Ulangi pergerakan ini dengan menggunakan sebelah lagi lutut.
3. Putaran tulang belakang
Cara-cara:
Berbaring pada posisi terlentang, angkat salah satu lutut anda, dan perlahan-lahan gerakkannya ke sisi bertentangan badan.
Pastikan kedua bahu anda kekal bersentuhan dengan katil sepanjang masa.
Sekiranya anda berasa selesa melakukan posisi ini, keluarkan satu tangan ke sisi badan anda, sejajar dengan bahu, dan perlahan-lahan pusingkan kepala anda untuk menghadap lengan anda tadi.
Anda harus merasakan regangan pada bahagian atas dan bawah belakang badan. Tarik nafas dalam-dalam dan ulangi gerakan yang sama di sisi bertentangan.
4. Regangan bahu

Cara-cara:
Regangan ini akan dapat merehatkan bilah bahu di belakang anda dan ke bawah.
Keluarkan sebelah lengan dan gerakkan ke sisi yang bertentangan di badan anda.
Kemudian gunakan lengan anda yang lain untuk memberikan tekanan kepada lengan tadi dengan menolak secara lembut bagi menguatkan regangan.
Selepas itu, cuba kekalkan posisi tersebut selama 15 hingga 20 saat dan ulangi pada sisi yang lain.
5. Regangan hamstring
Cara-cara:
Untuk regangan ini, anda harus bermula dengan berdiri tegak dan bengkokkan secara perlahan-lahan sebelah lutut seolah-olah anda akan berada dalam posisi duduk.
Letakkan kaki yang bertentangan ke depan, tumit ke lantai lalu tegakkan jari kaki ke arah siling.
Bengkokkan badan ke hadapan dari pinggul anda untuk merasakan keregangan di bahagian belakang kaki anda yang terbentang.
Kekalkan posisi ini selama 10 hingga 15 saat dan kemudian ulangi dengan kaki anda yang lain pula.
Rumusan
Kesimpulannya, setiap individu perlu memberikan perhatian secukupnya terhadap tubuh badan setiap hari ketika bangun tidur.
Bagi mengelakkan rasa lesu, lakukan senaman regangan ini mengikut kemampuan diri sendiri.
Jangan kecewa jika pada awalnya anda tidak berjaya. Dengan melakukannya secara kerap, badan anda akan mula mudah dilentur.
Namun pastikan anda melakukan regangan-regangan ini mengikut kemampuan kerana jika terlalu memaksa diri ia mungkin akan memberi kemudaratan pada diri sendiri.
Sekiranya anda tercedera, pastikan untuk segera bertemu dengan doktor atau ahli fisioterapi agar mereka dapat mencadangkan senaman regangan yang bersesuaian dengan anda.