Pernahkah anda terfikir dan tertanya kenapa manusia perlu tidur? Sekiranya ia tidak cukup pula, apa kesannya terhadap tubuh badan kita semua? Jom teruskan membaca perkongsian kepentingan tidur yang cukup!
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Pernahkah anda terfikir dan tertanya kenapa manusia perlu tidur? Sekiranya ia tidak cukup pula, apa kesannya terhadap tubuh badan kita semua? Jom teruskan membaca perkongsian kepentingan tidur yang cukup!
Untuk pengetahuan anda, tidur itu adalah suatu proses istirahat semula jadi bagi semua jenis kehidupan di bumi dan ia sangat penting untuk kesihatan tubuh badan.
Ketika sedang tidur, tubuh badan kita semua akan dapat rehat yang sangat diperlukan setelah bekerja sekian waktu – sama konsepnya seperti sebuah mesin di kilang.
Tempoh manusia perlu tidur pula adalah berbeza bergantung kepada usia, jantina dan keadaan kesihatan tubuh badan individu itu sendiri, jadi tiada angka yang tetap.
Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), tempoh manusia perlu tidur berdasarkan:
Bayi: Memerlukan tidur 14 – 17 jam sehari
Budak: Memerlukan tidur 12 – 16 jam sehari
Kepentingan tidur yang cukup bagi kanak-kanak: Memerlukan tidur 11 – 14 jam sehari
Kanak-kanak prasekolah: Memerlukan tidur 10 – 13 jam sehari
Kanak-kanak bersekolah: Memerlukan tidur 9 – 12 jam sehari
Remaja: Memerlukan tidur 8 – 10 jam sehari
Dewasa: Memerlukan tidur 7 – 9 jam sehari
Sekiranya manusia tidak dapat tidur yang cukup pula, mungkin ada bahaya yang bakal tiba!
Ada kajian yang kata bahawa golongan wanita adalah cenderung untuk tidur lebih lama berbanding golongan lelaki, meskipun sebabnya masih belum dapat dipastikan.
Sehingga kini, masih lagi tiada angka yang dapat ditetapkan untuk menyatakan berapa lama manusia mungkin boleh bertahan jika tidak tidur sekian lamanya.
Pun begitu, waktu yang paling lama pernah direkodkan adalah selama 264 jam atau sekitar 11 hari meskipun ia tidaklah harus menjadi panduan buat kita semua.
Ini kerana wujud bahaya yang bakal tiba pada diri jika tidak tidur, berikut adalah ulasannya:
Tidak tidur untuk tempoh 1 hari bukanlah satu perkara yang biasa meskipun ia disebabkan oleh faktor seperti bekerja, belajar atau menjaga anak yang sedang sakit.
Menurut kajian, mereka yang terlepas untuk tidur selama 24 jam boleh dibandingkan dengan mereka yang mabuk dengan konsentrasi alkohol dalam darah 0.10%.
Selain itu, wujud juga beberapa kesan sampingan lain jika tidak tidur 1 hari termasuklah:
Ia hanya akan menyebabkan tubuh badan lebih penat dan tegang lantas menjejaskan kesihatan. Inilah kepentingan tidur yang cukup buat manusia.
Sekiranya anda tidak tidur selama lebih 36 jam, kitaran tidur-jaga akan terganggu lantas beberapa jenis hormon seperti kortisol dan insulin juga akan terjejas.
Kesannya, ia mungkin akan membuat tubuh badan anda mengalami simptom-simptom ini:
Selepas hampir 2 hari tidak tidur, kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk berjaga dan mungkin mengalami tidur mikro yang berlaku dengan sekejap.
Ketika ini, otak anda akan berada dalam situasi sedang tidur namun tubuh badan anda masih jaga lantas menyebabkan kekeliruan dan kebimbangan yang teruk.
Dalam pada itu, sistem imun tubuh badan anda juga akan mengalami keralatan dan kerosakan lantas meningkatkan risiko pelbagai jenis jangkitan atau penyakit.
Jika dibiarkan, sel-sel natural killer (NK) yang sangat penting untuk sistem imun akan jadi lemah sekali gus mendatangkan bahaya pada tubuh badan manusia.
Kebanyakan manusia yang tidak tidur hampir 72 jam akan mengalami situasi di mana keinginan untuk tidur menjadi amat tinggi dengan rasa teramat mengantuk.
Pelbagai fungsi otak sudah berada pada tahap sangat rendah seperti memori, konsentrasi dan lain-lain lantas menyebabkan manusia menjadi seakan tidak normal.
Bukan itu sahaja, emosi anda juga akan terganggu sekali gus menyebabkan ketidakstabilan mood, stres, kemurungan, kegelisahan atau paranoia yang teruk.
Paling menakutkan, anda juga mungkin akan mengalami halusinasi di mana wujudnya ilusi yang tidak benar seperti penampakan hal-hal yang bersifat ghaib.
Anda sudah tahu akan kepentingan tidur yang cukup, kan? Jadi, adakah anda ingin terus membiarkan diri tidak mendapat cukup rehat?
Mungkin ada individu yang sudah terbiasa tidak tidur lantas menjadi tabiat yang sangat tidak sihat akibat pelbagai faktor termasuklah kondisi seperti insomnia.
Angka 264 jam atau 11 hari yang telah dinyatakan di atas tadi hanya merupakan satu rekod paling tinggi di mana manusia mampu bertahan dengan tidak tidur.
Pun begitu, ia tidak harus dijadikan sebagai panduan kerana tubuh badan anda mungkin tidak mampu untuk bertahan selama itu sebelum datang bahaya atau maut.
Oleh itu, sila segera berjumpa doktor jika anda gagal untuk tidur meskipun baru sahaja 1 hari ya?
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen