What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Terlebih Minum Kopi Bahaya, Tapi Berapa Cawan Yang Boleh Diambil Sehari?

    Terlebih Minum Kopi Bahaya, Tapi Berapa Cawan Yang Boleh Diambil Sehari?

    Walaupun kebaikan dan keburukan cara minum kopi yang betul telah dibahaskan selama beberapa dekad, namun penyelidikan baharu dari University of South Australia menunjukkan yang sebaliknya.

    Dalam kajian tersebut, pengambilan enam atau lebih kopi setiap hari boleh merugikan kesihatan anda dengan meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 22 peratus.

    cara minum kopi yang betul

    Minum kopi boleh jadi punca kematian?

    Di Australia, 1 daripada 6 orang terjejas oleh penyakit kardiovaskular. Ia adalah punca utama kematian dengan satu kematian disebabkan oleh penyakit tersebut dalam setiap 12 minit.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit kardiovaskular merupakan penyebab utama kematian, namun ia juga adalah salah satu penyakit yang paling mudah dicegah.

    Para penyelidik dari University of South Australia, Dr Ang Zhou dan Profesor Elina Hyppönen dari Australian Centre for Precision Health menyatakan bahawa penyelidikan mereka mengesahkan bahawa kafein yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, pendahulu bagi penyakit jantung ketika mereka menyiasat hubungan antara pengambilan kopi dalam jangka masa panjang dan penyakit kardiovaskular.

    Cara minum kopi yang betul: berapa cawan boleh minum sehari?

    Menurut Prof Hyppönen, kopi adalah perangsang yang paling banyak digunakan di dunia, ia membuatkan kita terjaga, meningkatkan tenaga kita dan membantu kita untuk fokus – tetapi orang selalu bertanya, sebanyak manakah kafein yang dianggap sebagai terlalu banyak?

    Menurut beliau lagi, kebanyakan individu akan bersetuju bahawa jika anda minum terlalu banyak kopi, anda mungkin berasa gelisah, mudah marah atau mungkin juga mual.

    Ini kerana kafein membantu badan anda untuk bekerja dengan lebih cepat dan lebih kuat, tetapi ia juga mungkin mencadangkan bahawa anda mungkin telah mencapai had anda pada masa ini.

    Pasukan penyelidikannya juga mengetahui bahawa risiko penyakit kardiovaskular meningkat seiring dengan tekanan darah tinggi, yang merupakan satu kesan yang diketahui akibat pengambilan kafein yang berlebihan.

    cara minum kopi yang betul

    Cara minum kopi yang betul: 6 cawan kopi sehari- normal atau terlebih?

    Anda tahu cara minum kopi yang betul? Menurut para penyelidik, enam cawan kopi adalah titik kritikal di mana kafein mula memberi kesan buruk kepada risiko kardiovaskular. Untuk mengekalkan jantung yang sihat dan tekanan darah yang sihat, setiap individu mestilah membataskan pengambilan kopi mereka kepada kurang daripada enam cawan sehari.

    Prof Hyppönen mengatakan bahawa, walaupun pembawa variasi gen pemprosesan cepat menjadi empat kali lebih cepat dalam memetabolisme kafein, penyelidikan tidak menyokong kepercayaan bahawa individu-individu ini boleh mengambil lebih banyak kafein dengan selamat dan lebih kerap, tanpa kesan kesihatan yang merugikan.

    Dengan mengetahui batasan apa yang baik dan tidak baik untuk anda adalah sangat penting.

    Sepertimana perkara-perkara lain, ia adalah mengenai kesederhanaan, dan sebarang pengambilan secara berlebihan sememangnya akan memudaratkan kesihatan anda.

    health-tool-icon

    Kalkulator BMI

    Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

    Lelaki

    Wanita

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan

    Ang Zhou, Elina Hyppönen. Long-term coffee consumption, caffeine metabolism genetics, and risk of cardiovascular disease: a prospective analysis of up to 347,077 individuals and 8368 cases. The American Journal of Clinical Nutrition, 2019; 109 (3): 509 DOI: 10.1093/ajcn/nqy297. Accessed on May 13, 2019.

    Can You Really Have Too Much Caffeine?. https://health.clevelandclinic.org/how-much-caffeine-is-too-much/. Accessed on May 13, 2019.

    Too much coffee?. https://www.apa.org/gradpsych/2015/11/coffee. Accessed on May 13, 2019.

    Is too much caffeine bad for you?. https://www.eehealth.org/blog/2022/03/is-too-much-caffeine-bad-for-you/. Accessed on May 13, 2019.

    Caffeine: How much is too much?. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/caffeine/art-20045678. Accessed on May 13, 2019.

    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 01/09/2022
    Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Next article: