backup og meta

Gaya Hidup yang Sihat dan Wajar Dicontohi Oleh Setiap Individu

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/04/2019

    Gaya Hidup yang Sihat dan Wajar Dicontohi Oleh Setiap Individu

    Mengamalkan gaya hidup yang sihat bukanlah sesuatu yang susah. Setiap orang berhak mendapatkan kesihatan dan kehidupan yang baik. Ingin tahu bagaimana mengamalkan gaya hidup yang sihat? Ikuti langkah mudah di bawah.

    Gaya Hidup yang Sihat dan Wajar Dicontohi Oleh Setiap Individu

    1. Lakukan pemeriksaan kesihatan

    Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah untuk mengenal pasti tahap kesihatan anda. Mudah sahaja. Anda hanya perlu ke klinik atau hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan am. Langkah ini adalah sangat penting dalam mengetahui tahap kesihatan anda.

    Antara perkara yang akan diperiksa adalah:

    • Berat, tinggi dan ukur lilit pinggang.
    • Komponen darah.
    • Kolesterol.
    • Gula dalam darah.
    • Tekanan darah.
    • Sendi.

    Sesudah itu, dapatkan temu janji doktor jika terdapat sebarang masalah kesihatan yang memerlukan rawatan lanjut.

    2. Tinggalkan tabiat kurang sihat – merokok dan alkohol

    Merokok dan alkohol tidak akan memberikan sebarang manfaat kepada anda. Ia hanya akan merobek poket anda dan menjejaskan tahap kesihatan. Jangan bimbang kerana terdapat ramai orang di luar sana yang bersedia membantu anda mendapatkan gaya hidup yang sihat. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan ahli profesional di klinik atau hospital.

    3. Banyakkan bergerak

    Aktiviti fizikal membuatkan badan anda bekerja dan membakar kalori serta lemak yang ada. Kehidupan tidak aktif atau sedentari telah menjadi antara punca utama kepada peningkatan kadar obesiti di samping pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol. Selain membakar lemak, aktiviti fizikal juga memperbaiki mood anda.

    4. Jaga pemakanan anda

    Jangan ambil mudah terhadap apa yang anda makan kerana ia mungkin akan menjadi penentu kepada keadaan kesihatan anda dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang. Ambil masa untuk merancang diet harian anda. Ia tidak akan mengambil masa yang lama atau kos yang tinggi. Kurangkan lemak dan minyak, lebihkan sayur dan buah. Ini antara langkah awal untuk anda mengamalkan gaya hidup yang sihat.

    5. Kawal stres dalam hidup

    Dunia hari ini memang membuatkan orang tertekan. Beban ekonomi dan sosial yang ada memaksa masyarakat menjalani kehidupan dalam keadaan tertekan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk membiarkan diri anda dalam keadaan tertekan atau mengawalnya. Banyak keadaan kesihatan boleh berlaku disebabkan stres.

    6. Dapatkan tidur yang cukup

    Jadikan ia sebagai prioriti. Jangan tunggu mengantuk baru ingin masuk ke dalam bilik. Letakkan masa yang tetap setiap hari agar jadual tidur anda menjadi teratur. Percayalah, jika anda cukup tidur, hidup anda akan lebih sihat dan ceria.

    7. Perbaiki hubungan

    Hidup tidak akan bermakna tanpa interaksi sosial sesama manusia. Hubungan baik anda dengan orang lain sama ada pasangan, anak-anak, ibu bapa atau rakan adalah faktor yang penting dalam memberikan kehidupan yang berkualiti.

    8. Cabar minda anda

    Lakukan aktiviti di luar zon selesa anda. Cuba baca buku dengan tema lain, lakukan aktiviti fizikal mencabar seperti mendaki gunung atau melancong ke negara-negara yang jarang dilawati oleh orang lain. Semua ini akan menambah potensi dalam diri anda serta menghilangkan kebosanan daripada rutin yang dijalani setiap hari.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/04/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan