Ini menunjukkan bahawa kesemua klimaks yang berlaku adalah disebabkan faktor yang sama kerana ia berpunca daripada bahagian yang sama.
Walau bagaimanapun, sebahagian wanita menyatakan, sesetengah jenis klimaks yang dirasakan adalah berbeza. Ia bergantung kepada bahagian tubuh mana yang disentuh dan jenis rangsangan yang diterima.
#3. Ada sesuatu yang tidak kena pada anda jika tidak mencapai klimaks
Terdapat sebilangan individu yang mungkin sukar atau sedikit bermasalah untuk mendapat klimaks ketika berhubungan intim. Jika anda salah seorang daripadanya, jangan risau kerana ia bukanlah satu masalah.
Jika anda mengalami kesukaran untuk mencapai klimaks, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba. Pertama sekali, tanya diri anda beberapa soalan seperti,
“Apakah yang telah saya usahakan untuk mencapai klimaks?” atau,
“Adakah saya boleh mencapai klimaks jika melancap?”
Ini kerana terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda tidak mampu mendapat klimaks ketika seks seperti keresahan, kesan ubat-ubatan, dan tahap perubahan hidup (menopaus, kehilangan atau pertambahan berat badan, stres di tempat kerja).
#4. Wanita sepatutnya boleh mencapai klimaks beberapa kali

Ada sesetengah individu yang boleh mencapai klimaks sebanyak beberapa kali dalam hanya satu malam. Ada juga yang hanya boleh mendapat sekali klimaks sahaja. Seberapa banyak pun jumlah rekod anda mencapai klimaks dalam satu malam, kedua-duanya adalah normal.
Ini kerana, setiap wanita adalah berbeza dan masa yang diambil untuk kembali bertenaga setelah klimaks juga berbeza. Oleh itu, tiada jumlah klimaks yang spesifik untuk wanita kerana semuanya adalah normal.
#5. Semua keadaan klimaks adalah sama untuk setiap orang
Agak sukar untuk seseorang itu menyatakan dengan tepat berkenaan rasa klimaks yang dialami. Oleh itu, susah juga untuk menentukan sekiranya apa yang anda rasakan itu sama dengan apa yang dirasai oleh orang lain.
Menurut Rachel Hoffman, terdapat pelbagai tahap yang berbeza bagi berlakunya klimaks dan tidak semua orang boleh mengalami kesemua jenis klimaks. Sesetengah wanita berejakulasi dengan mengalami klimaks, manakala yang lain pula tidak mengalaminya.
Terdapat pelbagai emosi dan juga sensasi fizikal yang boleh dirasai oleh seseorang itu ketika mengalami klimaks. Oleh itu, sebenarnya apa yang dirasai oleh orang lain sememangnya tidak sama dengan perasaan atau pengalaman anda sendiri ketika mencapai klimaks.
#6. Menggunakan sex toy dengan kerap boleh menghilangkan rasa sensasi pada kemaluan anda dan sukar untuk anda mengalami klimaks
Jika anda terfikir bahawa penggunaan vibrator dengan kerap boleh menjejaskan kebolehan anda untuk mencapai klimaks, anda sebenarnya tidak perlu khuatir. Ini kerana vibrator sebenarnya tidak akan menghilangkan rasa sensasi tersebut.
Tetapi, terdapat kemungkinan jika anda sudah terbiasa dengan kesan yang didapati daripada vibrator, anda akan merasakan bahawa seks biasa atau melancap sudah menjadi kurang memuaskan disebabkan kesan yang diberikan tidak sehebat kesan daripada vibrator.
Anda cenderung untuk mendapat klimaks lebih cepat melalui penggunaan vibrator kerana anda sentiasa diberikan rangsangan tanpa henti. Oleh sebab itu, jika anda membandingkan penggunaan vibrator dan aktiviti seks bersama pasangan anda, ia sememangnya sangat berbeza.
Ini yang kemudiannya menyebabkan timbulnya mitos bahawa penggunaan vibrator boleh menyebabkan hilang rasa sensasi untuk klimaks wanita.
#7. Seks faraj adalah cara terbaik untuk wanita mencapai klimaks
Menurut Mayo Clinic, kebanyakan wanita tidak mencapai klimaks dengan hanya melalui seks faraj semata-mata. Satu pertiga wanita boleh mencapai klimaks ketika seks sekiranya mereka mempunyai rangsangan tambahan seperti rangsangan oral atau manual.
Sebagai contoh, terdapat juga wanita yang mencapai klimaks disebabkan oleh rangsangan di bahagian tubuh yang lain seperti rangsangan yang dilakukan oleh suami mereka terhadap puting dan payudara mereka.
Kesimpulan

Tidak terdapat sebarang cara yang tepat atau tertentu yang boleh membuatkan klimaks wanita. Ini kerana setiap wanita mempunyai tahap klimaks atau orgasme yang berbeza dan pengalaman mereka adalah tidak sama antara satu sama lain.
Sebagai suami, cara terbaik untuk anda membantu si isteri mencapai klimaks adalah dengan bertanya kepada mereka apakah yang mereka mahukan sebagai rangsangan ketika melakukan seks.
Jika mereka mahukan anda melakukan itu dan ini terhadap mereka, cuba turutinya kerana mereka mungkin akan lebih mudah mencapai klimaks hasil daripada rangsangan yang anda berikan.