backup og meta

14 Makanan Ini Penting Untuk Organ Hati, Tapi Ada 3 Jenis Perlu Elak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/12/2023

    14 Makanan Ini Penting Untuk Organ Hati, Tapi Ada 3 Jenis Perlu Elak!

    Hati merupakan antara organ utama badan. Ia melakukan pelbagai peranan penting; mulai dengan menghasilkan protein, kolesterol dan menyimpan vitamin, mineral dan juga karbohidrat. Ikuti artikel ini untuk mengetahui beberapa jenis makanan untuk hati.  

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    11 makanan untuk hati

    1. Makan oat untuk kesihatan hati

    Oat merupakan makanan yang kaya dengan serat yang dapat membantu hati menjalankan peranannya dengan lebih baik.

    Selain itu, serat turut membantu proses pencernaan. Kajian turut menyatakan oat dapat membantu mengurangkan berat, dan cara terbaik untuk menjauhi risiko penyakit berkaitan hati.

    2. Kopi minuman terbaik untuk hati

    Kopi merupakan antara salah satu minuman terbaik yang boleh untuk membantu mempertingkatkan kesihatan hati.

    Terdapat kajian mengatakan pengambilan kopi harian dapat melindungi hati dari penyakit, seperti kanser hati walaupun kepada individu yang mempunyai masalah dengan organ ini.

    Kopi juga dapat mengurangkan keradangan dan meningkatkan paras glutathione antioksidan. Antioksidan ini akan meneutralkan radikal bebas berbahaya yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan yang boleh menyebabkan kerosakan pada sel.

    3. Makanan untuk hati: teh hijau

    makanan untuk hati

    Minuman ini dikatakan dalam membantu mengurangkan kandungan lemak keseluruhan, melawan tekanan oksidatif, dan mengurangkan tanda-tanda lain penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD).

    Teh hijau kaya dengan antioksidan yang dipanggil katekin, dan ia berkemungkinan dapat melindungi badan daripada beberapa jenis kanser termasuk kanser hati.

    4. Makan lebih banyak brokoli

    Tambahkan pelbagai jenis sayuran dalam diet pemakanan anda jika anda ingin mengekalkan hati yang sihat, dan brokoli boleh menjadi sebahagian daripada diet anda.

    Terdapat kajian mengatakan sayuran rangup ini dapat menghindari anda dari penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD).

    5. Kekacang baik untuk organ hati

    Kacang terutamanya almond, adalah sumber vitamin E yang baik, dan dapat membantu melawan NAFLD, malah, almond sangat bagus untuk kesihatan hati anda.

    6. Makan sayuran berdaun hijau

    Seperti bayam, sayuran berdaun hijau mempunyai antioksidan yang hebat dipanggil glutathione, yang membantu hati untuk bekerja dengan betul.

    7. Makanan untuk hati: Beri biru

    Mempunyai kandungan nutrien yang dipanggil polifenol (polyphenols) yang melindungi dari penyakit NAFLD, yang kerap berlaku kerana obesiti dan kolesterol tinggi.

    Jika anda tidak meminati buahan ini, anda boleh mencuba coklat gelap, zaitun atau plum yang turut mengandungi polifenol.

    8. Herba dan rempah untuk organ hati

    Mahu melindungi hati dan jantung dalam masa yang sama? Taburkan sedikit oregano, sage atau rosemary – sumber yang kaya dengan polifenol.

    Lebih menarik, menggunakan herba sebegini dapat mengurangkan penggunaan garam dalam kebanyakan resipi. Serbuk kayu manis, kari dan jintan juga baik untuk dicuba.

    makanan untuk hati9. Makanan untuk hati: Anggur

    Terutama yang berwarna merah dan ungu, mengandungi sebatian tumbuhan yang bermanfaat – paling terkenal resveratrol, bermanfaat untuk kesihatan.

    Ia dapat merendahkan keradangan, cegah kerosakan dan meningkatkan tahap antioksidan.

    10. Ikan berlemak suplemen terbaik untuk hati

    Mengandungi asid lemak omega-3, lemak sihat yang dapat mengurangkan keradangan dan merendahkan risiko penyakit jantung.

    Lemak yang terdapat dalam ikan juga boleh dianggap sebagai suplemen untuk hati, membantu mencegah penghasilan lemak, mengekalkan enzim pada tahap normal, melawan keradangan dan meningkatkan ketahanan insulin.

    Ingin mengetahui bilangan kalori minimum yang diperlukan oleh badan anda? Semak Kalkulator BMR kami di sini.

    11. Bawang putih makanan untuk hati

    Kajian menunjukkan bawang putih dapat mengurangkan berat badan dan lemak bagi individu yang menghidapi NAFLD.

    Ia juga dikatakan dapat mengaktifkan enzim yang membantu badan menyingkirkan toksik berbahaya. Kaya dengan sebatian allicin dan selenium yang membantu dalam proses pembersihan hati.

    Makanan yang harus dielakkan

    Tetapi, untuk menjaga kesihatan hati, ada juga beberapa makanan yang perlu dielakkan. Sebagai contoh:

    1. Makanan berlemak

    Kentang goreng dan burger adalah pilihan yang sangat tidak menyihatkan untuk menjaga kesihatan hati. Terlalu banyak makanan lemak tepu boleh membuatkan hati mengalami kesukaran untuk menjalankan tugasannya.

    Lama-kelamaan, makanan ini akan menyebabkan keradangan dan mungkin akan mengakibatkan parut pada organ hati yang dikenali sebagai sirosis.

    2. Makanan manis

    makanan untuk hati

    Mengambil terlalu banyak makanan manis boleh menyebabkan kesesakan pada hati anda. Ini kerana sebahagian tugas hati adalah untuk menukar gula menjadi lemak.

    Terlalu banyak gula mengakibatkan peningkatan lemak dalam hati.

    Dan untuk tempoh jangka masa panjang, ia akan menyebabkan penyakit hati berlemak. Jadi kurangkan pengambilan makanan manis.

    3. Alkohol

    Pengambilan alkohol terlalu banyak boleh mendatangkan malapetaka kepada hati yang untuk tempoh masa panjang, boleh menyebabkan sirosis.

    Jaga organ hati sebaiknya

    Hati merupakan organ penting yang menjalankan pelbagai fungsi.

    Lakukanlah yang terbaik untuk melindunginya dan perbanyakkan memakan makanan untuk hati dan hindari makanan yang boleh menyebabkan kemudaratan.

    Kini anda telah tahu 11 jenis makanan atau suplemen untuk hati.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan