backup og meta

Pesakit Autoimun Sering Alami Sakit Sendi & Letih? Ikuti 5 Cara Ini Untuk Atasi Keletihan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/05/2021

    Pesakit Autoimun Sering Alami Sakit Sendi & Letih? Ikuti 5 Cara Ini Untuk Atasi Keletihan

    Pernahkah anda mengalami keletihan melampau walaupun telah tidur atau berehat? Punca badan letih ini mungkin sebenarnya disebabkan oleh penyakit autoimun. Ini kami senaraikan cara untuk atasinya.

    Pengenalan penyakit autoimun

    Penyakit autoimun adalah satu keadaan di mana sistem tubuh badan telah tersilap menyerang sel sihat kerana menganggapnya sebagai penceroboh.

    Biasanya, apabila bakteria atau virus menjangkiti tubuh, sistem imun akan menghantar sel untuk menyerangnya.

    Bagi gangguan autoimun ini, sistem imun anda telah tersilap dengan menganggap sesetengah daripada tubuh badan sebagai bahan asing.

    Antaranya adalah di kawasan sendi tubuh. Sistem imun akan menghasilkan sejenis protein yang disebut sebagai autoantibodi bagi menyerang kawasan tersebut. 

    Apakah jenis-jenis penyakit autoimun?

    Sebenarnya, terdapat lebih daripada 80 jenis penyakit autoimun di dunia ini. Namun, berikut adalah antara penyakit autoimun yang paling biasa berlaku:

  • Penyakit diabetes jenis 1
  • Artritis reumatoid (sakit sendi)
  • Psoriasis
  • Penyakit radang usus (IBD)
  • Badan letih termasuk daripada simptom-simptom penyakit autoimun

    badan letih

    Terdapat beberapa tanda atau simptom yang boleh menunjukkan bahawa seseorang itu mengalami gangguan autoimun. Antara tanda-tanda tersebut adalah seperti berikut:

    • Badan letih walaupun telah berehat
    • Rasa sakit pada bahagian otot
    • Tubuh membengkak atau kemerah-merahan
    • Demam
    • Mempunyai kesukaran untuk memberikan tumpuan
    • Rasa kebas dan kesemutan pada tangan dan kaki
    • Keguguran rambut
    • Ruam pada kulit
    • Rasa sakit pada sendi
    • Kelenjar yang membengkak
    • Mempunyai masalah berkaitan pencernaan

    Tidak semua individu yang mempunyai penyakit autoimun akan mengalami simptom yang sama.

    Setiap penyakit yang mereka alami akan menunjukkan simptom yang berbeza berbanding simptom disebabkan penyakit-penyakit lain.

    Simptom-simptom ini juga mungkin boleh berlaku sekali-sekala sahaja. 

    Apakah kaitan antara badan letih dengan penyakit autoimun?

    Badan letih akibat penyakit autoimun boleh dilihat dengan keadaan keletihan yang tidak pulih walaupun telah berehat.

    Antara tanda badan anda keletihan disebabkan oleh penyakit autoimun adalah seperti sakit kepala, tidak dapat memberikan tumpuan serta kesakitan pada otot.

    Antara punca badan letih ini adalah disebabkan oleh keradangan kronik, kesan penggunaan ubat-ubatan, anemia atau kekurangan zat besi, mengalami tekanan, malnutrisi serta kemurungan. 

    Jangan bimbang, ikut panduan ini bagi melawan badan letih

    penyakit autoimun

    Bagi mereka yang mengalami badan letih disebabkan oleh penyakit autoimun, ikuti panduan yang kami sediakan ini.

    #1. Mula bersenam

    Senaman boleh membantu meningkatkan fleksibiliti, aliran darah serta kekuatan tubuh. Ia boleh meningkatkan tenaga serta mengurangkan kesakitan.

    Selain itu, senaman juga boleh menggalakkan penghasilan endorfin, iaitu sejenis bahan kimia pada otak yang mengurangkan rasa sakit selain membuatkan tubuh anda lebih positif.

    #2. Makan secara sihat

    Jangan lupa untuk makan makanan yang sihat setiap hari. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.

    Pastikan juga anda mengambil sumber protein dan lemak sihat untuk keperluan tubuh anda. Jangan lupa untuk bersarapan pagi bagi memastikan tubuh anda kekal bertenaga.

    #3. Banyakkan minum air

    Salah satu punca badan letih dengan cepat adalah disebabkan kekurangan air dalam tubuh.

    Oleh itu, banyakkan minum air setiap hari terutamanya jika anda terlibat dengan aktiviti fizikal atau berada di bawah cuaca yang panas atau kering. 

    #4. Lapangkan minda anda

    Jika anda mengalami kemurungan sehingga menyebabkan tidur malam anda terganggu, anda mungkin memerlukan bantuan profesional untuk mengatasinya.

    Anda boleh menyertai sebarang terapi yang dicadangkan untuk manfaat anda agar minda berasa lebih tenang.

    Ingat, kemurungan juga boleh menyebabkan anda menjadi letih dan lesu kerana kehabisan tenaga.

    #5. Amalkan tabiat tidur yang baik

    Jangan sesekali tidur lewat malam agar kitaran waktu tidur anda tidak terganggu.

    Selain itu, pastikan anda menjauhi segala perkara yang boleh mengganggu waktu tidur anda.

    Ini termasuklah makan sebelum tidur, mengambil kafein, atau mengambil minuman beralkohol. Elakkan daripada bermain gajet seperti telefon pintar dan tablet sebelum anda tidur. 

    Kesimpulan

    Anda mungkin tidak begitu perasan jika ada mengalami keletihan disebabkan oleh penyakit autoimun.

    Namun jika anda ada menghidap sebarang penyakit seperti artritis, anda mungkin telah mengetahui mengapa badan letih sepanjang masa walaupun telah berehat secukupnya.

    Oleh itu, amalkan panduan yang kami nyatakan ini untuk mengatasi masalah keletihan tersebut. Semoga berjaya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/05/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan