3. Bangun tidur awal hari-hari
Termasuklah pada waktu cuti. Sebenarnya, bukan waktu tidur malam sahaja penting, masa bangun tidur juga sama!
Elakkan tidur lewat pada malam minggu. Jadi, tahan diri daripada berjaga semalaman. Jika tidak, habislah semua usaha anda akan jadi sia-sia.
Sekiranya anda ingin mendapatkan tidur yang mencukupi, kuncinya ialah konsistensi. Jadi, mahu tak mahu, anda terpaksa bangun dan tidur awal setiap hari walaupun pada waktu cuti.
Tips untuk tidur awal 4: Berhenti tidur siang

Power nap selama 10-20 minit tidak menjadi masalah. Namun, jika anda tidur siang selama 2-3 jam setiap hari, pasti anda tidak boleh tidur lena pada waktu malam.
Kalau boleh, elakkan tidur siang terlalu lama. Jika anda rasa penat, tidur sebentar atau tahan sehingga waktu malam.
Baca juga:
5. Jaga makan sebelum tidur
Satu lagi tips untuk tidur awal ialah kurangkan makan sebelum tidur. Minuman yang mengandungi kafein seperti teh dan kopi boleh membuatkan tidur anda terganggu. Pengambilan alkohol yang berlebihan pula boleh menyebabkan insomnia.
Sekiranya anda sukar tidur, cuba minum teh kamomil atau makan kekacang seperti kacang walnut atau almond. Makanan dan minuman ini mungkin dapat membuatkan anda rasa mengantuk dan lebih mudah tidur malam.
6. Pantau masa tidur anda
Kini, ada banyak aplikasi atas talian yang boleh digunakan untuk memantau jumlah tidur anda setiap hari.
Aplikasi ini bukan sahaja boleh mengingatkan anda waktu tidur, ia juga boleh memberi amaran sekiranya anda terdedah dengan ‘blue light’ terlalu lama.
Selain itu, aplikasi ini juga selalunya datang dengan banyak lagi fungsi lain. Jika anda merupakan seorang yang sukakan teknologi, apa kata anda cuba download sleep tracker sekarang.
Tips untuk tidur awal 7: Jangan lupa lakukan senaman

Senaman sangat penting untuk meningkatkan kualiti tidur. Ketika bersenam, badan akan membakar banyak tenaga.
Oleh sebab itu, kita perlukan tidur yang mencukupi untuk memastikan badan dapat pulih seperti sediakala.
Tetapi, jangan pula bersenam sebelum tidur! Aktiviti ini boleh melambatkan penghasilan melatonin. Akibatnya, anda lebih sukar tidur malam dan akan berjaga lebih lama daripada biasa.
Sekiranya anda ingin tidur awal, cuba bersenam pada waktu petang supaya ia tidak mengganggu waktu tidur.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen