak, betis dan sebagainya).
Jika bulu tumbuh laju, itu tandanya anak lelaki dan jika kadar pertumbuhan bulu kelihatan normal, itu tandanya anak perempuan.
#5 Gunakan cincin untuk tentukan bayi lelaki atau perempuan
Nak tahu auta yang lebih mengarut?
Orang dahulu pernah menggunakan cincin untuk mengetahui jantina anak.
Cabut rambut pada tubuh anda, ikat cincin di hujungnya.
Baring dan gantung cincin tersebut di atas perut anda. Sekiranya ia bergerak dalam bentuk bulat, itu anak lelaki.
Jika ia bergerak persis pendulum (ke kanan ke kiri) itu anak perempuan.
Anda mungkin berminat:
Ada ke beza jika anda mengandung anak lelaki atau perempuan?

Selain daripada penggunaan kaedah moden seperti alat ultrabunyi atau ujian genetik, tiada kaedah lama yang boleh digunakan untuk mengetahui jantina anak.
Bahkan, kebanyakan daripadanya adalah mengarut dan tidak mempunyai penerangan saintifik yang jelas.
Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan wanita yang bersalin anak lelaki lebih cenderung untuk mendapat komplikasi berbanding dengan anak perempuan.
Berikutan daripada fakta tersebut, anak lelaki lebih berisiko untuk mengalami masalah kelahiran pramatang.
Ini berikutan ibu yang hamil anak lelaki mudah untuk mengalami masalah ketika mengandung seperti diabetes gestasi dan preeklampsia.
Perkara ini telah dibuktikan melalui satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2016 oleh Institut Kajian Robinson di Universiti Adelaide.
Selain itu, kajian oleh Universiti Kent pada tahun 2018 turut menekankan bahawa ibu mudah untuk mendapat masalah kemurungan selepas bersalin jika bersalin anak lelaki.
Perkara ini boleh berpunca daripada komplikasi yang dialami oleh ibu ketika mengandung atau bersalin anak lelaki.
Konklusi
Jika anda ingin mengetahui jantina anak, lebih baik rujuk kepada doktor perubatan bagi mendapatkan pemeriksaan menggunakan alat ultrabunyi.
Setakat ini ujian genetik hanya disarankan kepada golongan tertentu memandangkan ia boleh menyebabkan komplikasi keguguran.
Kajian menunjukkan ibu yang hamil anak perempuan kurang berisiko untuk mendapat masalah kesihatan semasa dan selepas mengandung.
Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anda kebal daripada sebarang komplikasi jika hamil anak perempuan.
Langkah pencegahan dan nasihat doktor masih perlu diikuti bagi memaksimumkan tahap kesihatan ketika anda sedang mengandung.