Selalu Tak Cukup Tidur? Ini Sebab Mengapa Tidur Malam Penting Untuk Kesihatan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 29/12/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Tidur malam yang berkualiti akan menentukan sama ada kita berasa lebih bertenaga atau sebaliknya pada esok hari.

Apabila kita mendapat rehat yang mencukupi, secara tidak langsung kita akan lebih produktif.

Tetapi, jika kita mengalami kesukaran untuk tidur sepanjang malam, pasti keesokan harinya, badan akan rasa ‘lemau’, letih, malah bad mood!

Justeru, apakah sebenarnya sebab di sebalik kepentingan tidur buat manusia?

Tidak dinafikan, tidur memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan seseorang individu.

Namun, data menunjukkan anggaran sebanyak 30% ke 45% daripada golongan dewasa menderita masalah insomnia!

Artikel ini juga akan menekankan beberapa tabiat seperti penggunaan telefon bimbit dan alat peranti lain turut menyumbang kepada punca segelintir individu kurang tidur.

Pertamanya, mengapa kita perlu tidur? Adakah ia hanyalah sekadar waktu untuk badan kita berehat atau ada sebab lain?

Sekiranya kita faham akan kepentingan tidur yang mencukupi dapat memberi kesan positif kepada kesihatan, pasti ini boleh menjadi langkah pertama untuk meningkatkan kehidupan yang sejahtera secara keseluruhan.

Kepentingan tidur, ini yang perlu anda tahu!

#1 Tidur mampu meningkatkan memori dan kebolehan untuk belajar!

kesan tidur terhadap pembelajaran

Salah satu sebab mengapa tidur amat penting untuk kesihatan adalah kerana ia berpotensi meningkatkan pembelajaran dan memori.

Kajian menunjukkan tidur memainkan peranan yang cukup penting dalam aspek memori, sekali gus mempengaruhi kebolehan seseorang untuk belajar.

Ini benar-benar membuktikan mitos yang mengatakan bahawa tiada apa berlaku kepada tubuh saat anda tidur ternyata salah!

Malah sebaliknya, otak kita menjalani pelbagai aktiviti semasa tidur.

Tidur dapat dikategorikan kepada 2 jenis, antaranya:

  1. Tidur yang senyap atau tidur bukan REM.
  2. Tidur bermimpi atau tidur REM.

Tidur yang senyap, atau tidur bukan REM merujuk kepada ketika otak seseorang melalui proses pengaturan memori baharu yang diperoleh untuk penyimpanan jangka panjang.

Oleh sebab otak menjalani tahap tidur yang berbeza sepanjang malam, jadi tidak mendapat tidur yang mencukupi bermaksud kekurangan masa untuk berlakunya proses berkenaan.

Satu kajian telah membuktikan, pelajar yang tidur di antara kuliah menunjukkan keputusan ujian yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya.

Jika anda tergolong dalam kalangan pelajar yang mempunyai tabiat berjaga sepanjang malam sebelum peperiksaan besar, ketahuilah prestasi anda mungkin akan jadi lebih bagus sekiranya menggunakan waktu malam tersebut untuk tidur.

#2 Tidur dapat mengawal selera makan

Antara salah satu sebab pentingnya tidur, ia mampu mengatur selera makan dan mempengaruhi metabolisme anda.

Terdapat 2 jenis hormon yang mempengaruhi kelaparan iaitu:

  1. Ghrelin adalah hormon yang dihasilkan di dalam perut, usus kecil, pankreas dan otak. Ia juga sering dirujuk sebagai ‘hormon lapar,’ disebabkan oleh fungsi utamanya adalah untuk merangsang selera makan anda.
  2. Leptin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel-sel lemak. Hormon ini pula dirujuk sebagai ‘hormon kenyang’ kerana fungsinya yang mengekang rasa lapar. Selain itu, leptin juga berfungsi mengekalkan berat badan.

Justeru, apabila anda tidak tidur dengan cukup, jumlah hormon ghrelin akan meningkat lantas merangsang selera makan.

Ini menjelaskan mengapa kekurangan tidur berisiko menjadikan anda gemuk atau mempunyai berat badan berlebihan.

Data juga menyatakan mereka yang mengalami masalah tidur seperti apnea tidur lebih cenderung menjadi obes dek kekurangan aktiviti yang disebabkan oleh tidak cukup tenaga untuk bersenam atau melakukan aktiviti fizikal.

Oleh itu, jika anda cuba untuk mengekalkan atau mengurangkan berat, pastikan untuk memasukkan tabiat tidur yang sihat ke dalam rancangan diet anda.

#3 Tidur meningkatkan kualiti kesihatan kulit

kulit sihat

Tahukah anda, tidur juga mempunyai peranan penting bagi kesihatan kulit?

Jika anda berasa kurang sihat setelah tidak mendapat rehat yang mencukupi, ada kemungkinan kulit anda juga begitu!

Ini kerana kekurangan tidur akan menggalakkan badan untuk menghasilkan hormon kortisol, yang juga dikenali sebagai ‘hormon stres.’

Mempunyai tahap hormon kortisol yang tinggi pula mampu memberikan kesan negatif terhadap penampilan kulit.

Tambahan itu, sekiranya anda kekal dengan tabiat tidur ini, tidak mustahil anda akan mendapat masalah kulit seperti jerawat malah ekzema!

Antara manfaat kepentingan tidur yang cukup ialah, ia dapat menyingkirkan cecair lebihan di dalam badan.

Ini juga bermaksud pengumpulan cecair di kawasan muka yang boleh menyebabkan kantung mata (eyebag) turut dapat dielakkan jika mendapat rehat secukupnya.

Bukan hanya perlu mendapatkan tidur malam yang cukup, melakukan rutin penjagaan wajah sebelum tidur juga dapat memaksimumkan lagi kesihatan kulit, seperti:

  1. Cuci muka.
  2. Oleskan pelembap kulit pilihan.
  3. Jangan terus tidur setelah pemakaian produk, berikan masa untuk ia meresap ke dalam kulit.

Kekurangan tidur, apa kesannya?

kurang tidurTidak mendapat tempoh waktu tidur yang cukup dalam jangka masa yang lama, atau kehilangan hanya beberapa jam pada tidur malam sebelumnya boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan anda.

  1. Penyakit mental: Gangguan kegelisahan dan kemurungan berisiko untuk berlaku jika anda selalu tidak cukup tidur dalam jangka masa yang lama.
  2. Kemalangan yang mengancam nyawa: Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku dek pemandu yang terlelap ketika memandu. Justeru, tidak mendapat rehat yang secukupnya boleh mengganggu fokus, menyebabkan kemalangan lebih cenderung berlaku.
  3. Penyakit kardiovaskular: Gangguan terhadap pola tidur berpotensi menyebabkan tubuh gagal untuk berfungsi secara normal. Ia turut berisiko mempengaruhi kondisi jantung dan sistem peredaran darah.

Dapatkan tidur berkualiti & mencukupi, bagaimana caranya?

Untuk memperoleh manfaat tidur secara maksimum, kalian harus mengamalkan tabiat tidur yang sihat terlebih dahulu.

Bagi sesetengah orang, melelapkan mata adalah perkara yang mudah sekali untuk dilakukan.

Tetapi, sekiranya anda tidak tergolong dalam kalangan itu dan mengalami kesukaran untuk tidur, terdapat beberapa tip yang boleh dicuba untuk membantu anda lelap dengan lebih cepat atau tidur lebih lama:

  1. Wujudkan rutin yang dapat membantu anda kekal tenang 30 minit sebelum waktu tidur. Aktiviti seperti membaca, mengait atau bermeditasi adalah antara beberapa contoh aktiviti menenangkan yang boleh dicuba.
  2. Elakkan penggunaan alat peranti sebelum tidur atau semasa anda sudah berada di atas katil. Ini kerana cahaya daripada skrin telefon bimbit, TV dan lain-lain akan merangsang otak lantas menyukarkan anda tidur.
  3. Cuba tidur dan bangun pada waktu yang tetap. Ia akan bantu mengatur jam badan dan memudahkan anda untuk melelapkan mata.

Dengan memastikan diri mendapat tidur yang mencukupi adalah antara perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh.

Namun, jika anda sedang menderita gangguan tidur dan ingin mengetahui pilihan rawatan yang lain, lakukan konsultasi bersama pakar agar nasihat bersesuaian dapat diberikan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Boleh Cuba Rawatan Untuk Penyakit Kulit Sopak, Caranya Jaga Makan & Ambil Vitamin

Vitiligo, keadaan autoimun di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen kulit diserang dan dihancurkan. Mari kenali diet dan jenis rawatan bagi penyakit ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 07/01/2021 . 3 minit bacaan

Ini Punca Tumit Merekah, Tapi Jangan Risau, Ada 5 Cara Mudah Merawatnya!

Sebenarnya, terdapat banyak punca tumit merekah. Jika anda juga ada masalah ini, jom ikuti artikel untuk tahu cara menyelesaikannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 06/01/2021 . 3 minit bacaan

Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

Jangan tak tahu, ada diet untuk kulit cantik khas jika anda berhasrat menjaga kecantikan kulit. Jom klik artikel ini untuk tahu 5 jenis diet tersebut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Ini Sebab Mengapa Lelaki Kena Kahwin, Bukan Untuk Nafsu Saja, Tapi Ada Kaitan Dengan Kesihatan

Perkahwinan bukan sahaja digalakkan bagi menghalalkan hubungan di antara dua individu bukan mahram, tapi ia juga baik untuk kesihatan anda..

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

apa punca tidur berdengkur

Tidur Berdengkur Tanda Tidur Lena? SALAH! Ada Kajian Kata Ia Berkait Dengan Genetik!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 12/01/2021 . 3 minit bacaan
sabun untuk ekzema

Susah Nak Cari Sabun Sesuai Untuk Kulit Ekzema? Jangan Risau, Ini Beberapa Tip Perlu Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/01/2021 . 3 minit bacaan
melelapkan mata

Masih Tak Tidur Lagi? Cuba 5 Teknik Bernafas Ini, Bantu Anda Mudah Tidur & Lebih Lena

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit strok

Kenali Penyakit Strok Dengan Lebih Mendalam- Ini Jenis, Penyebab & Rawatan Angin Ahmar

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/01/2021 . 5 minit bacaan