Selain itu, ada satu mitos yang mengatakan masalah ketidaksuburan ini ada kaitannya dengan pakaian dalam lelaki. Benarkah begitu?
Jawapannya, mungkin ya. Teruskan pembacaan anda.
Suhu testis memainkan peranan penting!

Ramai yang kata memakai pakaian dalam adalah tidak bagus untuk lelaki kerana ia akan mengakibatkan testis mengalami tekanan.
Sebenarnya, bukan begitu. ia adalah berkaitan dengan suhu.
Suhu testis yang lebih rendah berbanding suhu tubuh badan adalah sangat diperlukan untuk menghasilkan sperma yang berkuantiti lagi berkualiti.
Dalam erti kata yang lebih mudah, pemakaian boxer atau seluar dalam akan menyebabkan suhu testis menjadi lebih panas.
Akibatnya, kualiti dan kuantiti sperma akan terjejas.
“Inilah sebabnya mengapa testis berada di luar tubuh badan. Ia memerlukan suhu yang tidak terlalu panas untuk penghasilan sperma yang terbaik”, jelas Celia E. Dominguez yang merupakan pakar endokrinologi.
Jadi, pemilihan pakaian dalam boleh jadi punca ketidaksuburan lelaki.
Namun, ia juga adalah penting untuk keselesaan seorang lelaki.
Jika diberi pilihan antara boxer dan seluar dalam, yang mana lebih bagus untuk kualiti dan kuantiti sperma?
Jadi, boxer atau seluar dalam?

Menurut kajian terkini yang diterbitkan dalam jurnal Human Reproduction, lelaki yang memakai boxer mempunyai kiraan sperma yang lebih banyak berbanding lelaki yang memakai seluar dalam!
Selain itu, dikatakan juga bahawa pemakai boxer mempunyai kadar follicle-stimulating hormone (FSH) yang lebih rendah berbanding pemakai seluar dalam – ia menunjukkan boxer adalah lebih baik.
Jika diberi pilihan antara boxer dan seluar dalam, ternyatalah bahawa boxer lebih baik.
Namun, ia tidak bermaksud memakai boxer akan menjadikan anda sebagai lelaki yang subur secara automatik.
Ini kerana terdapat banyak lagi faktor yang akan mempengaruhi kesuburan anda seperti yang telah dirungkai di atas.
Sebagai tambahan, ketahuilah bahawa perbuatan mandi air panas juga akan memberi kesan yang negatif.
Sekiranya anda sangat gemar mandi air panas tidak kira dalam jakuzi, tab, kolam ataupun pancuran, mohon segera kurangkannya.
Sebabnya adalah suhu yang terlalu panas boleh menjejaskan sperma lelaki.
Inginkan sperma sihat? Jalani hidup sihat!
Kesimpulannya boxer atau seluar dalam, mungkin boxer lebih baik berbanding seluar dalam.
Namun, tidak memakai apa-apa pakaian dalam juga sudah semestinya pilihan yang lebih bijak.
Mungkin kalian boleh mempraktikkannya ketika tidur?
Selain itu juga, sperma yang sihat juga pasti datangnya dari gaya hidup yang sihat.
Oleh itu, berhenti merokok, kurangkan minum alkohol serta lakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Akhir kata, sila jalani gaya hidup sihat untuk kualiti dan kuantiti sperma yang lebih sihat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen