Sebenarnya, keletihan merupakan satu keadaan yang normal untuk dialami. Namun jika anda kerap mengalami badan lemah dan lesu, mungkin ada punca tersembunyi yang anda tidak sedari. Jom baca artikel!1
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Badan Sihat, anda boleh klik di sini.
4 punca badan lemah dan lesu
Sebenarnya, beberapa sebab berikut mungkin boleh menjadi antara punca badan rasa letih dan lesu dengan kerap:
#1. Tidak cukup tidur punca badan lemah dan lesu
Anda mungkin berjaya tidur 7 ke 8 jam sehari, tetapi adakah ia cukup berkualiti?
Tidak mendapat tidur yang cukup adalah salah satu punca yang menyebabkan badan lemah dan lesu.2 Anda mungkin tidak berpeluang tidur awal kerana tanggungjawab kerjaya dan menguruskan rumah tangga atau menyelesaikan tanggungjawab lain.
Badan anda akan melakukan pelbagai perkara ketika anda tidur termasuk menyimpan memori, merembes hormon yang mengatur tahap metabolisme dan tenaga anda. Proses-proses penting ini tentunya terganggu apabila anda tidak cukup tidur.3
Apabila anda berjaya tidur dengan secukupnya, anda akan rasa lebih baik. Selain tubuh badan yang bertenaga dan berfungsi dengan baik, ia juga bakal membuat anda lebih fokus dan gembira.3
Bagi memperbaiki kuantiti dan kualiti tidur, sebaiknya anda tidur dalam tempoh yang sama setiap malam, mengosongkan fikiran sebelum tidur, dan melakukan pelbagai aktiviti pada siang harinya.
Anda tidak digalakkan untuk terlalu aktif sebelum tidur. Penggunaan skrin seperti penggunaan telefon pintar juga tidak digalakkan sebelum tidur.
Jika anda sukar untuk tidur dan mengesyaki mungkin ada mengalami gangguan tidur, berbincang dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan daripada pakar.
#2. Masalah kesihatan tubuh badan
Masalah kesihatan merupakan antara faktor yang boleh menyebabkan badan lemah dan lesu.
Akibatnya, anda tetap akan keletihan dan kelesuan walaupun sudah melakukan perubahan pada gaya hidup, membuat senaman, mengawal stres dan mendapatkan tidur yang mencukupi.1
Antara keadaan kesihatan yang mungkin akan menunjukkan keletihan sebagai salah satu simptomnya adalah:1
- Anemia
- Diabetes
- Tiroid tidak aktif
- Kegelisahan
- Kehamilan
- Sakit jantung
- Demam kelenjar
- Kekurangan vitamin dan mineral
Jika anda bimbang mengalami kondisi-kondisi di atas, anda boleh berjumpa dengan doktor atau pakar bagi mendapatkan maklumat, nasihat dan pemeriksaan lanjut dengan kadar segera.
Punca badan lemah dan lesu #3. Tekanan
Setiap individu pasti akan mengalami tekanan dalam hidup yang lama-kelamaan boleh membawa kepada masalah lain seperti kemurungan, kegelisahan dan sebagainya.
Sebenarnya, tekanan ini akan membuatkan anda lebih kuat dan membantu memberikan hasil yang lebih baik dalam hidup anda seperti dalam melakukan tugasan kerja atau semasa membuat keputusan penting dalam hidup.
Pun begitu, stres atau tekanan hanya akan memberikan sesuatu yang positif jika ia bersifat sementara sahaja.
Tekanan yang berlebihan atau kronik pula boleh menjejaskan tahap tenaga dan kualiti hidup anda di mana ia turut berhubungan dengan masalah badan lemah dan lesu.4
Perkara ini juga boleh menyebabkan munculnya masalah kesihatan lain.4
Pelbagai situasi boleh menyebabkan tekanan seperti kewangan, pekerjaan, perhubungan; semua ini tidak akan pernah berakhir.5
Bagaimana anda menghadapi tekanan boleh mempengaruhi tahap keletihan diri anda. Jika anda mula rasa tertekan, segera bertindak agar ia tidak akan membebani kehidupan anda.
Punca badan lemah dan lesu #4. Makanan
Semua orang pasti tahu bahawa kita memerlukan nutrisi atau nutrien yang cukup agar tubuh badan dapat berfungsi dengan lebih baik.6
Antara cara paling berkesan untuk mendapatkan apa yang diperlukan oleh tubuh badan adalah dengan cara mengamalkan diet secara sihat dan seimbang.6
Jika anda gagal, maka ia akan memberikan kesan kepada diri sendiri. Antara masalah yang akan berlaku akibat malnutrisi atau kekurangan nutrisi adalah individu itu akan lebih cepat penat dan mengantuk.7
Sebagai contoh mudah, individu yang kurang mengambil zat besi, tinggi risiko untuk mengalami kondisi kurang darah merah atau anemia.
Kesannya, badan anda akan sering terasa letih, sakit kepala dan sesak nafas terutama selepas melakukan aktiviti fizikal yang berat.8
Selain itu, kurang pengambilan nutrisi lain seperti kalsium juga akan menyebabkan masalah pada sistem tulang yang menjejaskan pergerakan.
Begitu juga halnya dengan kekurangan protein, zink dan pelbagai jenis vitamin lain. Masing-masing mempunyai fungsi tersendiri dan boleh menjejaskan tubuh badan jika pengambilannya tidak mencukupi.7
Kesuntukan masa dan keletihan juga boleh membawa kepada tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan makanan tidak seimbang, makan pada lewat malam dan lain-lain. Ini sekali gus membawa kepada risiko terhadap pelbagai penyakit.
Bagi mengelakkan badan lemah dan lesu, sila berbincang dengan pakar pemakanan untuk membuat pemeriksaan lanjut untuk menguji sama ada diet seharian anda itu benar-benar ideal atau tidak.
Cara menghilangkan rasa letih dan lesu
Bagi menghilangkan rasa badan lemah dan lesu, perkara paling penting yang perlu dilakukan adalah dengan mengelakkan sebarang punca atau faktor risiko di atas tadi.1
Selain itu, pastikan anda mengenal pasti punca keletihan anda sebelum melakukan tindakan atau langkah pencegahan kerana seperti yang diterangkan, ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan tertentu.
Dalam masa yang sama, anda juga mungkin memerlukan sesuatu seperti perubahan gaya hidup atau pengambilan makanan kaya dengan nutrien bagi membantu anda melawan keletihan. Siapa tahu jika apa yang anda perlukan itu boleh didapati dalam diet seimbang?
Tubuh badan terutama yang semakin berusia memerlukan cukup nutrisi untuk ia berfungsi dengan lebih baik.1
Untuk mendapatkan nutrien keperluan harian, anda boleh mengambil susu setiap hari sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian.
Bagi memilih susu yang bersesuaian dengan keperluan nutrisi harian anda, anda perlu memahami kebaikannya.
Anlene dikenali sebagai jenama susu tepung dewasa nombor satu di Malaysia, kini memperkenalkan rangkaian terbaru, Anlene Total 10!
Anlene Total 10 dirumus secara saintifik dengan 28 ramuan bermanfaat – Tinggi kalsium, protein, kolagen, prebiotik inulin, zat besi + zink, vitamin (A, B2, B6, B12, C, D, E) serta MFGM Active.
Sokonglah kecergasan menyeluruh hari ini! Sesuai untuk individu berusia 19 tahun ke atas dan disarankan untuk dewasa 45 tahun ke atas. Jangan ingat susu bernutrisi hanya perlu diambil ketika usia emas sahaja. Orang muda juga perlu mengambilnya lebih awal agar dapat menyokong perkembangan usia yang sihat. Buatlah perubahan dalam 4 minggu!
Pengambilan dua gelas susu Anlene Total 10 setiap hari boleh membantu melengkapkan nutrisi harian anda bersama pengambilan diet yang seimbang.
Kandungan susu tinggi kalsium dan protein ini membantu tubuh anda membina tulang kuat dan membaiki tisu tubuh termasuk otot badan.9
Terdapat juga vitamin A, yang penting untuk kesihatan mata dan kulit, vitamin B2 untuk membantu pembebasan tenaga dan vitamin E sebagai antioksidan.10
Inulin iaitu sejenis prebiotik yang membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik, manakala zat besi dan zink adalah nutrien yang penting untuk sistem pertahanan badan.11
Dengan pengambilan susu dalam diet seimbang dan amalan gaya hidup sihat anda tidak perlu risau tentang persoalan kenapa badan lemah letih lesu lagi! Namun, jika keletihan berterusan, sila rujuk kepada doktor kerana ia boleh berpunca daripada masalah kesihatan.
BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1
[embed-health-tool-bmi]