Bagaimana hendak tahu jika tanda kencing manis terlalu tinggi hingga sebabkan diabetes?

Bagi anda yang menghidap pradiabetes, ada beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk melihat sama ada anda telah mendapat diabetes atau tidak.
Berikut adalah ujian-ujian tersebut:
#1. Ujian glukosa plasma puasa
Bagi mereka yang mempunyai tanda kencing manis terlalu tinggi, anda perlu menjalani ujian glukosa plasma puasa.
Bagi ujian ini, anda dikehendaki untuk berpuasa sekurang-kurangnya 8 jam sebelum menjalani ujian.
Setelah tempoh 8 jam, doktor akan mengambil sampel darah untuk melihat tahap gula darah.
Jika bacaan menunjukkan 110 hingga 125 mg/dL, maka anda masih lagi mengalami pradiabetes.
Namun, jika bacaan kencing manis terlalu tinggi sehingga 126 mg/dL atau lebih, ini bermakna anda telah pun mengalami diabetes.
#2. Ujian toleransi glukosa oral
Selepas anda menjalani ujian glukosa plasma puasa, anda dikehendaki untuk meminum air yang bergula.
Dalam tempoh 2 jam selepas itu, doktor akan mengambil sampel darah bagi menjalankan ujian toleransi glukosa oral.
Sekiranya bacaan gula darah anda menunjukkan bacaan 140 hingga 199 mg/dL, maka anda masih lagi berada pada tahap pradiabetes.
Namun, jika bacaan glukosa darah tersebut menunjukkan 200 mg/dL keatas, maka anda sah menghidap penyakit diabetes.
#3. Ujian hemoglobin A1c
Tanda kencing manis terlalu tinggi juga boleh dikesan dengan ujian hemoglobin A1c.
Ujian ini akan menunjukkan bacaan purata gula darah dalam tempoh dua hingga tiga bulan yang lalu.
Biasanya, ujian ini dilakukan terhadap mereka yang mempunyai diabetes untuk melihat sama ada bacaan gula darah dikawal dengan baik atau tidak.
Namun, ia juga boleh dilakukan untuk menentukan sama ada seseorang itu mempunyai pradiabetes atau diabetes.
Sekiranya bacaan menunjukkan nilai 5.7 hingga 6.4%, maka ia adalah tahap pradiabetes.
Namun, jika bacaan mencatatkan 6.5% ke atas, ia bermakna anda telah menghidap diabetes.
Kesimpulan
Bacaan kencing manis terlalu tinggi boleh menunjukkan sama ada anda menghidap pradiabetes atau diabetes.
Bagi anda yang mempunyai tanda kencing manis terlalu tinggi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan ujian lanjut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen