backup og meta

Kenapa Perlu Kusut Setiap Kali Stres Datang? Mungkin Kalian Belum Tahu Teknik 4A Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/10/2021

    Kenapa Perlu Kusut Setiap Kali Stres Datang? Mungkin Kalian Belum Tahu Teknik 4A Ini!

    Stres, ia memang satu masalah yang biasa terjadi kepada individu namun sukar dikesan kerana ia bukan sesuatu yang boleh dilihat dari luaran.

    Apa yang membimbangkan adalah stres akan mengakibatkan mental penderita terganggu dan terjejas sekali gus membuat individu menjadi tidak menentu.

    Disebabkan itu, telah wujud banyak teknik kawal stres yang mungkin boleh membantu termasuklah Teknik 4A! Apakah ia?

    Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Apa maksud stres?

    Buat anda yang mungkin belum tahu, stres atau tekanan adalah satu keadaan yang berlaku apabila emosi seseorang itu tertekan akibat perkara tertentu.

    Ia mungkin boleh jadi positif jika boleh membantu anda untuk mengelak bahaya atau memberi motivasi untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan.

    Namun dalam kebanyakan kes, ia akan jadi negatif kerana akan membuat mental dan fizikal anda terjejas terutamanya jika tekanan yang dialami dalam tempoh masa yang terlalu lama.

    Terdapat 2 jenis stres iaitu; akut (bersifat jangka masa pendek dan akan pergi secara sendiri) dan kronik (bersifat jangka masa panjang dan sukar hilang secara sendiri).

    Walau apapun jenis kondisi ini, ia tetap merupakan satu gangguan yang boleh buat kehidupan kita semua terjejas angkaranya.

    muka stress

    Apa sebab stres?

    Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca stres yang wujud di dalam dunia ini.

    Ia sering kali disebabkan oleh punca yang negatif terutamanya jika membabitkan perasaan, persekitaran, pekerjaan, perhubungan, pemakanan, kewangan dan juga bahan kimia!

    Mungkin kami tidak mampu menyenaraikan kesemuanya kerana terdapat banyak sebab stres yang boleh berlaku kepada kita semua.

    Antara contoh yang boleh diberikan adalah apabila kita tidak mampu menyiapkan satu tugasan dalam tempoh masa yang diperuntukkan.

    Ia boleh jadi positif kerana kita akan mendorong diri untuk menyiapkannya juga, namun boleh jadi negatif ekoran rasa terpaksa yang wujud.

    Jadi adalah penting untuk kalian mengenal pasti punca tekanan ini berlaku sebelum mencari kaedah mengurangkan stres yang sesuai untuk anda.

    Teknik kawal stres dengan 4A

    Pun begitu, kalian usah terlalu khuatir tentangnya kerana wujud pelbagai teknik kawal stres yang boleh dicuba sendiri di rumah termasuklah 4A.

    Istilah 4A yang dimaksudkan di dalam artikel ini adalah; avoid (mengelak), alter (mengubah), accept (menerima) dan adapt (menyesuaikan).

    stres pasca trauma

    #1. Avoid

    Percaya atau tidak, kalian sebenarnya boleh hanya mengelak daripada tekanan dengan cara:

    • Mengelak individu yang mengganggu anda – Jika ada individu yang selalu buat anda stres, jauhi mereka yang negatif dan dekati mereka yang positif
    • Mengawal persekitaran di sekeliling anda – Jika tidak mahu stres akibat persekitaran seperti kesesakan jalan raya, rancang perjalanan lebih awal
    • Belajar untuk mengatakan tidak – Jangan hanya patuh dan turut permintaan orang lain sehingga buat kalian tertekan, sila tolak jika perlu
    • Singkir perkara yang tidak perlu – Kadangkala, mengabaikan perkara yang tidak perlu dikusutkan dalam hidup ini pasti membuat hidup lebih tenang

    #2. Alter

    Jika sudah tidak mampu elak, cuba ubah sesuatu itu agar tiada tekanan yang menimpa dengan cara:
    • Minta orang lain mengubah dan menjaga kelakuan – Jika tidak suka dengan perangai seseorang, minta mereka berubah dan lakukan perkara yang sama juga
    • Berkomunikasi tentang perasaaan anda – Jangan hanya berdiam dan memendam perasaan jika tidak suka akan sesuatu sebaliknya luahkan secara baik
    • Belajar cara menghargai masa – Lakukan segala pekerjaan dengan teratur serta mengikut masa agar kalian tidak terkejar dan tertekan pula nanti
    • Menetapkan had terlebih dahulu – Jika tidak mahu berada dalam satu situasi yang tegang terlalu lama, beritahu rakan bahawa kalian perlu ‘beransur’

    ujian stress

    #3. Accept

    • Bercakap dengan seseorang – Tidak semestinya kalian perlu tunjuk kuat sahaja. Meluahkan masalah kepada seseorang adalah jalan yang terbaik
    • Memaafkan orang lain – Sebenarnya tiada guna memarahi seseorang itu terlalu lama kerana memaafkan boleh buat situasi bertambah baik
    • Berfikiran positif – Jangan pernah menyangka bahawa masalah tidak dapat diselesaikan kerana berfikiran positif sudah pasti dapat membantu
    • Belajar daripada kesilapan – Gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya, jadi sila jadikan segala kesilapan sebagai pengajaran masa depan

    #4. Adapt

    • Cipta satu slogan – Jadikan slogan “aku boleh’ sebagai panduan hidup terutamanya jika sedang tertekan dengan sebarang masalah
    • Lihat dari sudut lain– Masalah datang dengan hikmah bahawa kalian sedang diuji kerana mampu dan cuba jadikan ia sebagai satu cabaran
    • Jangan terlalu melayan perasaan – Jika sedang alami tekanan, jangan layankan stres dengan hanya berbaring tanpa berbuat tindakan. Sebaliknya cuba lawan dan cari jalan keluar
    • Menyedari ia bukan masalah besar – Kadangkala masalah itu hanya kecil sahaja namun dibesarkan ekoran pemikiran yang kurang matang dan itu adalah kesilapan yang utama

    Jadi, itulah teknik kawal stres 4A yang boleh dicuba setiap kali ia menyerang anda! Sila jaga kesihatan mental dan fizikal kalian dengan baik ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan