Cendawan: Makanan Terbaik Untuk Kurangkan Risiko Gangguan Kognitif

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Cendawan adalah sejenis kulat yang biasa dijadikan sebahagian daripada diet manusia dan ianya amat terkenal dalam amalan pemakanan masyarakat Cina. Kajian terbaharu yang berlangsung selama enam tahun yang diketuai oleh Dr. Lei Feng daripada National University of Singapore (NUS) menemui bahawa warga emas yang memakan lebih daripada 300 gram cendawan yang telah dimasak setiap minggu mempunyai potensi dalam mengurangkan separuh daripada gangguan kognitif ringan.

Sekumpulan penyelidik daripada Jabatan Perubatan Psikologi dan Jabatan Biokimia, Yong Loo Lin School of Medicine, National University of Singapore (NUS) menyatakan kesan kebaikan tersebut sekiranya warga emas memakan cendawan lebih daripada dua bahagian dalam seminggu. Satu bahagian hidangan cendawan bersamaan dengan tiga suku cawan cendawan yang telah dimasak dengan purata berat sebanyak 150 gram. Bagi dua bahagian hidangan cendawan yang telah dimasak, ianya bersamaan sekitar hampir setengah pinggan.

Kajian tersebut telah dijalankan selama enam tahun, bermula daripada tahun 2011 sehingga tahun 2017. Data kajian telah dikumpul daripada 600 orang warga emas berbangsa Cina yang berumur melebihi 60 tahun yang menetap di Singapura. Kajian terbabit disokong oleh Life Sciences Institute dan Mind Science Centre yang juga sebahagian daripada National University of Singapore selain sokongan daripada Singapore Ministry of Health’s National Medical Research Council. Kajian tersebut baru sahaja diterbitkan pada 12 Mac 2019 dalam Journal of Alzheimer’s Disease.

Terdapat enam jenis cendawan yang menjadi kebiasaan dalam pemakanan masyarakat Singapura, digunakan dalam kajian ini. Cendawan terbabit adalah cendawan emas, cendawan tiram, cendawan shiitake, cendawan butang putih, cendawan kering dan cendawan yang ditinkan. Walaubagaimanapun, pengkaji turut menyatakan bahawa cendawan lain yang tidak dijadikan bahan kajian turut mempunyai kesan yang bermanfaat. Para pengkaji percaya bahawa, faktor yang mengurangkan kekerapan gangguan kognitif ringan ini adalah disebabkan oleh satu komposisi khusus yang dijumpai dalam kesemua jenis cendawan; ergothioneine (ET). Menurut Dr. Irwin Cheah, Felo Kajian Senior di Jabatan Biokimia, NUS, ET adalah bahan antioksida dan anti keradangan yang tidak mampu dihasilkan sendiri oleh manusia, tetapi boleh diperoleh melalui sumber pemakanan termasuklah daripada sumber cendawan.

Terdapat kajian terdahulu yang mempunyai penerangan berkenaan pengurangan ET dalam kalangan penghidap gangguan kognitif rendah. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Biochemical and Biophysical Research Communications pada tahun 2016 menyatakan bahawa tahap plasma ET dalam penghidap gangguan kognitif rendah ini adalah rendah dengan sangat ketara berbanding individu sihat yang berpadanan dengan umur mereka.

Para pengkaji percaya bahawa, pengurangan tahap ET menjadi faktor risiko bagi neurodegeneration dan meningkatkan tahap ET melalui pemakanan cendawan boleh merangsang kesihatan kognitif. Komposisi lain yang terdapat dalam cendawan turut bermanfaat dalam mengurangkan risiko gangguan kognitif. Hericenones, erinacines, scabronines dan dictyophorines boleh merangsang sintesis faktor-faktor pertumbuhan saraf. Komposisi bioaktif dalam cendawan turut melindungi otak daripada neurodegeneration dengan merencatkan pengeluaran beta-amyloid dan phosphorylated tau, dan asetilkolinesterase.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jaga-jaga Si Rabun, Masalah Mata Boleh Buat Anda Berisiko Jadi Nyanyuk Di Usia Tua Nanti!

    Masalah penglihatan boleh jejaskan struktur otak anda. Kajian terbaharu menunjukkan, semakin teruk gangguan penglihatan, semakin teruk risiko untuk nyanyuk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 10/08/2020 . 3 minit bacaan

    Orang Tua Anda Menghidap Kencing Manis? Ini Cara Penjagaannya, Ada 9 Checklist Kena Patuhi!

    Bagi mereka yang terlibat dengan penjagaan warga tua dengan diabetes, kami ada checklist untuk memudahkan anda dengan penjagaan warga emas di rumah!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 05/08/2020 . 3 minit bacaan

    Raya Haji Ini Atuk & Nenek Makin Kurang Selera Makan? Ini Puncanya! BAHAYA Jika Dibiarkan!

    Penjagaan warga emas turut melibatkan pemakanan sihat. Ini kerana ia amat penting untuk kesihatan warga emas daripada mengalami kekurangan zat dan nutrisi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Penjagaan Warga Emas 28/07/2020 . 3 minit bacaan

    Normal Ke Anak Selalu Muntah Selepas Makan, Boleh Ganggu Tumbesaran Si Kecil?

    Anak muntah selepas makan? Adakah keadaan tersebut kerap terjadi? Jika ya, mungkin si kecil alami penyakit ganjil gangguan ruminasi. Ikuti penjelasannya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 15/07/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit demensia

    Jika Ada Ahli Keluarga Menghidap Demensia, Ajak Mereka Lakukan 5 Perkara MENARIK Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan
    faedah berkebun

    Jom Ajak Datuk & Nenek Anda Berkebun, Boleh Kuatkan Otot Dan Kurangkan Risiko Nyanyuk!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit kayap

    Ini Sebab Utama Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Kayap, Jaga Orang Tua Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
    senaman kardio

    Bersenam Bukan Hanya Jadikan Badan Cergas, Tapi Juga Baik Untuk Otak, No 3 Paling UTAMA

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/08/2020 . 3 minit bacaan